CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3367|Reply: 2

Trend menakutkan fotografi zaman dahulu

[Copy link]
Post time 11-2-2021 09:19 PM | Show all posts |Read mode
Trend menakutkan fotografi zaman dahulu

Berbanding dengan bentuk seni lain, seni fotografi boleh dianggap baru sahaja lagi. Ia bermula daripada awal kurun ke-19, dan foto terawal yang masih wujud terhasil pada tahun 1826 oleh pencipta warga Perancis, Joseph Neipce.

Sejak itu, manusia menggunakan fotografi untuk pelbagai tujuan. Pada era pemerintahan Permaisuri Victoria sekitar lewat 1830-an, ketika inilah orang mula mencetuskan pelbagai trend dalam meneroka fungsi fotografi. Ini antara trend pelik yang menjadi kebiasaan ketika itu.


1. Potret orang yang telah mati

Ketika Perang Sivil di Amerika tercetus antara pertengahan hingga lewat 1800-an, kematian adalah satu perkara yang sangat mudah dan lazim khususnya golongan kanak-kanak. Selain daripada orang dewasa yang pergi berperang, kadar keboleh hidupan anak kecil hanyalah sekitar 40%.

Jadi pelbagai cara untuk mengenang si mati dan fotografi antara mediumnya untuk mengabadikan kenangan. Lukisan minyak hanya mampu dikomisyen oleh golongan bangsawan, maka fotografi menjadi pilihan mampu milik oleh orang kebanyakan.


Nampak macam mengantuk, padahal dah mati. (Foto: ViralNova)

Sebelum tubuh tak bernyawa mereka ditanam atau dibakar, gambar mereka akan diambil sebagai kenang-kenangan. Ada gambar yang diambil dalam keadaan mata mereka tertutup, ada juga jurufoto yang akan melakukan sesuatu supaya mata mereka terbuka, atau melukis imej mata pada kelopak mata mereka yang tertutup.

Bukan sahaja kanak-kanak, malah mereka juga mengenang pemergian sang suami, isteri, adik, abang, kakak atau sesiapa sahaja dengan mengambil gambar terakhir si mati. Memandangkan tidak semua orang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk memiliki kamera pada ketika itu, trend ini menjadi peluang para pemain industri untuk menjana keuntungan.


2. Fotografi roh

Bukanlah merakam entiti halus sebenarnya, tetapi menggunakan teknik 'double exposure'. Trend ini dimulakan oleh jurufoto bernama William Mumler sekitar era yang sama iaitu 1860-an.

Orang ketika itu tak berapa berpengetahuan tentang bidang ini, dan mudah teruja dengan paparan imej yang memperlihatkan orang tersayang yang sudah mati ada 'di sisi' mereka di dalam gambar.


Gambar oleh Mumler pada 1872 memaparkan Mary Lincoln bersama 'roh' suaminya, Abraham Lincoln. (Foto: Wikipedia)

Maka Mumler menggunakan ini sebagai muslihat untuk menjadi medium pengantara dengan alam ghaib, dan orang ramai mengambil gambar hanya untuk melihat mereka diapit 'roh' walaupun entah siapa. Temberangnya terbongkar apabila seseorang yang masih hidup menemukan gambarnya menjadi 'roh' di dalam gambar orang lain.


3. Selubung kepala dengan kain

Semakin lama, waktu diperlukan untuk memproses gambar pun lebih singkat daripada lapan jam. Namun masih sukar untuk memastikan orang kekal pada posisinya ketika gambar sedang diambil - terutamanya kanak-kanak.

Selalunya orang akan letakkan mainan untuk melekakan anak kecil, dan ada juga yang merasakan cara yang lebih berkesan adalah dengan si ibu sendiri duduk bersama anak di depan kamera, tetapi wajah mereka ditutup.




Bagus niatnya, tak mahu 'overshadow' si kecil. (Foto: Ripley's)

Ada beberapa sebab, antaranya tidak mahu tumpuan gambar terbahagi kepada dua - ibu dan anak - ketika mereka hanya mahu merakam gambar si anak sahaja. Satu lagi sebab, mungkin yang memegang itu pun bukan si ibu, tetapi orang lain sama ada penjaga atau sesiapa sahaja.


Begitulah trend fotografi yang berevolusi bersama perkembangan teknologinya. Mungkin suatu hari nanti di masa depan, orang akan menganggap trend swafoto atau selfie  itu pelik. Masa berlalu, zaman berubah, namun yang masih sama adalah peranan fotografi sebagai medium perakam masa.


Sumber: Ripley's

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2021 09:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 07:25 PM | Show all posts
thanks my issue has been fixed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.162335 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list