CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4313|Reply: 19

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

[Copy link]
Post time 8-2-2021 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 8-2-2021 06:35 PM

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung



Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin terfikir – apa masalahnya dengan sedikit rasa gatal? Pendapat anda mungkin berbeza jika anda sendiri pernah mengalaminya kerana kegatalan kulit semasa mengandung boleh mendatangkan penderitaan yang bukan sedikit disebabkan kerengsaannya yang seakan tiada berpenghujung.

Apakah Penyebab Kegatalan Kulit Semasa Mengandung?

Tiada punca khusus yang menyebabkan kegatalan kulit semasa mengandung dan umumnya, terdapat pelbagai sebab kenapa ia berlaku.

Antara penyebab paling lazim:

• Hormon-hormon semasa mengandung dan kesannya terhadap kulit.
• Kulit pada payudara dan abdomen meregang dan mengetat.
• Kulit kering disebabkan oleh keadaannya tidak selembap dan kurang mendapat khasiat seperti sebelum mengandung.
• Ekzema; ada di kalangan wanita yang mengalami peningkatan atau pengurangan simptom ekzema semasa mengandung.
• Kolestasis disebabkan Kehamilan.

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Bagi Menghentikan Kegatalan Kulit Semasa Mengandung?

Anda boleh memilih pelbagai rawatan, bergantung kepada penyebab kegatalan tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa langkah mudah boleh membantu, dan jika tiada sebarang kelegaan dirasai, anda boleh menukar kepada kaedah yang lain.



  • Cuba untuk tidak mandi pancuran air panas atau berendam dalam air panas terlalu lama (rujuk fakta seterusnya). Air dan haba boleh mengeringkan kulit, justeru, mandilah dengan air suam pada takat suhu yang selesa.

  • Anda mungkin menggemari mandian emping oat yang amat melegakan. Bincanglah dengan ahli farmasi berhubung larutan Koloid Emping Oat. Ia merupakan serbuk oat dikisar halus yang kemudiannya ditaburkan dalam air mandian.

  • Semasa membilas rambut selepas di syampu, cuba elakkan daripada air bilasan tersebut mengalir ke bahagian-bahagian badan yang lain. Halakan pancuran mandi supaya air mengalir terus ke saluran air dan bukan ke tubuh anda.

  • Elak daripada duduk berhadapan dengan radiator atau kipas pemanas.

  • Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk tidak memakai coli selama beberapa jam setiap hari jika tali getahnya menyebabkan anda rasa gatal dan terganggu.

  • Pastikan kain yang menyentuh kulit diperbuat daripada bahan semulajadi. Nilon dan bahan tiruan boleh menyebabkan rasa gatal bertambah teruk.

  • Kulit anda mungkin berasa tidak selesa dan gatal apabila bersentuhan dengan bulu biri-biri. Oleh itu, pakailah pakaian diperbuat daripada benang kapas di antara bulu biri-biri dan kulit anda.

  • Anda juga mungkin perlu membilas kain cadar dan selimut beberapa kali jika anda berasa gatal pada waktu malam. Ini akan membantu menyisihkan saki-baki sabun daripada celah-celah benang. Pastikan juga bahawa cadar anda diperbuat 100% daripada kapas dan bukan poliester/kapas campuran. Ini kerana benang tiruan boleh menyebabkan kegatalan yang amat sangat.

  • Sapukan pelembap kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari atau sekerap mungkin. Masa terbaik untuk menyapu pelembap adalah semasa kulit anda masih terasa panas dan sedikit lembap selepas mandi. Pastikan anda menyimpan losyen di dalam bilik mandi, bersebelahan dengan katil dan di atas meja kerja supaya anda sentiasa teringat untuk memakainya.

  • Losyen kalamin boleh memberi kelegaan. Walaupun ia telah ada sejak dari dahulu, namun ia masih berkesan. Losyen kalamin adalah murah, senang didapati, mempunyai tempoh luput yang lama dan tidak berbau terlalu busuk.

