CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2462|Reply: 1

Rupanya Singapura Ada Wang Kertas Yang Papar Wajah Leftenan Adnan

[Copy link]
Post time 25-2-2021 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Rupanya Singapura Ada Wang Kertas Yang Papar Wajah Leftenan Adnan




Tanya sahaja pada semua rakyat Malaysia malah Singapura , siapakah askar pada zaman perang dunia ke -2 yang paling mereka ingati, pasti rata-rata akan memberi jawapan yang sama iaitu Leftenan Adnan.

Leftenan Adnan atau nama betulnya Adnan Bin Saidi adalah satu simbol keberanian dan ketabahan seorang askar yang memperjuangkan martabat dan hak bangsa dari penjajah, malah beliau dan pasukannya turut dijulang sebagai wira atas keberanian mereka menentang kemaraan tentera Imperial Jepun dalam satu peperangan di Pasir Panjang, Singapura atau lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu.



Dipapar pada wang kertas SG$ 20 Singapura

Namun siapa sangka, wajah beliau sebenarnya ada dipaparkan pada wang kertas $20 negara Singapura.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna @MustaffaAlBakri telah berkongsi foto wang kertas berkenaan kepada orang ramai.

Turut pamer beberapa lagi tokoh S’pura
Menerusi foto tersebutm, wajah Leftenan Adnan bersama 7 lagi tokoh terdahulu Singapura seperti Munshi Abdullah dipamer di bahagian belakang wang kertas berkenaan.



Selain beliau, potret Presiden Pertama Singapura, Yusof Bin Ishak turut dipaparkan pada ruangan hadapan wang kertas berkenaan.



Wang peringatan khas Bicentennial Singapura

Namun wang kertas $SG 20 keluarkan tahun 2019 ini sebenarnya bukanlah wang kertas biasa. Sebaliknya ia dikeluarkan sempena 200 tahun Singapura atau Bicentennial Singapura.

Ini bermakna wang ini adalah wang khas atau didalam bahasa Inggeris Commerate notes.

Menerusi laporan Mediacorp.Sg , wang yang dilancarkan Presiden Singapura,Halimah Yacob itu adalah gambaran perjalanan Singapura dalam menuju ke arah kemerdekaan selain sebagai tanda penghormatan mereka kepada generasi terdahulu yang membangunkan asas Singapura moden.

Yang pasti wang ini adalah terhad. Pasti menarik kalau kita dapat menyimpannya bukan?

Sumber: MEDIACORP SG TWITTER

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 02:38 PM | Show all posts
sebelah gambar leftenan tu gambar siapa.. mcm rupa pelakon dlm ibu mertuaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.178048 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list