CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4954|Reply: 14

Lelaki Kongsi Foto Contengan Di Penjara Pudu Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

[Copy link]
Post time 25-2-2021 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Kongsi Foto Contengan Di Penjara Pudu Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah





Sebut sahaja penjara, pasti satu perkataan yang terbit di kepala ialah ‘neraka dunia’. Tiada yang indah di sana sebaliknya semuanya menyesakkan.

Bukan sahaha digeruni masyarakat, malahan penjenayah sekali pasti berhati-hati bagi mengelakkan mereka terhumban ke dalam tirai besi ini, terasing dan dipisahkan oleh tembok dari dunia luar.

Kerana sebaik sahaja anda bergelar penghuni di sana, apa yang tinggal hanyalah kehidupan yang suram, kelam dan sepi.

Menerusi grup Facebook, Malaysiaku Dulu Dulu, seorang lelaki, Amri Daud telah berkongsi pengalamannya ‘menerjah’ masuk ke Penjara Pudu, bangunan tinggalan sejarah kolonial British yang sudahpun dirobohkan.

Enggan mensia-siakan peluangnya memasuki bangunan tersebut pada 2009, Amri turut mengambil beberapa foto-foto suasana didalam bangunan berkenaan yang turut dikongsikan di posting tersebut.

Menurut Amri, satu perkara yang menarik perhatiannya adalah ‘seni’ contengan yang terdapat pada bahagian dinding yang rata-ratanya di dilakukan oleh penghuni penjara itu sendiri.

Ini kerana pada pendapatnya, semua hasil contengan tersebut sebenarnya adalah mesej, dan nukilan berupa luahan hati mereka yang pernah bergelar penghuni di sana sehinggalah ke hari terakhir sebelum penjara itu ditutup secara rasmi pada 1996.

Jom ikuti perkongsian Amri Daud di bawah:

Luahan Dinding, Pudu Jail



Sebelum Pudu Jail dirobohkan, sempat juga dua tiga kali aku curi-curi masuk dalam melihat sisa-sisa isi di dalamnya. Ada juga masuk sebab kawan minta bawa.

Dulu masuk sebab suka-suka, ambil gambar pun suka-suka, takat apa yang ada saja. Sekarang bila dah takda, menyesal tu ada, kalau gambar tu diambil betul-betul, ‘harga’ dia mahal, story dia mahal.

Aku paling tertarik melihat seni-seni pada dinding penjara. Ada yang melukis, ada yang buat kalendar ‘menghitung hari’, ada menulis puisi meluah isi hati dan ada juga sekadar menampal gambar-gambar ‘modal’ untuk mereka ‘berfantasi’.

Tapi biar apa pun yang ‘ada’ pada dinding-dinding tu, yang jelasnya segala jenis ‘seni’ yang dihamparkan itu menunjukkan luahan apa yang terbuku.

Kawan aku kata “jiwang juga penjenayah ni ya”. Bagi aku tak, bukan jiwang, tapi mereka menulis perasaan mereka yang paling ikhlas (ketika tu).
Antara luahan mereka:

“Di kamarku menyepi seorang diri”

“Tolonglah aku”

“Selamat hari raya”

“Bagai nak gila kepala dalam penjara”

“Karna cita-cita akhirnya aku terdampar di sini. Merengkok aku di sini dalam ketandusan akal, batin dan segalanya. Semoga masih ada sirna untukku bagi menyuluhi hari depanku. Amin”




Sayang, bukan niat kita untuk berpisah, tetapi sudah takdirnya begitu. Percayalah aku tetap seperti dahulu. Sayang betapa siksanya aku di dalam neraka ini. Tabahkanlah hatimu, aku akan kembali ke pangkuanmu”

“Karena ringgit aku jadi begini”




Ada banyak lagi, tapi gambar tak berapa jadi. Ambil gambar pun laju-laju saja sebab gelap dan takut. Aku tak menggeledah semua sel.

Ada beberapa saja di floor bawah, banyak sel yang dah dicat dindingnya, tutup segala seni si banduan.

Nak berjalan pusing kawasan penjara aku berani lagi, tapi nak menggeledah, masuk sel satu-persatu ni hati aku tak cukup kering. Yang beberapa ni saja pon rasa dia lain mcm, meremang. Mungkin sebab aku penakut, kalau pemberani mungkin rasanya biasa saja.

Sekarang penjara pon dah takda, yang ada cuma gambar dan cerita-cerita saja. Kapitalis ni buta, nilai pudu jail, nilai cerita2 pudu jail, nilai pengajaran dari pudu jail ni lagi mahal dari harga semasa tanah tapak pudu jail tu sendiri…

Perkongsian Amri bukan sahaja menarik perhatian ribuan netizen, malah ramai berpendapat foto yang dikongsikannya turut membuka mata mereka tentang apa yang dirasakan banduan sewaktu berada di dalam penjara.

Malah ramai yang turut berpendapat foto-foto tersebut akan menyimpan 1001 memori memandangkan bangunan berkenaan juga tidak lagi wujud.

