CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2887|Reply: 18

Ubi Kemili Semakin Pupus? Tak pernah dengar lagi ni..

[Copy link]
Post time 9-2-2021 07:09 PM | Show all posts |Read mode
UBI KEMILI SEMAKIN PUPUS?




UBI KEMILI (Plectranthus rotundifolius Poiret Sprengel) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi dari keluarga Lamiaceae yang mana penlis blog dapati ia semakin pupus. Ubi Kemili juga dikenali dengan 'Chinese Potato', Ubi Keling atau 'Kentamg Hitam' tetapi dikalangan kaum Jawa di Muar,Johor dikenali dengan nama "Kentang Jembut". Tanaman ini adalah seakan sama daunnya dengan pokok bunga 'Ati-ati' yang banyak ditanam sebagai tanaman hiasan dikawasan rumah atau pokok bunga coleus. Pokok ini dipercayai natif dan tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut.

Memang tiada maklumat rasmi mengenai jumlah keluasan tanaman ubi kemili di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Risalah mengenai amalan agronomi dan maklumat teknikal tanaman ini memang belum ada di terbitkan oleh Janatan Pertanian atau hanya sedikit individu tertentu yang tahu mengenainya. Ini kerana tanaman ini merupakan tanaman kurang penting yang hanya terdapat di Johor, Perak, Selangor, Kelantan dan Sarawak terutama jika terdapat masyarakat Jawa.

Saya membuat anggaran terdapat sekitar 15 - 20 hektar tanaman ini secara CHE dengan mengambilkira penanaman secara kecil-kecilan yang petani buat. Daripada pemantauan saya dibeberapa negeri, tidak ada petani yang menanam tanaman ubi kemilii secara monokrop dengan kawasan luas sebaliknya ditanam secara poket atau diatas batas sahaja. Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu.

Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam. Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus . Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman ubi kemili yang dirasakan semakin pupus berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan penulis blog yang bertugas semala lebih 37 tahu dari membuat rujukan dari beberapa sumber.

Tumbuhan dan tanaman ini dipercayai berasal dripada Afrika dimana ia sebenarnya lebih terkenal sebagai 'Chinese potato' yang dikomersilkan. Apa pun sebenarnya tumbuhan Ubi Kemili atau Kentang Hitam atau Kentang Jembut ini banyak spesis dan agak sukar untuk mengenalinya jika disiasat dari kumpulan Plectranthus sahaja.

Ini kerana kurang maklumat marfologi tumbuhan ini yang terletaj dibawah pengkelasan genera atau genusnya. Ada yang terkelisu kerana dikelaskan sama dengan genara dari Coleus (Bunga Ati-Ati), Solenostemon dan Englerastrum. Sebagai tambahan bagaimana pun secara rasmi sebahagian tumbuhan ini diletakkan dibawah kumpulan Plectranthus dimana genus ini merupakan genus yang unik tersendiri dibawah genus Isodon.

Disebabkan oleh isu-isu taksonomi maka banyak nama telah diberikan untuk tumbuhan ini dimana perkara ini masih diperbincangkan lagi dikalangan saintis. Ia dilakukan sedemikian keran dikaitkan dengan khasiat dari segi perubatan yang lebih menepati sistem pengelasan tumbuhan ini. Bagaimana lebih spesific lagi ada dakwaan tumbuhan ini menghampiri kepada nama biasa di China sebagai 'Hausa Potato'. Sekilas pandang dari segi marfologi daun dan umbisinya memang menyamai dengan tumbuhan ubi kemili yang ada ditanam di Malaysia. Mungkin kalau berlainanya pun disebabkan tumbuhan ubi kemili ini agar sukar untuk  dikaji kerana kekurangan kajian tentangnya dilaksanakan.



Ada dakwaan dimana Plectranthus rotundifolius merupakan sejenis tumbuhan menghasilkan daun beraroma atau berbau (aromatic), perennial, semi-succulent plant pokoknya tumbuh menegak pada batang setinggi hanya 30 - 100 cm daripada perdunya. Tumbuhan ini apabila matang akan menghasilkan umbisi pada pangkal perdunya. sahaja.

producing erect or decumbent stems that can be 30 - 100cm long from a tuberous rootstock.  Dari segi sebaran didunia sebenarnya tanaman ini luas ditanam sebagai tanaman makanan di Savana, Afrika bagaimana pun pada masa kini tanaman ini semakin popular di tanam di Asia termasik kawasan Asia Tenggara sebagai tanaman mengandungi banyak kanji. Laporan FAO Statistik menyatakan ia banyak ditanam di India, Sri Lanka, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Afrika Tropika. Ia sesuai ditanam dikawasan tanah pamah dan juga jenis tanah gembur serta tanah gambut amat sering ditanam dengan ubi kemili ini.

