CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1465|Reply: 1

Logo Baharu Perak FC Dijangka Diketahui Esok

[Copy link]
Post time 23-2-2021 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed. - Foto ihsan FB Khairul Shahril Mohamed.


Berita Harian

Balqis Jazimah Zahari
[email protected]

IPOH: Pengurusan Perak FC akan memuktamadkan pemilihan logo baharu skuad berkenaan selepas ia selesai dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi esok.

Mengesahkan perkembangan itu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed turut memohon maaf atas keresahan yang timbul berhubung perkara itu.

"Pihak pengurusan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peminat yang mengambil bahagian dalam urusan pemilihan logo baharu," katanya pada sidang media di pejabat urusan Perak FC di Jalan Sultan Idris Shah, di sini hari ini.

Sebelum ini NSTP melaporkan, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menasihatkan agar satu pertandingan mereka cipta logo Perak FC yang baharu diadakan.

Khairul Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri dilaporkan berkata, baginda bertitah nasihat agar maklum balas daripada penyokong didengari, dihormati dan diberikan perhatian susulan reaksi mereka yang kurang berminat dan tidak tertarik dengan logo baharu diperkenalkan Perak FC.

Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharu itu menerusi Instagram 'peraktbgmy' dengan mengetengahkan konsep 'a new chapter begins, but the history remains'.

Logo itu menunjukkan imej seekor seladang putih di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning. Selepas itu, ramai mempertikaikan rekaan itu yang dianggap tidak kreatif.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairul Shahril berkata, pihaknya juga sudah bersetuju untuk melantik Rizal Naizali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC berkuatkuasa pada 10 Februari lalu.

"Beliau juga akan menjadi pengurus pasukan Perak FC bagi musim ini," katanya.

Khairul Shahril juga mengesahkan pengurusan juga sudah mengesahkan Perak II menyertai Liga Perdana pada musim ini.

"Keputusan penyertaan berkenaan dibuat demi pemantapan arena bola sepak negeri dan perkembangan bakat pemain muda di Perak," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 01:09 PM | Show all posts
Semoga logo baharu yang bakal diperkenalkan mempunyai ciri-ciri kesenian moden bercampur dengan kesenian traditional rakyat Perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.249817 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list