CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4179|Reply: 8

Rahsia Bersalin 3 Anak Semuanya Tanpa Jahitan

[Copy link]
Post time 11-2-2021 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Rahsia Bersalin 3 Anak Semuanya Tanpa Jahitan



Proses bersalin adalah pengalaman yang mengerikan dan dalam masa yang sama momen yang paling indah buat si ibu. Setiap ibu yang menunggu masa untuk bersalin sudah pastinya inginkan proses berjalan lancar dan tidak mahu sakit kontraksi yang lama dan cuba untuk elakkan jahitan bersalin.



Oleh itu, seorang ibu di laman media sosial berkongsikan tips yang berguna khususnya untuk ibu yang bakal pertama kali bersalin. Apa yang menariknya, ibu ini berjaya lahirkan anak tanpa jahitan buat ketiga-tiga anaknya!

TIPS LAHIRKAN BABY BESAR TANPA JAHITAN?
Ramai yang tanya saya siap DM lagi nak tau apa tips saya kesemua anak lahirkan normal tanpa jahitan.

Ariana Sofea 3.05kg

Arrian Mateen 3.9 kg

Ayden Mikael 3.6kg



Sebenarnya jujur saya sendiri pun lost macam ibu-ibu lain jugak bila proses nak bersalin tu kita automatik jadi hilang kawalan sebab menahan sakit yang terlampau. Saya anggap ni rezeki saya. Tapi saya share apa yang saya tahu semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal berjuang nanti insyaAllah.


1. Paling wajib kena tunggu FULLY DILATED dulu. Betul-betul 10cm baru boleh teran. Ramai yang masa 7cm-8cm dah teran, masa ni laluan untuk baby keluar masih sempit itu yang menyebabkan jadi koyakan.

2. Jangan angkat punggung! Haa ni selalu kita dengar kan. Tapi memang betul. Berkali-kali doctor pesan “ainin jangan angkat punggung!” Masa tu kita dah macam tak sedar diri so penting untuk orang yang temankan kita iaitu husband dan jugak misi tolong remind and pegang lutut kita tak nak bagi angkat punggung.

3. Sapu minyak kelapa dara di perineum dan buat massage untuk bagi lembutkan kawasan tu. Tips ni saya buat untuk Arriana dan Arrian je, yang ketiga ni tak buat sebab tak sempat. Tapi alhamdulillah rezeki masih boleh lahirkan tanpa koyakan jugak.

4. Cuba untuk fokus semasa meneran tu supaya dapat teran dengan cara yang betul. Push di perut bukan di muka. Tapi saya pun bila sakit nak teran tu datang banyak kali jugak lost focus sebab sakit sangat-sangat.

5. Posisi kena betul. Pegang kedua-dua buku lali kita, dagu di dada kemudian push. Bila pegang kaki boleh elakkan kita terangkat punggung. Ambik nafas panjang-panjang bila contraction datang push sekuat hati dan push pun kena sepanjang yang mampu jangan terus tarik, nanti baby masuk ke dalam balik. Ingat push di perut bukan di muka. Tu antara yang ibu-ibu boleh amalkan. Tapi ni antara faktor lain jugak.


First, doctor sendiri kena mahir untuk sambut baby tanpa koyakan. Macam gynae saya dia yang motivate cakap apa saya kena buat sebab dia tak nak ada koyakan dan dia memang aim nak saya beranak normal. Ketiga-tiga anak saya lahirkan dengan gynae yang sama. Sampai saya rasa kalau saya bersalin dengan gynae lain belum tentu jugak saya tak berjahit.

Second, ketinggian ibu pun memainkan peranan jugak. Kalau ibu yang rendah tulang pelvis akan kecik dan sempit membuatkan baby susah nak keluar. *Correct me if i’m wrong

Okay tu je tips yang saya boleh share setakat apa yang saya tahu. Saya takde makan telur ayam ke, minum air selusuh ke atau lain-lain tips yang biasa kita dengar. Saya focus more on cara meneran tu. Tapi ibu boleh cuba mana tahu berkesan jugak kan.

Harap tips yang saya kongsikan ni membantu.

Sumber: Ainin Sofieya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Datang nak baca jamu dia makan. Takde pula
Oklah baca nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnye dia bermakeup pas beranak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor pesan jangan mekap time beranak, dorang tak dpt tengok muka kita pucat ke apa ke utk detect komplikasi. Saban kurun manusia beranak mmg tak pernah tunjuk cun. Lately je gigih nak photoshoot baru lepas meneran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 07:14 PM | Show all posts
Tak jahit juga masa beranak, first baby 3.2 kilo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2021 08:50 PM | Show all posts
faraway1 replied at 11-2-2021 07:14 PM
Tak jahit juga masa beranak, first baby 3.2 kilo..

i dulu lagi la... x jahit x teran x mengadung pun rupanya... mana nk jahit nya kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2021 07:04 AM | Show all posts
piao replied at 11-2-2021 07:50 AM
i dulu lagi la... x jahit x teran x mengadung pun rupanya... mana nk jahit nya kan

boleh aje nak jahit bawah tu
kalau nak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ka doc bagi teran masa 7-8cm..?
Kena tunggu 10cm baru boleh kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 14-2-2021 08:19 PM
Ada ka doc bagi teran masa 7-8cm..?
Kena tunggu 10cm baru boleh kan?

Klau ank ke 3-4 rsanya ada je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058379 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list