Di Malaysia bagaimana pun dilaporkan tanaman ini tidak dijadikan sebagai tanaman penting malahan ada dakwaan tanaman ini semakin pupus. Ia hanya ditanam untuk kegunaan sendiri dan jika ada lebihan baru dijual kepada pembeli yang berminat. Dari segi sejarah, Bandar Air Hitam di Batu Pahat dahulu memang sangat mudah mendapatkan ubi ini dijual sebelum bandar ini dimodenkan macam sekarang. Pelancong dari utara akan singgah di Pekan Air Hitam ini sebelum Lebuh Raya PLUS mengubah segalanya.



Keperluan iklim asas tanaman dikawasan lembap dengan suhu antara 17 - 27 °C pada siang hari walau pun dilaporkan bertahan pada suhu 8 - 36 °C. Suhu sejuk dimalam hari membolehkan pembentukan umbisi dengan lebih cepat. Keperluan huja adalah diantara 1,200 - 2,600 mm dan hebatnya tumbuhan ini boleh bertahan dengan hujan lebat dimana masa inilah umbisi akan terbentuk dengan lebih besar, lembut dan cepat dituai. Apa pun jika berlaku hujan yang berlebihan maka ubi kentang akan jadi bercabang dan perkara ini menjadikan kualiti ubi susah untuk dikupas. Sangat penting kawasan penanaman mendapat banyak cahaya matahari untuk pertumbuhan dan penghasilan. Pastikan kebun mempunyai sistem saliran baik dan elakan daripada terendam.

Tanah lom berpasir (di Malaysia banyak ditanam di tanah gambut) merupakan tanah sesuai diusahakan. Tanah yang kering dan kurang air serta bahan organik tetap tumbuhan ini boleh tumbuh akan tetapi hasilnya rendah dan ubinya kecil-kecil serta agak keras apabila dimakan. Biasanya perlukan masa diantara 6 -7 bulan untuk dituai selepas ditanam walau dinegara kita biasanya dituai selepas 12 bulan diatas tanah gambut. Bergantung kepada jenis tanah dan kaedah pengurusan lazimnya ia menghasilkan sebanyak 7 - 15 metrik tan sehektar. Sebaiknya bila umbisi matang dituai segera kerana ia mudah pecah dan agak sukar di simpan lama kecuali ia diletakkan dibawah teduhan dikawasan kering. Jangkahayat simpanan umbi ini selama 2 bulan sahaja sebagai masih segar lagi.

Ia boleh dimasukkan kedalam beg plastik yang dibuat lubang pengudaraan mencukupi sebelum dijual. Kegunaan dengan merebusnya sebelum dimakan sebagai makanan ruji dibeberapa kawasan di Afrika dan pendalaman di Asia Tenggara. Ia boleh dimasak bersama daging cincang sebagai makanan mengenyangkan. Ada juga yang menjadikan daunnya sebagai sayuran. Khasiatnya didakwa dalam perubatan tradisional boleh merawat mata, baiki darah, disenteri dan sebagainya. Didalam perkebunan tanam ubi ini ditanam bersama jagung, bendi, keladi, kacang tanah, kacang bambara dan sebagainya. Kehadiran ubi kemili ini diantara tanaman yang semakin dilupakan dan akan pupus jika tidak di jaga dengan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

Sumber :http://animhosnan.blogspot.com


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Safar 1440H)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubi keling..
Beli yg dah rebus buat kudapan tengok tv kat kg dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Campur dalam kari kamben,lagi sedap dari kentang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang jmpa dah...sukarebus mkn dgn nyok gaul garam gula.

Atau boh dalam gulai kambing ka,gulai daging ka( org utara sebut gulai tu kuah kari)
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 08:19 PM | Show all posts
cm tahi kambing gurun. baru tahu ada ubi cmni biasa makan ubi kayu rebus dan ikan bilis celup terpung

kalau makan camtu dan air kopi pekat terasa nikmat org kampung dulu2 zaman jepun. lepas tu kentut mesti kuat bau xde
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ni... jarang sgt dpt makan. Rasanya macam keledek + keladi + kentang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat asam pedas rebus sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 04:41 PM | Show all posts
Zaman aku kecik2 dulu ada lah...lemak manis kentang ni sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 01:49 AM | Show all posts
lama jugak dah xmkn
tp lg sedap pengat keledek
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ni buat kuih talam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa lemak lemak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2021 10:31 AM | Show all posts

lemak lemak


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 11-2-2021 10:31 AM
lemak lemak

Hahaha. Dia dah ramping laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 11:58 AM | Show all posts
masak kari dgn ikan puyu...pehhh
ada lg jual tp sush nk cari la
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah mkn
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 12:28 AM | Show all posts
Femes kat Kelantan kalau musim banjir. Dah mahal..ari tu balik rm8 sekilo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa dengar tapi tak pernah makan


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelah utara ubi kemili ni boh dalam gulai/kari..selalunya depa buat gulai ikan darat (puyu) atau pun ikan semilang masukkan ubi kemili...sedap
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
wow cam sedap je ubi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070655 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list