|
View: 6206|Reply: 51
|
[Tempatan]
Edisi berjasa dipuji,silap dimaki:Facebook Muhyiddin, Tengku Zafrul kini dihujan
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 13-2-2021 06:35 AM
FACEBOOK milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kini tidak lagi dikecam.
Sebaliknya dalam hantaran terbaharu menerusi kedua-dua Facebook itu dipenuhi dengan ucapan penghargaan dan pujian kepada mereka berdua.
Komen-komen berbentuk doa juga diberikan kepada Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Negara itu.
Netizen dilihat terpujuk dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan semalam untuk memansuhkan syarat bagi pengeluaran i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Hal tersebut sememangnya dinanti-nantikan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas dan tidak berpeluang mendapat kelulusan pada permohonan Kategori 1 pada Disember 2020.
Terima kasih abah@pm (Muhyiddin). Memudahkan rakyat semoga abah sentiasa sehat dan diberkati amin,” komen Noy Feezah
Terima kasih mendengar keluhan rakyat, semoga minggu hadapan betul-betul bersinar pengeluaran KWSP,” kata Mayy Are Long.
“Love Abah Muhyiddin Yassin, sebelum ini marah manja-manja sahaja.. Salah Faham abah dengan anak,” gurau Fairuz Abdul Halim.
“Terima kasih abah ku sayang kerana memahami kehendak anak-anak abah yang sedang kesusahan.
“Semoga dipermudahkan segala urusan abah dan beradik abah (Kabinet). Pak Long, Pak Lang, Pak Su, Pak Anjang, Pak Tam , pak-pak sekalian. Terima kasih abah,” doa Muhamad Shran.
Demikian komen-komen diterima Muhyiddin dalam hantaran Facebooknya semalam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Sementara dalam Facebook Tengku Zafrul, perkongsian mengenai upcatamanya dalam Forum Bursa Malaysia menjadi tempat netizen menyampaikan penghargaan.
“Percayalah sekarang Tengku Zafrul lebih ramai peminat berbanding haters. Tengku, anda sudah buktikan mereka salah. Terus cekal Tengku dan terus mara ke hadapan. Tahniah!” komen Teo Kok Keong.
“Terima kasih Tengku atas usaha-usaha murni yang dilakukan demi memulihkan ekonomi negara. Saya percaya dengan setiap usaha dan kerjasama daripada smua pihak, insya Allah semua akan kembali pulih dan stabil,” kata Lina Nazrin.
“Hidup Tengku! Terima kasih banyak untuk pemansuhan syarat i-Sinar. Terima kasih kerana meluluskn i-Sinar tanpa syarat.
“Semoga dapat pengeluaran (buat) secepat mungkin. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kesejahteraan dan kesihatan kepada Tengku, amin…,” doa Cik Tiqa.
“Alhamdulillah, terima kasih Tengku Zafrul dengar suara-suara rakyat, i-Sinar KWSP mansuhkan syarat,” ucap Kiera Shakira Harun.
Semalam, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu akan membincangkan pemansuhan syarat i-Sinar KWSP bersama badan berkanun itu.
Sementara Suara Merdeka memetik laporan Astro Awani semalam turut memaklumkan satu pengumuman mengenai pemansuhan syarat i-Sinar akan dibuat pada minggu hadapan.
Sebelum ini, Facebook kedua-dua pemimpin kerajaan itu dihujani kritikan dan kecaman kerana tidak memansuhkan syarat i-Sinar bagi pemohon Kategori 2 ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada November lepas.
Untuk makluman, pada awal Januari, KWSP meluluskan 3.18 juta permohonan pengeluaran menerusi i-Sinar bagi pemohon Kategori 1. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak bincang ya adik2.... Janganlah gembira lagi..
Ingat.. Syarat bukan kriteria  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bosan laa dgn lalang2 nih..cuba korg y memerintah negara..byk songeh plak, salah faham abah dgn anak..padahal korg jgk laa y pegi travel sebar virus,kutip virus sana sini... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
meluat aku panggilan abah cow, pak lang, pak tam , pàk hang.... brp sgtla korang nk percayà ahli politik ni, ada can makan diorang makan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 13-2-2021 11:13 AM
white_musk replied at 13-2-2021 03:16 AM
Baru nak bincang ya adik2.... Janganlah gembira lagi..
