CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 1

Enam Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Melantik Peguam

  [Copy link]
Post time 23-2-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
KETAHUI CARA NAK LANTIK PEGUAM





Enam Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Melantik Peguam

1) Semak status peguam tersebut samada mempunyai lesen yg sah atau tidak. Sama ada anda berurusan dengan individu yang mengaku sebagai peguam ataupun beliau memang peguam yang sebenar. Kalau peguam sivil anda boleh semak di website Majlis Peguam. Alamat website : www.malaysianbar.org.my. Kalau peguam syarie anda boleh semak di pejabat agama atau mahkamah syariah setiap negeri terbabit.

2) Pastikan anda berurusan secara langsung dengan peguam tersebut untuk urusan kali pertama. Jangan hanya berurusan melalui staff, orang tengah, agen peguam, pihak ketiga atau sesiapa sahaja yang mengaku sebagai peguam untuk mengelak ditipu. Kadang2 ada kes penipuan yang dibuat oleh pihak ketiga sedangkan peguam yang namanya digunakan pun tidak menyedari perkara tersebut berlaku.

3) Setiap peguam mempunyai kepakaran masing2 yang berbeza-beza kerana bidang guaman tersangat luas. Ada peguam yang pakar dalam bidang sivil, hartanah, kemalangan, jenayah, korporat dan komersial, syariah dll. Cari peguam yang mempunyai pengetahuan yang khusus berkenaan permasalahan yang anda hadapi. Sebagai contoh, jangan cari peguam perumahan untuk uruskan kes jenayah atau kemalangan.

4) Pastikan anda diterangkan tentang perjalanan kes secara terperinci. Lebih baik kalau anda ditunjukkan dengan leading case yang pernah dikendalikan oleh peguam tersebut sebelum ini. Ini menunjukkan peguam tersebut memang betul2 mahir dan ada kepakaran dalam menyelesaikan kes anda.

5) Pastikan anda mendapat anggaran kasar berkenaan tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan kes tersebut dan pihak2 yang akan terlibat dalam proses tersebut. Anda hanya perlu berurusan dengan peguam sedangkan pihak peguam akan berurusan dengan banyak pihak yang lain seperti pejabat tanah, pejabat LHDN, mahkamah, balai polis dan banyak lagi pihak bergantung kepada jenis kes yang diuruskan.

6) Pastikan anda tahu bagaimana kos guaman ditentukan. Kos guaman hendaklah diterangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Untuk kes conveyancing atau jual beli tanah kos guamannya memang dah ditetapkan. Satu Malaysia kos guamannya mesti sama, mungkin hanya berbeza dari pengiraan disbursement sahaja. Kes selain kes conveyancing, jual beli tanah, pinjaman, cagaran dan sewaktu dengannya contoh kes sivil, kes syariah, kes accident dll.. legal fees adalah bergantung kepada budi bicara peguam tersebut berdasarkan beberapa faktor tertentu. Mungkin berdasarkan nilai market value, kepakaran, kerumitan sesuatu kes, tempoh masa kes, faktor jarak dan macam2 faktor lain.

Soalan : Perlu ke saya lantik peguam untuk selesaikan urusan saya yg berkaitan undang2?
Kalau buat sendiri boleh tak?

Jawapan : Selagi anda hidup bermasyarakat selagi tu anda perlukan khidmat peguam utk menjaga bermacam2 kepentingan anda di bawah undang2. Melainkan anda boleh meramal masa depan dan boleh membaca hati org lain.. maka anda tak perlukan peguam kerana anda boleh jaga kepentingan anda sendiri tanpa dilindungi oleh undang2.

Biar tahu jangan keliru.

#celikundangundang
#elakjadimangsa

Sumber : Sabrina Sabiyah & Co

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nice
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.081365 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list