CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2065|Reply: 5

Bahaya Toksik Plumbum Pada Pinggan Mangkuk

[Copy link]
Post time 22-2-2021 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Bahaya Toksik Plumbum Pada Pinggan Mangkuk

Plumbum sudah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan pewarna untuk mewarna corak dan lukisan pada produk seramik, terutama pinggan mangkuk, namun pengguna perlu berhati-hati kerana pinggan mangkuk seperti ini mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.


Penggunaan cat gred industri.

Ini kerana logam berat plumbum digunakan boleh memberi kesan terhadap kesihatan, kerana pewarna digunakan ialah cat industri yang sememangnya tidak sesuai untuk pembuatan pinggan mangkuk.

Pengusaha cenderung menggunakan cat pewarna atau cat daripada gred industri kerana harganya lebih murah dan dapat menghasilkan corak serta warna menarik.

Bahan plumbum itu mudah luntur apabila kita meletakkan makanan yang panas atau berasid tinggi pada pinggan mangkuk terbabit.


Contoh plumbum yang digunakan dalam pembuatan pinggan mangkuk seramik tetapi bahan plumbum ini luntur dalam makanan sangat sedikit. Cat daripada gred industri tidak sesuai diguna untuk pinggan mangkuk.

Seterusnya ia terlarut lalu bahan toksik ini meresap ke dalam cecair pada makanan yang bersentuhan dengannya.

Ini sangat berbahaya kepada pengguna kerana bahan industri dihasilkan menggunakan campuran pelbagai kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.

Bahan plumbum yang luntur tidak mengeluarkan bau, warna dan rasa kerana saiznya terlalu kecil.

Sedikit demi sedikit bahan kimia ini tersimpan dalam badan pengguna yang lama-kelamaan memberi kesan kepada kesihatan.

Kesan kepada golongan dewasa ialah gangguan saraf seperti Parkinson, nyanyuk, gangguan fungsi otak dan hati.



Pinggan putih tanpa corak lebih selamat digunakan.

Kesan kepada kanak-kanak pula adalah proses tumbesaran terbantut, masalah pembelajaran dan 'Intelligence Quoteint (IQ) rendah.

Pinggan mangkuk yang cantik ini tentunya menjadi perkakas kegemaran yang kerap digunakan.

Semakin kerap menggunakan pinggan ini maka bertambah banyak toksik menyerap masuk ke dalam badan.

Sebaik-baiknya elakkan menggunakan pinggan ini kerana ia lebih selamat digunakan untuk hiasan.


sumber: hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 11:51 AM | Show all posts
portmeirion toksik x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
X suka kaler2 corak2 ni.. buat hiasan leh lah.. aku pakai pinggan plain je putih bersih suci
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 02:39 PM | Show all posts
Betul tu tak suka pinggan yang bercorak macam dalam gambar tu.  Lebih sesuka guna pinggan putih tampa hiasan.  Tak ada masaalah nak suai padan dengan hiasan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 03:11 PM | Show all posts
guna pinggan lama, corak bunga kt tepi je.. tu pun bkn keliling.. 3 penjuru gitu  
bunga pink, purple, hijau, hitam

corak bunga penuh atau kt tgh2 hanya pd dulang lama je..

sekian melaporkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:54 PM | Show all posts
pakai pinggan claytan jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.099283 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list