View: 1929|Reply: 9
|
Wanita cedera diseret ketika halang suami larikan bayi
[Copy link]
|
|
Wanita cedera diseret halang suami larikan bayi
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -suami-larikan-bayi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 11:55 AM
Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]
Foto hiasan
Dungun: Suri rumah cedera di muka dan badan selepas diseret kereta dipandu suaminya dalam kejadian di sini, kelmarin.
Mangsa berusia 32 tahun sebelum itu cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan berusia 32 tahun yang melarikan anak lelaki mereka berusia 14 bulan.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 11.30 pagi ketika mangsa berada di rumah bersama anak lelakinya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang menaiki Proton Exora.
Menurutnya, suspek kemudiannya membawa bayi mereka masuk ke dalam keretanya sebelum cuba keluar dari kawasan rumah berkenaan.
"Mangsa segera menghalang tindakan suspek dengan mengetuk cermin pintu kereta namun tidak diendahkan suspek yang terus memecut keretanya.
"Akibat tindakan itu, mangsa yang terseret luka di pipi, sakit di bahu, luka di jari kelingking serta jari hantu dan luka di kedua-dua lututnya.
"Kejadian yang berlaku di hadapan rumah mangsa turut disaksikan abangnya yang secara kebetulan turut berada di lokasi kejadian," katanya.
Baharudin berkata, pasangan terbabit dalam proses perceraian dan suspek datang ke daerah ini bagi menghadiri perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Dungun pada hari kejadian tetapi ditunda.
Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baby 14 bulan tu si bapa betul ke nak jaga atau acah2 ego jer smpi nk bawa lari anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba seret Mak Jantan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Cedera Diseret Kereta Suami Yang Sedang Cuba Larikan Bayi Sendiri
Dungun: Suri rumah cedera di muka dan badan selepas diseret kenderaan dipandu suaminya dalam kejadian di sini, kelmarin.
Mangsa berusia 32 tahun sebelum itu cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan berusia 32 tahun yang melarikan anak lelaki mereka berusia 14 bulan.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 11.30 pagi ketika mangsa berada di rumah bersama anak lelakinya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang menaiki Proton Exora.
Gambar Hiasan, Foto: NST
Menurutnya, suspek kemudiannya membawa bayi mereka masuk ke dalam kenderaannya sebelum cuba keluar dari kawasan rumah berkenaan.
"Mangsa segera menghalang tindakan suspek dengan mengetuk cermin pintu kenderaan namun tidak diendahkan suspek yang terus memecut.
"Akibat tindakan itu, mangsa yang terseret luka di pipi, sakit di bahu, luka di jari kelingking serta jari hantu dan luka di kedua-dua lututnya.
"Kejadian yang berlaku di hadapan rumah mangsa turut disaksikan abangnya yang secara kebetulan turut berada di lokasi kejadian," katanya.
Baharudin berkata, pasangan terbabit dalam proses perceraian dan suspek datang ke daerah ini bagi menghadiri perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Dungun pada hari kejadian tetapi ditunda.
Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah. Apa ke kejam sgt husband dia tu. Dah lah nak cuba bawa lari anak. Pulak tu seret isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah bicara pun berani nak buat macam tu lagi bagi anak seusianya pasti si ibu yang akan dapat hak penjagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bt mcm ni,mmg hak penjagaan anak susah laa nak dpt kt kamu..dh bt kes jenayah haa..haih laa manusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku buang simpati aku.
Yes, aku setuju dengan komen ko!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cap_ayam at 9-2-2021 08:38 PM
So baby tu sekarang ada dengan ayah la ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|