CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1322|Reply: 1

Gangguan Rama-Rama Tak Jejas Osaka

[Copy link]
Post time 13-2-2021 09:57 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Jepun, Naomi Osaka membalas pukulan pemain Tunisia, Ons Jabeur pada aksi perseorangan wanita tenis Terbuka Australia. - AFP


Berita Harian

MELBOURNE: Naomi Osaka 'diganggu' rama-rama yang hinggap di hidungnya, namun itu tidak menghalang dia daripada mara ke pusingan 16 terbaik tenis Terbuka Australia sekali gus menempah pertemuan dengan naib juara tahun lalu, Garbine Muguruza.

Pilihan ketiga yang muncul juara di Melbourne dua tahun lalu itu 'mengusir' serangga itu dengan baik di tepi gelanggang sebelum meraih kemenangan mudah 6-3, 6-2 ke atas pemain ke-27 dunia, Ons Jabeur dalam tempoh satu jam 18 minit.

Pemain dari Jepun itu bersahabat baik dengan Jabeur dan dia mengakui pertembungan di John Cain itu 'sangat menghiburkan'.

"Saya gementar dan takut kerana saya tidak tahu jika dia mahu menggunakan pukulan 'drop' kepada saya, jadi saya agak terburu-buru," kata Osaka.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur selepas membenarkan kehadiran penonton bermula esok selepas Melbourne dikenakan perintah berkurung selama lima hari.

Penganjur Terbuka Australia pada hari ini mengumumkan pemain akan bertanding dalam 'gelembung ketat' selepas bandar raya itu dikenakan perintah berkurung dan berlangsung tanpa kehadiran penyokong.

Sementara itu, Serena Williams berjaya bangkit daripada deretan kesilapan yang dilakukan sebelum menang ke atas Anastasia Potapova untuk dia meneruskan misi menawan Terbuka Australia.

Pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali itu melakukan 31 kesilapan namun berjaya menumbangkan pemain Russia itu 7-6 (7/5), 6-2 dalam tempoh 97 minit di Rod Laver Arena dan akan bertemu pilihan ketujuh, Aryna Sabalenka.

"Sangat bagus untuk berada di pusingan keempat. Saya bangkit daripada situasi yang tidak pernah saya alami sebelum ini.

"Tetapi semuanya adalah untuk kelangsungan dan beraksi lebih baik pada setiap pusingan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan rama2 menggempur osaka jepun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.070223 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list