Lihat beberapa lagi foto yang sempat dirakam Amri di bawah :












Untuk melihat galeri penuh foto yang diambil Amri Daud, sila tekan pautan di sini atau dibawah :

https://www.facebook.com/groups/ ... nk/664379870888955/

Nota : Kesemua foto yang dikongsikan disini adalah hak milik Amri Daud

Sumber: AMRI DAUD FACEBOOK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 04:36 PM | Show all posts
uih...yang lukisan warna merah kat pintu tu mcm dalam filem yg Zul Handy Black berlakon je.
seram.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 05:22 PM | Show all posts
beni_nikaido replied at 25-2-2021 04:36 PM
uih...yang lukisan warna merah kat pintu tu mcm dalam filem yg Zul Handy Black berlakon je.
seram.. ...

xdpt kesan lagi apa cerita disebalik tulisan merah tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
2 dekad plus yg lepas rombongan skolah buat

visited mmg nekad tobat balik nak jd

budak baik tak nak nakal2 nak dengar

ckp mak bapak tup tup seminggu

dua aje da menagas nakal balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 03:47 PM | Show all posts
Orang yg lukis2 tu semua hidup lagi ke dah mati kena gantung?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 03:58 PM | Show all posts
Aku rasa lukisan & contengan tu dibuat masa Penjara Pudu tu dah kosong kot.
Ada "artis2" grafiti yang curik2 masuk macam si cameraman ni buat.
Banduan boleh ke simpan marker pen dalam sel, siap melukis mahakarya bagai. Wardern penjara tak marah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2021 05:08 AM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 26-2-2021 03:58 PM
Aku rasa lukisan & contengan tu dibuat masa Penjara Pudu tu dah kosong kot.
Ada "artis2" grafiti y ...
baca komen ni ... agak setuju ...
rasa nya lukisan tu banyak nya dilukis selepas penjara tu kosong ...

kalau betul banduan2 tu... takat main gores2 jer rasa nya ....


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggalan sejarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 03:56 PM | Show all posts
pernah dua kali masuk tahun 1997 masa jadi muzium..tiket masuk rm12 ..aku sorang2 masuk melawat semua sel,tempat mandi , ruang sebat,bilik akhir dan tempat gantung pesalah..masa tu ada pasang audio bunyi saat2 banduan dibawa dan dentuman pelapik kaki dibuka . memang ada kesan contengan tu ,agaknya boleh pinjam pen warder kot .siap beli keychain lagi.boleh la buat modal cerita kat anak cucu nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tricomonas replied at 18-3-2021 03:56 PM
pernah dua kali masuk tahun 1997 masa jadi muzium..tiket masuk rm12 ..aku sorang2 masuk melawat semu ...

Seram pulak bacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang sangat dirobohkan..dulu2 naik lrt star tu selalu intai penjara pudu ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-2-2021 05:08 AM
baca komen ni ... agak setuju ...
rasa nya lukisan tu banyak nya dilukis selepas penjara tu kosong ...

salam.. tak juga sahabat.. penjara ada 2 mukim.
1.banduan luar
2.banduan kawalan
banduan luar ni yg 3bln berkelakuan baik diletakkn di sel komuniti.. boleh keluar sel, makan bersama, baca buku, buat hasil kerja tgn utk habiskn sisa hukuman..
2.banduan kawalan pulak langsung xleh keluar sel.. berak pun kt dlm sel.. ada 2 pintu la maksudnya.. dan di dlm banduan kawalan ada sel akhir.. @anak emas@banduan akhir.. sell ni diselia ketat sbb berkemungkinan banduan bunuh diri sendiri tu ada.. sampaikn berus gigi, tower mandi pun pendek..
selalu yg conteng2 ni banduan luar..
ada juga bpermintaan banduan akhir nak melukis dll

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 27-3-2021 12:41 PM
salam.. tak juga sahabat.. penjara ada 2 mukim.
1.banduan luar
2.banduan kawalan

berus gigi banduan jenis sarung pada jari.. tuala pula bila di balut nampak sebahagian kecil peha sbb pendek.. kalau panjang mereka buat alat utk gantung diri.. mesti org fikir baju dan seluar mereka panjang.. mmg tapi jenis jahitan yg sekali rentap boleh koyak.. sbb tu dobi basuh tak berapa lama pusingnya sbb cepat koyak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 12:57 PM | Show all posts
Kalau terus dikekalkan sebagai muzium kan bagus.
Sibuk nau nak buat pembangunan tapi nilai sejarah nak dibuang.
Kalau la penjara ni ada lagi, rasa macam nak masuk melawat je. Kalau berani la. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 11:30 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 29-3-2021 12:57 PM
Kalau terus dikekalkan sebagai muzium kan bagus.
Sibuk nau nak buat pembangunan tapi nilai sejarah  ...

itu lah. Rugi sangat tak buatkan penjara pudu ni jadi muzium.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071139 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list