Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
341
View
0
Reply

Tips Tukar sport rim: Wajib original atau replika pun takpe?

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-2-2021 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 17-2-2021 10:41 PM

Tips Tukar sport rim: Wajib original atau replika pun takpe?


Menukar sport rim atau rim sport (atau rim sukan?) menjadi antara naiktaraf atau mod paling popular untuk mereka yang mempunyai kereta.

Ini kerana menukar rim mempunyai beberapa kelebihan, sekali buat sahaja kereta nampak makin hensem, lebih garang, lebih lawa, dan silap-silap pengendalian kereta pun makin mantap jika rim itu lebih ringan.



Tetapi dilema di sini ialah, rim original atau rim biasa?

Apa pun pilihan anda, pastikan anda tidak melakukan perkara mengarut seperti beli rim mahal tetapi sewa rumah atau ansuran kereta terlupa bayar.

Apa itu sport rim?



Sport rim atau rim sport/sukan, seperti pada namanya, ialah rim yang lebih baik prestasinya dari rim besi biasa. Rim sport ini lebih ringan, lebih teguh binaannya dan menaikkan gaya sesebuah kereta menjadi lebih sporti.

Sedikit latar belakang, rim sport biasanya dibuat dari aloi. Teknologi awal adalah menggunakan aluminium, tetapi bahan ini agak rapuh dan mudah bengkok.



Rim BBS magnesium


Magnesium pula pada peringkat awalnya masih terlalu mahal kerana teknologi itu masih baharu. Tetapi pada masa ini, teknologi aluminium lebih maju dan dapat menghasilkan aloi yang lebih baik, maka aluminium menjadi pilihan popular.


Rim gentian karbon Koenigsegg

Magnesium masih popular, tetapi biasanya terhad kepada kereta berprestasi tinggi, premium, supercar dan kereta lumba. Rim terkini dan paling ringan adalah menggunakan gentian karbon seperti pada Koenigsegg, tapi ni cerita lain untuk hari lain, ok?

Beberapa teknik penghasilan rim aloi dan contoh adalah seperti berikut:

Casting (tuang dalam acuan) C Enkei
Forging (aloi separa pejal yang dimampat) C Volk dari Rays Engineering dan SSR
Flow forming (acuan separa siap yang dibentuk menjadi rupa yang dikehendaki) C KONIG dan BBS
Rays Engineering pernah ditanya kenapa hasilkan rim dengan proses forged yang mahal dan susah. Jawab mereka, Keselamatan pengguna adalah perkara paling penting. Sekurang-kurangnya kereta anda masih boleh ditolak ke tepi jika berlaku perlanggaran.

Setiap teknik mempunyai kelebihan dan kekurangan, serta mempunyai kos R&D yang berbeza. Apa pun, berbalik kepada persoalan asal C original atau replika?

Berbaloikah berbelanja satu set rim yang boleh beli sebiji motor, atau biar jimat asal boleh je?


Beberapa faktor memainkan peranan dalam keputusan ini, antaranya:

Wang



Rim original SSR Type F 15-inci baharu berharga dalam RM4,000 atau lebih, dan terpakai dalam lingkungan RM2,000 hingga RM3,000 bergantung kepada kondisi.

Tetapi rim replika baharu mungkin berharga sekitar RM700 hingga RM1,000 sahaja. Kalau yang terpakai, dalam RM400 hingga RM600.
Kepuasan
Ramai yang mahukan gaya terkini mengikut trend, lebih-lebih lagi dengan perkembangan media sosial seperti Instagram. Di situlah tempat melaram gambar kereta, dan di situ juga tempat mudah mencari idea modifikasi.
Jika melihat harga rim original Jepun contohnya, boleh buat kita telan air liur. Tetapi padanlah dengan kualiti dan teknologi di sebalik rim tu kan. Memang puas hati.
Rim replika pula memang jauh lebih murah, tetapi anda berdepan risiko kerosakan. Ada yang tak kisah, janji bergaya katanya


Keselamatan



Rim original melalui R&D yang berkos tinggi kerana ia direka agar dapat bertahan dalam pemanduan agresif dan berprestasi tinggi seperti di litar.
Rim replika pula mempunyai tahap kerapuhan jauh lebih rendah dari rim original, dan perkara ini mungkin tidak dapat dijangka. Boleh guna, tapi berhati-hati.

Keaslian

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, mereka berpendapat jika menggunakan rim replika, kita ibarat menggalakkan kecurian harta intelek (hakcipta).

Mereka sangat menghargai perkara seperti hakcipta ini. Bayangkan rakan sekerja mencuri idea anda dan mendakwa idea itu miliknya, kemudia bos menaikkan pangkatnya. Pasti hangin, bukan?

Bagaimana kenalpasti rim original atau replika?
Banyak cara nak kenal rim original. Kita perlu tahu beza supaya kita tidak ditipu dengan rim replika yang dijual mahal hampir sama dengan harga rim original.

Sesetangah kita tak kisah bayar lebih jika memang itu rim original.

Cop Made in Japan


Baik, salah satu mengenal rim original Jepun adalah pada cop Made in Japan pada sebelah luar atau dalam rim. Boleh juga dilihat pelekat pengeluaran pada rim, tetapi semua ini boleh ditiru dan pelekat itu juga boleh dihasilkan semula.

Cara paling selamat ialah pergi ke kedai dengan bertanya dengan serius pada penjualnya, atau pergi ke kedai khusus menjual rim original Jepun. Cuba angkat rim tanpa tayar, anda akan terasa ia jauh lebih ringan dari rim replika Taiwan.

Rim original dari negara lain termasuklah OZ Racing (Itali) dan Evo Regamaster (Rusia). Beza yang replika tulisannya agak kabur dan tak kemas.


Tambahan lagi, tak semua rim Jepun mempunyai tulisan Made in Japan. Sebagai contoh, rim TE37 generasi awal dulu hanya disasarkan untuk pasaran Jepun, jadi tiada tulisan itu. Bila ia semakin popular dan diciplak, barulah engraving dan emboss tulisan Made in Japan diperkenalkan.

Bunyi

Rim original bila berlaga sesama sendiri akan mempunyai bunyi berlainan dengan rim replika yang berlaga sesama sendiri. Ini kerana sifat rim original itu sendiri yang lebih ringan.

Kesimpulan
Semuanya terpulang kepada anda. Selera anda, poket anda, dan kereta anda. Replika generasi awal masih mempunyai standard kualiti yang hampir sama denga original, cuma sekarang susah ditemui.
Jika anda pentingkan keselamatan, rim OEM yang datang pada kereta asal biasanya bawah jenama JRD, BSA, Enkei dan lain-lain masih lebih bagus dari rim replika China.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list