  • Kain lembap dingin yang diletakkan di atas kulit gatal juga boleh membantu. Simpan beberapa kain lembap dalam peti sejuk supaya anda boleh “menggilirkannya“ apabila perlu.

  • Jika cuaca panas, gunakan kipas dan penyaman udara untuk mengurangkan suhu bilik. Kegatalan semasa mengandung menjadi bertambah teruk apabila berpeluh. Jadi pastikan anda menyejukkan badan apabila berpeluang berbuat demikian.

  • Pakailah pakaian longgar yang membenarkan udara beredar di permukaan kulit. Kain yang bergesel dan bersentuhan dengan kulit boleh menyebabkan kerengsaan yang teruk. Oleh itu, pakailah busana bergaya Boho dan serlahkan naluri Alam Semula Jadi anda dengan mengenakan fabrik yang beralun, longgar dan selesa.

  • Mandi sekerap yang anda perlu untuk membantu menyejukkan badan. Semasa musim panas, anda tidak perlu mengelap badan hingga kering, sebaliknya biarkan air menyejat dari kulit.

  • Apabila anda berenang di kolam renang, anda mungkin mendapati bahawa klorin/garam/bahan kimia dalam air kolam boleh memburukkan lagi rasa gatal pada kulit. Oleh itu, pastikan anda membilas badan di bawah pancuran air sebaik sahaja keluar dari kolam.

  • Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda boleh menggunakan krim steroid atau ubat anti histamina.

  • Anda juga boleh mengikuti kelas-kelas yoga, meditasi dan/atau relaksasi jika ia dapat membantu. Kalau anda berasa gusar dan khuatir mengenai kegatalan yang anda hadapi, mungkin sesi relaksasi dengan pembimbing boleh membantu.


Kolestasis Kehamilan



Salah satu jenis kegatalan kulit yang ekstrem semasa kehamilan adalah disebabkan oleh keadaan yang dikenali sebagai Kolestasis.

Ia berlaku apabila garam hempedu yang terbentuk dalam hati dan disimpan di dalam pundi hempedu tidak mengalir keluar seperti biasa. Garam hempedu itu kemudian melimpah ke dalam aliran darah dan menyebabkan kegatalan yang melampau. Perubahan proses ini berlaku disebabkan oleh hormon-hormon kehamilan.



Sesetengah wanita menyamakan rasa gatal tersebut seperti “semut halus yang merayap di serata tubuh”, atau “labah-labah merayap di bawah kulit”.

Walau bagaimanapun, selain daripada rasa gatal, mungkin tiada simptom lain yang kelihatan kecuali garis-garis merah kesan digaru.

Kolestasis biasanya berlaku dalam trimester ketiga ketika kepekatan hormon kehamilan paling tinggi.

Wanita berketurunan etnik Sweden dan Chile mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap Kolestasis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2021 06:34 PM | Show all posts
Perkara Lain yang Boleh Mengurangkan Kegatalan Kulit.



  • Pastikan kuku anda sentiasa pendek dan ratakan hujung-hujung yang tajam. Kikis kuku anda supaya ia licin. Ini dapat membantu mengurangkan kecalaran kulit jika anda perlu menggarunya.

  • Jika anda menggaru kulit semasa tidur, sarungkan stokin pada tangan anda untuk mengurangkan kecalaran kulit akibat digaru.

  • Jika anda benar-benar perlu menggaru, jangan gunakan kuku, sebaliknya cuba menggeselkannya dengan kulit tangan atau menggosok-gosok bahagian yang gatal tersebut.

  • Tukar cadar dan selimut anda secara kerap – cadar dan selimut yang dingin dan segar amat melegakan apabila anda mempunyai masalah kegatalan.

  • Elakkan daripada berasa terlalu panas semasa di atas katil. Cuba gunakan selimut benang kapas yang ringan dan nipis untuk melindungi diri daripada kesejukan dan bukan gebar yang tebal dan berat.

