CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 2

Keunikan Kaum Uru Yang Membina Rumah di Atas Pulau Terapung

[Copy link]
Post time 24-2-2021 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Keunikan Kaum Uru Yang Membina Rumah di Atas Pulau Terapung
Di Peru atau lebih tepat lagi di Tasik Titicaca, terdapat sebuah kumpulan manusia dari kaum Uru atau Uros yang membina penempatan mereka di atas “pulau terapung”. Mereka adalah masyarakat orang asli Peru dan Bolivia dan terbahagi kepada 3 kumpulan utama Uru-Chipaya, Uru-Muratod dan Uru-Iruito.

Menurut sejarah, orang Uru berasal dari keturunan orang yang bertutur dengan bahasa Puquina. Walaupun sebahagian besar orang Uru telah berhijrah ke Aymara dan Sepanyol, pada tahun 2004, telah ditemui 2 orang yang masih fasih bertutur dengan bahasa Uru yang hampir pupus ini.

Orang Uru menganggap diri mereka pemilik tasik dan air. Menurut legenda, orang Uru mendakwa bahawa mereka mempunyai darah hitam kerana mereka tidak merasakan kesejukan. Sejak sekian lamanya, mereka menggelarkan diri mereka Lupihaques, bermaksud “anak Matahari” dalam bahasa tempatan.

Walaupun bahasa Uru hampir pupus, orang Uru tetap mempertahankan identiti mereka dan sehingga kini masih mengamalkan beberapa adat lama termasuklah membina penempatan mereka di atas pulau terapung buatan manusia.

Orang Uru berdagang dengan suku Aymara di daratan, berkahwin dengan mereka dan akhirnya menyebabkan kepupusan bahasa Uru kerana bahasa bahasa Aymara lebih banyak digunakan. Kira-kira 500 tahun yang lalu mereka kehilangan bahasa asal mereka. Ketika ditakluki oleh kerajaan Inca, mereka harus membayar cukai kepada mereka dan sering dijadikan hamba.

Pulau terapung buatan manusia

Orang Uru telah tinggal di tasik selama hampir 4,000 tahun terutamanya di tasik  yang terletak berhampiran dengan bandar Puno, Peru di sepanjang sempadan Bolivia. Kira-kira 1.200 penduduk kampung masih tinggal di daerah ini pada masa kini.

Pembinaan penempatan di pulau terapung ini bermula setelah mereka dihalau oleh orang Incas yang merampas tanah-tanah mereka satu ketika dahulu. Pada masa kini, mereka mereka memperoleh wang melalui industri pelancongan dan menjual kraftangan.

Mereka tetap setia pada budaya mereka dengan terus berpakaian tradisional dan hidup dengan hasil tangkapan ikan yang mereka tangkap dari tasik tersebut dan memakan beberapa tumbuhan yang hidup di persekitaran kawasan tasik tersebut.

Selain faktor keunikan, lawatan ke pulau-pulau buatan orang Uru memberikan gambaran menarik kepada pelancong mengenai budaya Peru, menjadikan lawatan ke kawasan penempatan orang Uru ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pelancong yang datang ke Peru.

Bagaimana pulau-pulau Uros dibuat

Setelah membina dasar tanah liat yang kuat yang terdiri dari batu-batu dari tanah yang ditambatkan bersama-sama, orang Uros memotong tumbuhan yang dikenali sebagai “reed” lalu “mengikatnya” bersama. Bahan-bahan ini kemudian diletakkan berlapis atas satu sama lain untuk membuat puluhan pulau di tasik itu.

Pulau buatan yang dibina ini juga lengkap dengan kemudahan pondok penginapan dan ruang makan. Setelah siap, pulau buatan ini akan ditunda ke tasik tersebut menggunakan tongkat dan tali panjang.

Perahu mereka yang berbentuk seperti sampan dengan kepala binatang di hadapannya, digunakan untuk memancing dan membawa pengunjung melawat ke pulau-pulau. Perahu ini biasanya ditambatkan ke dasar tasik dan boleh dapat dipindahkan jika perlu.

Tumbuhan yang digunakan akan hancur atau mereput setelah beberapa ketika jadi penduduk kampung harus terus menambahkan lebih banyak untuk memastikan tapak pulau buatan tersebut terus kukuh, terutama di pulau-pulau yang banyak dikunjungi oleh pelancong.

Walaupun tumbuhan yang digunakan akan ditukar selepas beberapa ketika, lama-kelamaan apabila struktur pulau tersebut tidak lagi selamat mereka terpaksa membina semula keseluruhan pulau itu. Proses pembinaan semula ini mengambil masa lama memandangkan semuanya masih dilakukan dengan cara tradisional.

Tujuan penempatan dibina di pulau-pulau terapung ini pada awalnya bersifat sebagai mekanisma pertahanan. Sekiranya timbul ancaman, pulau-pulau terapung ini dapat dipindahkan. Sementara itu, terdapat sebuah pulau terbesar yang memiliki memiliki menara peninjau. Sesetengah pulau kecil juga dilengkapi dengan menara peninjau ini.

Pelancongan di pulau-pulau Uros

Di sebalik gaya hidup tradisional, orang Uru tidak menentang teknologi moden. Beberapa keluarga mempunyai bot berenjin dan menggunakan panel solar untuk kemudahan lampu, air panas dan pengecasan barang eektronik. Mereka juga menggunakan sistem tandas mesra alam yang tidak memerlukan penggunaan sistem kumbahan.

Terdapat sebuah pulau utama yang turut menempatkan stesen radio yang memainkan muzik selama beberapa jam setiap hari. Pulau-pulau ini dapat dijangkau dari kedua sisi tasik. Namun, perjalanan dari Puno, Peru, mungkin merupakan ases masuk yang paling mudah.

Pelacong yang datang ke sini akan dibawa dengan bot ke pulau-pulau yang berbeza yang merupakan rumah bagi hampir 400 keluarga. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan melihat bot yang digunakan untuk mengangkut kanak-kanak ke sekolah dan menghantar ke rumah mereka yang terletak di pulau-pulau yang berlainan.

Lawatan biasanya merangkumi perjumpaan dan sesi beramah mesra dengan penduduk tempatan dan mereka akan membawa pengunjung melihat kawasan sekitar sambil menerangkan budaya dan tradisi mereka. Di sesetengah pulau, pelancong boleh membeli pelbagai cenderamata yang dihasilkan secara tradisional.

Kredit:




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sangat kreatif mereka ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:03 AM | Show all posts
woooww best nyer. kene berubah mengikut peredaran zaman. dlm masa yg sama kekalkan ciri asal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.065546 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list