CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 0

Camel Barbering, Badan Unta Seperti Karpet

[Copy link]
Post time 17-2-2021 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Camel Barbering, Badan Unta Seperti Karpet




Pernahkah anda mendengar mengenai Camel Barbering? Bulu haiwan unta yang tebal dan kasar memungkinkan untuk menghasilkan reka bentuk serta corak yang sangat menakjubkan seolah-olah menyerupai karpet.




Karachi, merupakan salah satu pasar ternakan terbesar di Asia. Pedagang dan gembala dari seluruh wilayah Sindh di luar bandar membawa unta mereka untuk berdagang di kawasan luar bandar yang sibuk di Karachi. Dengan begitu banyak haiwan yang memenuhi pasar, penjual harus melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menjadikan stok mereka lebih menonjol dan menarik tumpuan kepada pembeli.

Di sinilah seni tukang gunting unta atau ‘Camel Barbering’ yang kurang dikenali memainkan peranan sangat penting kepada para pedagang unta.


Secara umumnya, penjual mahukan unta mereka kelihatan terbaik. Lagipun, siapa yang mahu membeli unta jelek? Membeli salah satu daripada haiwan ini pembeli terpaksa membuat keputusan yang besar kerana harganya yang mahal.
Dengan banyaknya unta yang ada, para pedagang pasti perlu mencari jalan supaya unta-untanya kelihatan lebih menonjol dan dapat menarik perhatian pembeli.

"Pembeli lebih suka mencari yang paling cantik," kata seorang peniaga. "Kami mencari khidmat tukang gunting unta seperti Ali Hassan untuk menjadikan haiwan dagangan 'makeover'”.

Beberapa minggu sebelum Hari Raya Korban, adalah yang paling sibuk. Ali mengenakan harga antara 2,000 hingga 3,000 rupee (sekitar $ 15) untuk seekor unta.


Sekali pandang anda mungkin berfikir bahawa corak yang terdapat pada badan unta adalah permaidani, ia sebenarnya adalah hasil rekaan seni kreatif atas tubuh haiwan hidup  oleh tukang gunting seperti Ali Hassan!


Ali boleh menggayakan lebih dari 14 reka bentuk corak yang berbeza berdasarkan ukuran dan warna bulu unta kerana etiap unta mempunyai sifat bulu yang berbeza.
Dia melakukan semua ini hanya dengan sebilah gunting sederhana. Anda mungkin berfikir bahawa sesuatu yang begitu spesifik memerlukan peralatan khas. Keseluruhan proses menggunting memakan masa hingga empat jam.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063249 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list