CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1932|Reply: 7

Resepi Roti Sarang Lebah Paling Menjadi

[Copy link]
Post time 15-2-2021 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Resepi Roti Sarang Lebah Paling Menjadi



Tepung gandum sebanyak 1kg yang digunakan oleh pemilik resepi adalah termasuk untuk menghasilkan pizza dan roti sosej.  Jika 1kg tepung untuk roti sarang lebah sahaja, ia dapat menghasilkan sebanyak lebih kurang 7 bekas yang digunakan oleh pemilik resepi.

Jika anda mahu buat roti sarang lebah sahaja, gunakan lebih kurang 4 cawan tepung, lebih kurang 2 atau 3 sudu Buttercup, 1 sudu gula, 1 sudu susu pekat dan sedikit garam. Bahan-bahan yang tetap perlu sama kuantitinya ialah telur dan yis.



Bahan-bahan:

Tepung gandum (1 kg)
Gula (2 sudu)
Susu pekat manis (2 sudu)
Garam (1 sudu kecil)
Buttercup (6 sudu)
Yis (1 paket)
Telur (1 biji)

Cara-cara membuat:

Bancuh gula, susu pekat manis dan garam dalam air panas lebih kurang separuh cawan. Setelah sebati, barulah bancuh air suam dalam 600ml dan masukkan yis. Kacau sebati dan tinggalkan seketika.

Kacau sebati tepung dan Buttercup. Kemudian, masukkan sebiji telur yang dipukul manja. Sebatikan adunan sehingga menjadi serbuk roti.
Apabila adunan sudah menjadi serbuk roti, masukkan bancuhan yang ada yis, susu pekat manis, gula dan garam tadi.

Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat pada besen dan tangan. Jika doh lembik, boleh letak tepung sedikit.

Seperti pemilik resepi, apabila doh sudah siap, terus bentukkan doh dan masukkan dalam bekas. Setelah siap bentuk, biarkan ia kembang (sekembang yang boleh). Kemudian, baru bakar.

Nota:

Untuk roti sarang lebah, pemilik resepi bakar menggunakan suhu 175 celsius selama 10 minit api bawah dan 10 minit api atas. Untuk pizza dan roti sosej, pemilik resepi bakar api atas bawah selama lebih kurang 20 minit, menggunakan suhu 175 celsius.
Pemilik resepi timbang lebih kurang 20gm untuk doh roti sarang lebah. Untuk roti sosej, lebih kurang 60gm. Untuk pizza, pemilik resepi tidak timbang tetapi mengikut saiz tray tersebut.

Cara penyediaan bergambar:



Campurkan Buttercup dalam tepung.

Gaul bagi sebati antara tepung dan Buttercup.

Sebiji telur dipukul manja.

Tuangkan telur dalam adunan dan kacau sehingga menjadi serbuk roti.


Sos Butterscotch


Bahan-bahan:

Buttercup (200gm)
Gula perang (200ml)
Krim putar (whipping cream) – jenama Emborg atau Anchor (200ml)

Cara-cara membuat:

Cairkan Buttercup. Kemudian, masukkan gula perang.

Setelah mendidih, baru masukkan krim putar. Masak sehingga mendidih.

Biarkan sejuk. Jika sos kelihatan beku semasa hendak makan, boleh panaskan seketika sahaja.

Tips:

Jika buat roti sarang lebah, boleh sapu eggwash di atas permukaan roti sebelum bakar. Untuk membuat eggwash, kacau sebati sebiji telur dan 2 sudu susu segar. Jika tiada susu segar, bancuh sebiji telur kuning sahaja. Jika tidak mahu membazir, gunakan sahaja sebiji telur tersebut.
Pastikan doh tidak kena angin. Jika tidak, di atas permukaan doh cepat menjadi kering.





Topping pizza adalah sosej, nanas, sos spageti, mayonis, sos cili dan keju

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nurul Farhana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt bg resepi bolehlh cuba buat nnti
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah buat dulu2 tp xmenjadi tq tt share resepi ni..nak try guna resepi ni..kot2 mjadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik...boleh cuba
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:47 AM | Show all posts
Sedapnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya tgk. So fluffy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Faverettt niii
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
viral dulu roti ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053780 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list