  • Jika pasangan anda mengeluarkan banyak haba semasa tidur, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengasingkan tempat tidur. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

  • Jika anda menggunakan selimut elektrik, pelarasan pada takat hangat dan bukan panas mungkin boleh membantu anda untuk tidak berasa terlalu gatal.

  • Jika anda mempunyai haiwan peliharaan di dalam rumah, pastikan kesemuanya dinyah kutu dan cacing secara kerap. Sikat bulunya dua hari sekali dan buang bulu yang tanggal dengan teliti. Epidemis atau sisik haiwan yang terdiri daripada sel-sel kulit boleh menambah kerengsaan pada kulit yang gatal.

  • Cuba fikirkan jenama dan jenis deodoran yang sedang anda gunakan. Sesetengah wanita mempunyai kulit yang lebih sensitif semasa mengandung dan mendapati bahawa mereka tidak lagi boleh menggunakan jenama kelengkapan dandanan peribadi biasa mereka pakai.

  • Pertimbangkan semula detergen basuhan anda.

Membeli detergen khusus untuk kulit sensitif dengan haruman yang rendah atau tanpa haruman boleh membantu. Membiasakan dengan amalan membilas pakaian yang akan anda pakai beberapa kali juga mungkin boleh membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 11:56 AM | Show all posts
kena masa mengandung...
jumpa doktor, doktor bg minyak kelapa dara untuk sapu..
kuranglah gatal..
kalau gatal, sapu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Clarins Body Oil!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:13 PM | Show all posts
Klau jadi mcm ni mmg better kena guna minyak yg relief kan kegatalan.. Skit kn kena mcm ni
Untuk solusi lain, kena make sure bed kita sntiasa jauh drpd kuman
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:47 PM | Show all posts
Kesian betul ibu2 yg baru lahirkan anak and perut diorg jadi mcm nii. Pengorbanan kan.. Nk kena tahan rasa gatal tu lgi laa payah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 12:25 AM | Show all posts
fai00 replied at 11-4-2022 09:47 PM
Kesian betul ibu2 yg baru lahirkan anak and perut diorg jadi mcm nii. Pengorbanan kan.. Nk kena taha ...

kann, terkejut jgak tgk gambar2 tuu. ada org kata elok jgak guna palmer punya product atau bio oil sbb boleh lembapkan, krgkan gatal2 and elokkan apperance stretch marks
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:26 AM | Show all posts
blaalaaa replied at 11-4-2022 09:13 PM
Klau jadi mcm ni mmg better kena guna minyak yg relief kan kegatalan.. Skit kn kena mcm ni  
Untu ...

tukar cadar tu betul sgt, even klau tak mengadung tapi tak tukar cadar pn boleh jdi bdn gatal2 lagi2 kalau cuaca panass and tido berpeluh mesti bnyk bacteria kt cadar tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 06:11 PM | Show all posts
baminn replied at 13-4-2022 12:26 AM
tukar cadar tu betul sgt, even klau tak mengadung tapi tak tukar cadar pn boleh jdi bdn gatal2 lag ...

Kan.. Bleh jdi sbb kita x cuci bersih betul2 atau mmg ada bed bugs.. Klu skli naik mmg sush nak bersihkan.. Better untuk kita cari servis yg bleh buang habuk and hama ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:15 PM | Show all posts
Skrg pun ada bnyk je servis yg best2. Nk call bebila pun blehh.. Hahaha tpi mcm sy skrg mmg setia dengan coway best gilerr
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:18 PM | Show all posts
baminn replied at 13-4-2022 12:25 AM
kann, terkejut jgak tgk gambar2 tuu. ada org kata elok jgak guna palmer punya product atau bio oil ...

