CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1176|Reply: 3

#AdhamBabaLetakJawatan ‘Trending’ Selepas Menteri Tak Perlu Kuarantin 10 Hari

[Copy link]
Post time 9-2-2021 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba didesak meletak jawatan.


FMT

PETALING JAYA: Tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan “trending” di Twitter hari ini selepas berkuatkuasanya peraturan menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan 10 hari seperti rakyat lain.

Ia dinyatakan dalam warta kerajaan terbaharu bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara.

Setakat berita ini ditulis, #AdhamBabaLetakJawatan sudah mencecah 5,300 catatan dan terus meningkat dengan pantas.

Peraturan baharu itu menyatakan menteri yang berkenaan hanya perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Ia berkuatkuasa hari ini sehingga 1 Ogos.

“Tujuan kuarantin itu supaya kita boleh kesan sebarang gejala atau perkembangan penyakit sepanjang tempoh inkubasi 2-12 hari. Kalau tiga hari, tak payah kuarantin pun tidak apa. Terus je kerja, dan sebar penyakit dalam komuniti,” kata seorang pengguna, @ahmadjameran.”

Terdapat juga pengguna yang menyifatkan peraturan baharu itu sebagai dwi-standard. “Hanya satu tips untuk rakyat Malaysia hilang rasa marah: #AdhamBabaLetakJawatan,” kata @anwarrrrahmad.

“Peraturan berat sebelah macam ini tak akan berlaku kalau ada Parlimen yang berfungsi,” kata @khairizulfadhli pula.

Perintah ditandatangani Menteri Kesihatan Dr Adham Baba itu dibuat enam bulan selepas kontroversi susulan pendedahan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari seperti diwajibkan ketika itu.

Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak pula berkata, perintah berkenaan merupakan tindakan yang tidak patut dilakukan dan ia menyebabkan rakyat marah dengan langkah ini.

“Antara ketidakpuasan terbesar ramai ialah dwi-standard dalam perlaksanaan PKP tapi ini pula dibuat pada ketika rakyat tengah marah. Tidak patut. Aduh. Menteri kuarantin tiga hari, rakyat kuarantin 10 hari.”

“Covid-19 tak takut pangkat,” katanya di Facebook.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2021 01:54 PM | Show all posts
zaman ph dulu tak reti lak korang wat hashtag suh menteri2 letak jawatan

zaman skang reti lak

haaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
why double standard?? menambahkan marah rakyat yg dah mmg tak suke kat korg
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa beza menteri n orang awam? Covid pandai memilih agaknya...Yang laki Bini terpisah pun 10 juta Kali pikir nak balik sini sebab kos kuarantin Mahal belum masuk tiket plane lagi..cam kimk government muhyidin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047934 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list