CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 3

Kasut Jesus dijual pada harga $3,000

[Copy link]
Post time 12-2-2021 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Kasut Jesus dijual pada harga $3,000



Makin hari makin pelik dunia ini.

Sepasang kasut diinspirasikan daripada Jesus Christ telah dijual pada harga $3,000 (RM12,562.55) beberapa minit selepas ia dijual di pasaran atas talian.

Kasut kontroversi itu merupakan buah akal label kreatif berpangkalan di Brooklyn, AS bernama MSCHF di mana mereka membeli Nike Air Max 97s pada harga runcit dan mengubahsuainya berdasarkan elemen-elemen Jesus.


Pada bahagian lace digantung salib besi, pada hujung lidahnya ada setitis dakwat merah melambangkan darah Jesus dan pada bahagian tepi hadapan kasut disulam 'MT.14:25', merujuk kepada ayat daripada kitab Injil, Matthew 14:25 yang menceritakan kisah Jesus berjalan di atas permukaan air.



Kenapa? Kerana di dalam tapak kasut itu diisi air suci atau holy water diambil daripada Sungai Jordan yang telah dirahmati oleh paderi. Dahsyat tak dahsyat.


Bagaimanapun, Nike tiada kena mengena dalam ini hal. MSCHF bertanggungjawab penuh dalam penghasilan sepasang kasut 'suci' ini.

Ketua Pedagangan MSCHF, Daniel Greenberg menjelaskan bahawa jenama itu tertarik dengan idea 'budaya kolaborasi' (collab culture).

"Kami terfikir tentang kolaborasi antara Arizona Iced Tea dengan Adidas, di mana mereka menjual kasut yang mengiklankan syarikat minuman teh o ais yang dijual di kedai runcit.

"Jadi kami mahu membuat kenyataan tentang betapa tidak masuk akalnya collab culture sudah jadi. Maka kami tertanya-tanya, apa agaknya rupa kolaborasi dengan Jesus?

"Sebagai seorang Yahudi, apa yang saya tahu tentang Jesus hanyalah dia boleh berjalan atas air," katanya kepada New York Post.

Sudah pasti rekaan ini mendapat kecaman ramai, ada yang kata ia menghina dan memalukan. Tapi dia peduli apa. Orang ramai tengah dok gila kasut, dia ambil kesempatan.



Beli kasut RM400, modify, jual balik harga RM12,500. Untung RM12,400.

*Sumber gambar hypebeast.com. Thanks!












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua paderi/paus/vatican city, depa tak bantah ke?

Konsep nya pakai kasut tu kalau terpijak cross tu xkan x kisah kan...pastu kasut kot...tempat yg kotor..,SG x leh brain

Indirectly pengeluar kasut ni hina agama kristian kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
X kowseeeerrr iols nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang agama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.320931 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list