CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3055|Reply: 1

Mak Ayah Kena “Alert” Ruam Lampin & Jangan Letak Bedak

[Copy link]
Post time 11-2-2021 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Mak Ayah Kena “Alert” Ruam Lampin & Jangan Letak Bedak


Sebagai ibu bapa, pasti kita sudah cakna dengan tahap kebersihan dan keselamatan bayi kita. Ianya penting bagi mengelakkan si comel terkena jangkitan atau penyakit.

Namun, sedar tidak sedar ada juga beberapa tabiat yang sudah terbiasa kita lakukan pada anak kecil kita hingga membawa mudarat kepada mereka secara tidak langsung.
Baru-baru ini, pengamal perubatan kanak-kanak Dr. Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tentang isu bayi yang mengalami jangkitan kulat di punggung, lebih malang lagi sampai menyebabkan bahagian sulit itu melecet.
Mari ikuti perkongsian Dr. Luqman tentang kaedah penjagaan bayi yang selamat di bawah ini.
Luluh hati saya bila jumpa bayi yang menahan sakit akibat punggung melecet sampai dapat jangkitan kulat macam ni.Dia orang ni akan nangis je sakit sangat-sangat. Nak beritahu belum pandai cakap, akhirnya menangis je lah tak berhenti. Kita yang tengok ni pun jadi sebak.
Selalunya masalah ni bermula dengan ruam lampin biasa.Tapi sesetengah mak ayah tak tahu cara nak cegah awal-awal. Asalnya sikit je tapi nanti lama lama merebak ke seluruh punggung.
Tanda-tanda ruam lampin mudah nak dikesan sebenarnya. Kita boleh nampak bintik-bintik merah timbul dan kulit si comel kelihatan kemerah-merahan. Kalau biarkan lagi nanti start lah melecet.
Ni saya kongsikan tips untuk cegah ruam tu supaya tak jadi makin teruk:

Apa yang mak ayah kena buat?
Mak ayah mesti tukarkan lampin anak sekerap mungkin supaya punggung sentiasa kering. Kalau punggung bayi selalu lembab, kuman pun memang sukalah nak berkumpul dan membiak dekat situ.
Elak letakkan bedak pada punggung bayi. Benda tu boleh galakkan pertumbuhan bakteria dan kulat lebih-lebih lagi bila bercampur dengan najis dan air kencing.
Kalau mak ayah perasan punggung anak dah naik ruam, cepat-cepat apply "barrier cream" pada kawasan ruam tu.Tak adalah bila baby berak atau kencing, kotoran tu terkena pada tempat yang melecet atau luka.Mak ayah boleh guna "barrier cream" macam petroleum jelly (vaseline) atau zinc oxide cream. Ada je jual dekat farmasi.

Elakkan guna tisu lembab bayi yang mengandungi alcohol dan juga pewangi. Penting sangat yang ni.Kulit bayi tu nipis je tau. Bila selalu terdedah pada bahan kimia, senang sangat berlaku radang dan alahan pada kulit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku yg bongsu ni kulit paling mudah kena ruam. Masa dia baby macam2 krim kitorang try untuk nappy rash dia, dari yg semahal2 sampai la yg murah. Last2 serasi dgn sudocrem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.381822 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list