CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2148|Reply: 1

Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang?

[Copy link]
Post time 9-2-2021 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu Hukumnya Dari Segi Undang-Undang Islam.



Hak-Hak Wanita Islam Dalam Kes Mungkir Janji Untuk Berkahwin

Secara umumnya, wanita Islam di Malaysia mengetahui dan menyedari hak-hak mereka selepas berlakunya penceraian. Ini memandangkan ia sering kali diperbincangkan sama ada oleh ahli akademik, pengamal undang-undang atau kolumnis dan penulis-penulis di media masa dan bahan rujukan akademik.

Sebaliknya, menurut pemerhatian, wanita Islam di Malaysia tidak mengetahui dan masih kabur dengan hak-hak mereka di dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin atau di dalam erti kata lain pembatalan pertunangan.

Statistik menunjukkan kes kemungkiran janji untuk berkahwin telah meningkat mutakhir ini dan trend ini telah berleluasa sehingga melibatkan kes pembatalan pertunangan melalui SMS, e-mail dan sebagainya.

Kemungkiran janji untuk berkahwin mengakibatkan kerugian dan impak negatif kepada pihak perempuan dan keluarganya seperti kejatuhan maruah, aib, harga diri, kerugian wang ringgit, tekanan perasaan dan juga gangguan mental. - Zulkifli Hasan



Pertunangan

Jika seseorang itu telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya,.

Maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah. - Undang-Undang Keluarga Islam

Sumber : http://beritapagi-satu.blogspot.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kisah2 putus tunang ni selalunya pmpuan y buat..n dorg xpulangkn pun cincin or bayar balik kos tu semua .huhuhu..so guys, y'allz taw laa kan hak korg boleh tuntut nti. Hehehe~

Sbb tu dalam Islam,tunang ni perlu dirahsiakan..xde laa nak tanggung hutang etc..just pulang balik cincin seketul jah. Ni tak,kemain bt majlis grand2 mcm nak nikah . alih2 putus tunang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.181086 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list