CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2973|Reply: 1

Cocos Island - The mysterious island in the Pacific - FULL VERSION!!

[Copy link]
Post time 22-2-2021 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 22-2-2021 07:24 PM



Coconut Island protrudes from the Pacific Ocean as the peak of a lone volcano, far off the Costa Rican coast. At the end of the 18th century, the English author Robert Louis Stevenson is said to have received the inspiration for his novel „Treasure Island“ here. The tiny island comprises just 25 sqm2 and is covered by an impenetrable jungle. Numerous streams, waterfalls and gorges epitomise the world‘s largest uninhabited rain forest island. Due to its isolation, unique flora and fauna have developed here. Today, as a national park and world natural heritage, the island is closely supervised by park rangers. The outstanding underwater world surrounding the island abounds with marine fauna of every description. Hardly any other destination is as well-known for its countless large fish varieties, especially hammerhead, reef and offshore sharks. The film‘s author submerged to depths up to 400 meters on board the „Deep Sea“, a modern research submarine. During the dive, he ucceeded in shooting material of rare deep sea fish and shark species, which have never before been sighted near Coconut Island.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2021 07:24 PM | Show all posts
ORANG Melayu Cocos merupakan komuniti masyarakat yang membentuk kumpulan etnik terbesar menetap di Kepulauan Cocos atau Keeling, kini menjadi sebahagian daripada wilayah milik Australia.

Orang Melayu Cocos berasal dari keturunan peneroka Melayu dari bekas negeri tanah jajahan British seperti British Malaya  (kini Malaysia), Singapura,  Brunei dan Kepulauan Riau (dahulunya dibawah pemerintahan Hindia Timur Belanda). (Lihat , The World Factbook, CIA. Dicapai pada 14 April 2009.)

Pada asalnya Pulau Cocos tidak dihuni oleh manusia sehinggalah masyarakat Melayu membentuk komuniti utama di sana. Golongan Melayu perintis yang dipercayai pertama kali tiba dan menetap di Kepulauan Cocos adalah dari kalangan harem dan hamba abdi. Mereka dibawa masuk oleh Alexander Hare, petualang Inggeris pada tahun 1826.

Pada tahun 1827 John Clunies-Ross menukar kehidupan para penduduk Melayu ketika beliau tinggal di Kepulauan Cocos bersama dengan keluarganya. Terdapat orang Melayu yang sejumlah besarnya berasal dari Tanah Melayu bekerja dengan Clunies-Ross untuk membantunya menanam pokok kelapa dan menuai hasil kelapa.

Pada bulan September 1978, keluarga Clunies-Ross telah menjual Kepulauan Cocos kepada kerajaan Australia. Sejak itu, Ketua Negara ialah Ratu Elizabeth II, diwakili oleh Penyelia Gabenor Jeneral pada masa itu B.Cunningham. Ketua Dewan Kepulauan Haji Wahin Bynie.

Orang Melayu Cocos mempunyai kod pakaian mereka sendiri. Baju kurung untuk wanita dan Baju Melayu untuk lelaki. 'Baju Kurung' terdiri daripada tunik longgar (merujuk pada kerah baju panjang dengan kerah pendek yang ditempelkan bersama-sama dengan bros) dan dikenakan di atas skirt atau sarung. 'Baju Melayu' adalah baju longgar (kerah dengan tiga atau lebih kancing atau kerah dengan garis leher).

Orang Melayu Cocos mempunyai loghat mereka tersendiri, Bahasa Melayu Cocos atau Basa Pulu Kokos. Ia dianggap kasar dan tidak canggih kerana kegunaan slanga dalamnya dan tetap berubah pada maksud perkataan. Bahasa ini merupakan campuran Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu dengan sebutan tempatan dan bahasa Inggeris bercampur-aduk. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa pentadbiran dan de facto.

Secara teritorial, Kepulauan Cocos masuk wilayah Australia, tepatnya Australia bahagian utara. Lantas, apa istimewanya pulau ini? Salah satunya adalah penduduk yang mayoriti Muslim.  Pulau Islam, tetapi di bawah Australia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.060492 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list