Ingat.. Syarat bukan kriteria
Itu lar pasal
Belum nampak kesahihan dan bukti dah excited giler dgn memuji melangit
Tunggulah dulu status permohonan dah bertukar hijau dan confirm duit dah di kreditkan dalam akaun barulah nak bergembira sakan
Sorry to say GOMEN PN ni kuat konar baring so kena berhati-hati jangan sampai suka jadi duka lara
Perlu di ingatkan pasal wujudnya i-Sinar adalah dari usaha tanpa putus2 dari Tok Jib
Aku bukan PRO UMNO tapi aku akan hargai jasa2 pihak2 & individu yang telah bersungguh-sungguh melakukan kebaikkan untuk rakyat yang dalam kesusahan
Credit juga harus di berikan kepada Dr Asyraf Wajdi dan team pemuda UMNO yang mana Dr Asyraf Wajdi tak berhenti-henti berusaha membantu memastikan di hapuskan segala mak nenek syarat2 aka kriteria2 bagi memastikan pemohon2 I-Sinar berjaya dalam permohonan depa2
Sebelum ni Dr Asyraf Wajdi dan team pemuda UMNO telah kena 'GAME' dengan SI BINGAI ALIZAKRI yang mana 3 kali appointment telah di batalkan last minutes oleh SI BINGAI
Nampak sangat bacul SI BINGAI tu
Di harapkan CEO yang baru ni akan tendang keluar team SI ALIZAKRI yang masih ada di dalam KWSP dari urusan2 yang melibatkan kepentingan hak2 pencarum KWSP coz depa2 yang dalam team SI ALIZAKRI ni lah yang jadi M******T & TOXIC yang jadikan semua masalah besar ni timbul
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Awal lg nak dipuji selagi x msk 10k dlm akaun.
Sblm ni pun dia ckp isinar dibuka pd semua, tp hakikatnya x semua akan lulus.
Masih segar dlm ingatan statement yg membodohkan rakyat ni.
Dosa membodohkan rakyat x kan suci dgn kelulusan kwsp yg baru ni.
Ingt x zaman bn membodohkan rakyat dgn gst. Gst x membebankan, gst blh menurunkan harga brg.
Tgk apa hukuman yg bn dpt? Jd bangsat lps tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cringenya baca komen memasing, sayang abah pak long bagai
Lagi menyampah baca "nak keluarkan duit sendiri pun payah"
Eh hello, kalau epf tu tak dipaksa gov untuk tolak gaji + paksa employer bayar 12% + maintain 6% dividen, tak wujud pun "duit sendiri" tu
Jangan kata suruh simpan 10% dari gaji, rm100 pun payah nak simpan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
spankee_fili replied at 13-2-2021 09:35 AM
Cringenya baca komen memasing, sayang abah pak long bagai
Lagi menyampah baca "nak keluarkan duit ...
Setuju. Naik menyampah kawan2 fb saya merintih nak keluarkan duit sendiri. Bagi saya istilah duit sendiri adalah duit yang kita willing to saving dalam bank. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lembu punya susu sapi yg dapat nama..padahal dr awal najib yg dok tekan kwsp supaya buat pengeluaran tanpa syarat..ini adalah kenyataan n realiti. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat negara ni pandai memainkn peranan
jufazli lg
dia siap gebang kata Agong muhyidin zafrul suma layan video youtube dia
suara dia didengari gomen
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
org malaysia ni dia akn sokong org yg bgk dia ade kepentingan. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
awal sgt kot nk memuji. perlu ke korg nk puji sdgkan sblm ni mcm2 alasan diberikan. laenla dh confirm duit tu dh bank in ke acc masing2.
same ler mcm tok yiddin baru je PM. gigih btl sume nk abah2 kan die pastu puji manjang. adan uke la lame2 korg nmpk color politicians yg korg dok puji tu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Exactly.. duit sendiri tu 11% jer. Gigih claim & bila x dpt merempan "duit sendiri..duit sendiri.."
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ritu kwsp dh kena hack.. Well done hackers.. Next time hack lhdn plak. Biar semua dpt bpn. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 13-2-2021 11:28 AM
Exactly.. duit sendiri tu 11% jer. Gigih claim & bila x dpt merempan "duit sendiri..duit sendiri.. ...
11% pun nasib, ada je sekeliling ai yg convert ke 9% tu
Tengok akaun 2 dah cukup, balance berapa je - dah tarah untuk duit rumah, study loan bagai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
actually tak kisah pun kalau yg terjejas tu dpt withdraw EPF depa dlm masa susah ni.
Tp yg bingit & meluat tu asik la duk zikir.. duit sendiri duit sendiri. Yg kekonon t20 pun zikir benda yg sama..
dh kalo t20 buat apa duk zikir sama mcm yg terjejas? takkan lngsung xde saving? konon rumah berbelas buah, kete oriental, bag hermes, lv bla bla
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
uols, bila diorang nak umumkan dividen kwsp ye? biasanya pertengahan feb setiap tahun khuenz. Tahun ni bila entah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|