Edited by FOTHER-MUCKER at 24-2-2021 06:08 AM
Datuk 13 cucu tidak serik menagih dadahOleh Nurul Fatihah Sulaini - Februari 24, 2021 @ 6:49ambhnews@bh.com.my
Warga emas, ditahan penguat kuasa AADK Besut di rumahnya awal pagi tadi di Kampung Gong Medang, Kampung Raja. - Gambar AADK
JERTIH: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan seorang lelaki warga emas mempunyai 13 cucu, kira-kira jam 1.30 pagi tadi di Kampung Gong Medang, Kampung Raja di sini.
Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin, berkata lelaki berusia 68 tahun itu mempunyai tujuh orang anak dan tidak bekerja. Ketika serbuan, katanya, warga emas itu terjaga dari tidur dan tidak sempat melarikan diri kerana rabun.
"Lelaki itu terbabit dengan penagihan dadah sejak 19 tahun lalu dan pernah ditahan pada 2002. Hasil ujian air kencing positif dadah opiat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Noor Hafizza berkata, operasi yang dilakukan bermula jam 12.00 tengah malam tadi menahan lima orang penagih berumur 30 hingga 68 tahun. "Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/02/789717/datuk-13-cucu-tidak-serik-menagih-dadah
|