Baru-baru ini, pendakwah dermawan Ustaz Ebit Lew berpeluang bersua wajah dengan agamawan yang disegani ramai, Sheikh Habib Ali Zainal Abidin dalam satu pertemuan.
Jelasnya, pertemuan ini adalah saat yang dinanti-nantikannya selama ini. Demikianlah dua figura ini bertemu dan saling berkongsi keberkatan masing-masing.
Mari ikuti perkongsian yang dititipkan Ustaz Ebit Lew di Facebooknya di bawah ini.
Terharu sebak sangat rasa. Ya Allah macam mimpi dapat ziarah guru yang teramat mulia Syeikh Habib Ali Zainal Abidin.
Masa saya tengah bersedih beliau call saya dan beri kata semangat yang asbabnya Allah beri kekuatan. Sifat dan layanannya terasa seperti keluarga dekat. Sayang dan terlalu hormat padanya.
Dijamu makan bersama. Pohon doa dan nasihat. Habib Ali pesan buat kerja ini setiap hari betapa Nabi SAW gembira. Walau ujian besar dan penat sangat.
Tapi melihat hasilnya. Anak terbiar dapat disekolahkan dan dididik. Dapat melihat senyuman orang lain. Melihat kerja dan tanggungjawab lebih besar dan terus jangan berhenti.
Terasa rapat sangat dengan beliau. 2 jam bersama dapat banyak ilmu dan sirah Nabi SAW. Saat bersama Habib Ali terasa rindu pada Nabi SAW dan keluarga Nabi SAW.
Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dengan Nabi SAW, keluarga Nabi SAW dan Para Sahabah (RHUM).
Almarhum ayahanda tercinta Habib Ali Zainal Abidin baru meninggal dunia. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat ayahanda beliau.
Dan terus beri kekuatan pada Habib Ali Zainal Abidin sentiasa sihat dipanjangkan usia dan keberkatan untuk terus membimbing ummah- Ebitlew
mohon KKM modify ayat dalam infografik Amalkan 3W & Elakkan 3C, "meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman" kepada "meletakkan tangan SENDIRI di dada SENDIRI sebagai tanda bersalaman.
Aku suka ceramah sheikh habib ali sebab dia soft spoken.. tapi ebit ni ptut hati2 la nak post pape kt socmed bile melibat golongan agamawan ni.. tkut menimbulkn fitnah mcm kes tabligh dulu tu..
alhamdulillah.saja mau bilang orng hebat ini ibunya indonesia ya bapaknya cina.jadi bukti kan kami bisa lahirkan anak2 yang hebat hasil perkahwinan campur.alhamdulillah ayah ostaz ni msuk islam.lihat satu malaysia sayang ostaz
itu pasai aku suka ulama dan ustaz indonesia nih.
ramai yang baguih2.
takde buang masa tunjuk bakat jadi pak lawak bikin org gelak,
takde nak menceceh, meraban dan membebel,
takde nak kutuk or sindir orang lain.
takde nak tunjuk angkuh dengan ilmu nya dgn merendahkan org lain.
my feveret ;
ust ihsan tanjung
ust zulkifli mohd ali, uzma
ust adi hidayat
habib zainal abidin
syeikh nuruddin marbu al banjari
syeikh ali jaber (Allahyarham)
Post time 13-7-2021 07:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
... sentuh dada adalah salah satu method perubatan alternative.. menenangkan fikiran pesakit.. sentuh sambil baca ayat alquran.. itu bukan cara bersalaman.. dia sedang merawat E.L.. kann ramai org tengah dengki kat E.L.. yang hantar gangguan kat E.L. pon ramai gakk.. biasalaa org melayu..