CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 4

[Tempatan] NGO kecewa timbalan menteri rasmi program disertai penceramah Israel

[Copy link]
Post time 17-2-2021 04:54 PM | Show all posts |Read mode
NGO kecewa timbalan menteri rasmi program disertai penceramah Israel

https://www.malaysiakini.com/news/563313

Diterbitkan 17 Feb 2021, 4:32 pm
Dikemaskini 4:38 pm



Sebuah NGO pro-Palestin melahirkan rasa kecewa terhadap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mas Ermieyati Samsudin, yang didakwa merasmikan program yang turut disertai penceramah dari Israel.

Walaupun program itu diadakan dalam talian, NGO Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia berkata, sokongan kementerian terhadap acara tempatan yang mana terdapat penyertaan wakil dari Israel tidak sepatutnya berlaku.

"Kerajaan Malaysia, dari dahulu dan sekarang, termasuk yang sekarang senantiasa mematuhi dasar rasmi untuk tidak memberikan pengiktirafan kepada negara Israel serta tidak melakukan sebarang hubungan dengan entiti Israel.

"BDS Malaysia sangat memuji dasar tersebut. Bagaimanapun, perasmian acara tersebut oleh menteri bertentangan dengan dasar rasmi kerajaan yang dianggotai beliau sendiri," kata badan itu dalam satu tulisan surat terbuka, hari ini.

Pada 15 Feb lalu, The Star melaporkan program berbentuk sidang kemuncak keusahawanan itu disokong pihak kementerian dan dirasmikan Mas Ermieyati secara maya.

Ia menampilkan penceramah profesional dari tujuh negara, iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, Israel, Sri Lanka dan Amerika Syarikat yang berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka melalui perbincangan secara langsung.

Sehubungan itu BDS Malaysia menggesa Mas Ermieyati, kementerian yang diterajuinya, kerajaan Malaysia serta semua badan sektor awam dan swasta untuk terus memboikot Israel.

NGO itu juga mendesak supaya kerajaan memastikan tidak ada penyertaan organisasi dari Israel dalam sebarang program di negara kita.

"Hanya tindakan seperti itu yang dapat membawa keamanan dan keadilan di bumi Palestin.

"Hak asasi lima juta rakyat Palestin di wilayah negara itu diduduki secara haram oleh Israel antaranya di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sehingga kini," kata surat tersebut.

Jelas BSD Malaysia lagi, pencabulan tersebut turut direkodkan oleh pertubuhan Human Rights Watch dan Amnesty International.

"Hampir dua juta penduduk Palestin di negara Palestin yang asal (dikenali sebagai Israel) dizalimi oleh sistem undang-undang apartheid. Ini disahkan lagi oleh kumpulan hak asasi manusia Israel, B'Tselem.

"Pencabulan di kawasan Palestin yang dijajah juga dikutuk pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sementara penubuhan jajahan Israel di sana adalah haram di bawah Konvensyen Geneva ke-4 dan melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 Disember 2016.

"Dan apartheid dikategorikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan oleh Statut Rome 2002 Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

"Negara apartheid Israel tidak dapat dihukum atas semua pencabulan di atas semata-mata kerana perlindungan yang diberikan oleh Amerika Syarikat serta akibat tipu daya propaganda Zionis.

"Hanya tekanan yang bermakna daripada masyarakat antarabangsa yang akan memaksa Israel menghormati hak asasi manusia Palestin. Keengganan kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf Israel adalah sebahagian dari tekanan ini," tegas NGO itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan main facebook
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar kata pembela palestine paling popular ada offshore bank account di israel.... Hahahaaha....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kol 'od balevav penimah,
nefesh yehudi homiyah;
ulfa'ate mizrach kadimah,
'ayin let Zion tzofiyah


'od lo avdah tikvatenu,
hatikvah bat shnot 'alpayim;
lihyot'am chofshi be'artzenu,
'eretz-Zion Yerushalaiyim


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 05:01 PM | Show all posts
israel pembela homo2 dn ponen2 pedo

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.074593 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list