Radin masih dalam perjalanan pulang ke Ipoh bersama pengurusnya berkata, arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Ipoh.
Sebelum ini, Radin membuat keputusan menangguhkan perkahwinan dengan gadis pilihan, Azlina Idris disebabkan kondisi kesihatan ibunya.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, arwah ibunya sudah beberapa tahun menderita penyakit paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen.
"Kondisi kesihatan arwah ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Arwah rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.
"Saya juga tidak dihantar ke sekolah asrama penuh kerana arwah bapa mahu saya menjaga mereka. Bagaimanapun, saya jarang bersama arwah ibu, apatah lagi menjaganya di Ipoh sejak bekerja.
"Tetapi, saya mengupah ibu saudara untuk menjaganya. Pada masa sama, abang pula tinggal berhampiran, jadi tidaklah bimbang keadaannya," katanya.