Ibu Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil digelar mentua dari neraka oleh netizen.
Perkara itu didedahkan ibu penyanyi berkenaan dengan memuat naik paparan skrin mesej peribadi diterimanya di Instagram.
Kredit foto: IG Aiman dan ibunya
Individu tersebut seolah-olah memberitahu, malang bagi wanita yang bakal menjadi isteri Aiman.
"Ciri-ciri mak mentua dari neraka. Nasiblah siapa yang sangkut dengan keluarga makcik huuu ngeri," kata warganet tersebut.
Terdahulu, kecoh sebentar apabila dia mendakwa anak lelakinya itu menghilangkan diri kerana dikawal seorang wanita.
Tidak mendiamkan diri, dia menerusi ruangan kapsyen memberitahu apa yang dilihat netizen hanya luaran sahaja.
"Tak kenal maka tak cinta. Neraka tu kau, anak aku aku nak bawa ke syurga," balasnya.
Apabila dihubungi Gempak, Hazelina enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan anaknya.
"Buat masa ini, saya bagi Aiman buat penerangan dulu, maaf ya," katanya ringkas.
Sumber: Gempak |