Yee mmg ibu ibu ramai yg suffer dengan kulit merekah ni lagi2 kalau yg baru lepas lahirkan baby mmg akan gatal. so kalau tempat tidur tu lagi la kena bersih2 kalau x mmg akan lagi gatal

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:18 PM | Show all posts
blaalaaa replied at 13-4-2022 06:15 PM
Skrg pun ada bnyk je servis yg best2. Nk call bebila pun blehh.. Hahaha tpi mcm sy skrg mmg setia de ...

coway mmg best, dorg guna fully imported high tech equipment time service tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:19 PM | Show all posts
Edited by fai00 at 20-4-2022 08:07 PM
blaalaaa replied at 13-4-2022 06:15 PM
Skrg pun ada bnyk je servis yg best2. Nk call bebila pun blehh.. Hahaha tpi mcm sy skrg mmg setia de ...

semua di hujung jari. pakai tilam yg setebal alam punn still bleh seduk hama and habuk. segala kutu pon hilang .hahah

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:20 PM | Show all posts
fai00 replied at 13-4-2022 06:18 PM
Yee mmg ibu ibu ramai yg suffer dengan kulit merekah ni lagi2 kalau yg baru lepas lahirkan baby mm ...

hygiene mmg kena jga time pantang, mcm kulit ibu mengandung gatal2 sbb bila perut tu besar kan dia akn stretchkan kulit tu sbb tu ibu2 kena sentiasa apply lotion and oil kt perut. mmc brand palmers and bio oil elok letak kt kulit
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 06:08 PM | Show all posts
fai00 replied at 13-4-2022 06:19 PM
ehh betull laa.. sy pun guna servis yg sama and mmg berkesan.. baru je diorg dtg sekali tpi best s ...

RSA NK TRY LAH! brapa klau satu service tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 06:09 PM | Show all posts
blaalaaa replied at 13-4-2022 06:15 PM
Skrg pun ada bnyk je servis yg best2. Nk call bebila pun blehh.. Hahaha tpi mcm sy skrg mmg setia de ...

klau service coway tu dia mmg akn bersihkan tilam je ke atau dia boleh bersihkan mcm sofa sekali ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 09:52 PM | Show all posts
gwenbae replied at 14-4-2022 06:09 PM
klau service coway tu dia mmg akn bersihkan tilam je ke atau dia boleh bersihkan mcm sofa sekali ? ...

Setakat ni mmg diorg buat servis utk buang hama n habuk dri tilam je.. Sbb kn diorg ada jual tilam kan.. Tpi, x semestinya guna tilam diorg je bleh guna servis ni.. Yg guna tilam sonno ke joey ke still bleh subscribe jugak

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 09:53 PM | Show all posts
Edited by blaalaaa at 20-4-2022 07:30 AM
fai00 replied at 13-4-2022 06:19 PM
ehh betull laa.. sy pun guna servis yg sama and mmg berkesan.. baru je diorg dtg sekali tpi best s ...

Kan.. sbb senang.. Mcm ibu2 biasa nk kena rehat banyak, so kdg tu xde masa nak bersihkan rumah.. Especially ktil kita ni nak tidur selesa kn.. Kena la panggil coway hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 09:56 PM | Show all posts
gwenbae replied at 14-4-2022 06:08 PM
RSA NK TRY LAH! brapa klau satu service tu?

actually depends jugk kepada saiz awak punya tilam.. kalau besar, harga dia lain drpd tilam yang kecik.. tpi diorg ada promo off sekrg.. haa boleh tgk kat sini jugak for more info https://youtu.be/irWGO_wdaf0
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 09:57 PM | Show all posts
Edited by fai00 at 20-4-2022 08:10 PM
blaalaaa replied at 15-4-2022 09:53 PM Kan.. sbb senang.. Mcm ibu2 biasa nk kena rehat banyak, so kdg tu xde masa nak bersihkan rumah.. Especially ktil kita ni nak tidur selesa kn.. Kena la panggil coway hehehe

Stuju.. Lgipun kalau tilam ni mmg kita susah nak basuh.. Bukannya kta bleh basuh mcm kita basuh bju kan.. nmpk hat ni https://www.youtube.com/watch?v=UelYnKA7J-k wlupon xpaham tp yg bela haiwan tu lg la bgus kan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.079836 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list