CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9431|Reply: 63

Janna Nick lantik peguam, jelas sudah ambil tindakan undang2

  [Copy link]
Post time 25-2-2021 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Janna Nick lantik peguam, jelas sudah ambil tindakan undang2

Berikutan kontroversi mengaitkan dirinya dengan dua isu mengenai artis K-pop tempoh hari, pelakon dan pengacara Janna Nick tampil bersuara menafikan semua dakwaan tersebut.

Pemilik nama Nurul Jannah Muner itu mengadakan sidang media khas bagi memperbetulkan tuduhan yang dikemukakan oleh para peminat K-pop menerusi laman sosial Facebook dan YouTube pada hari ini.


Menerusi sidang video tersebut, terdapat dua isu yang dikupas iaitu berkenaan video yang kembali ditularkan membabitkan video seorang penyanyi K-pop yang telah meninggal dunia iaitu Jonghyun dan dakwaan hinaan terhadap penyanyi Lisa Blackpink.

“Insiden kekecohan yang berlaku melibatkan anak guam saya, bermula apabila terdapat pengguna TikTok memuat naik semula sebuah video yang telah dirakam tiga tahun lepas.
“Pada waktu itu anak guam saya telah pergi ke sebuah salun rambut untuk mewarnakan rambut beliau. Ketika rambut Janna Nick berwarna perang, beliau diajukan dengan soalan ‘ini yang mati tu kan’?
“Dalam keadaan waktu itu yang hingar-bingar dengan bunyi peralatan salun rambut, Janna Nick masa itu tidak dapat mendengar dengan jelas.
“Beliau merasakan soalan itu mempersendakan diri beliau sendiri. Jadi beliau hanya membalas dengan mentertawakan jenaka yang diberikan pada dirinya itu,” jelas peguam Janna.
Lantaran itu, video berkenaan menimbulkan kekecohan di kalangan peminat K-pop apabila insiden berkenaan dikaitkan dengan kematian mendiang Jong Hyun. Susulan itu, Janna Nick membuat permohonan maaf tentang insiden terbabit pada 6 Januari 2018.




Menurutnya, meskipun permohonan sudah dibuat, video itu sekali lagi menimbulkan kekecohan disertai kapsyen-kapsyen provokatif daripada pengguna-pengguna media sosial.

Malah setelah video permohonan maaf dimuat naik, pengacara program Melodi itu dituduh pula permohonannya itu tidak ikhlas.

Selain itu, Janna juga mendedahkan dia menerima pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh, jenayah, fitnah dan tuduhan palsu.

Malah, beberapa laporan polis telah dibuat dan sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terutamanya dalam mendapatkan identiti pengguna akaun yang menggunakan nama samaran.

Dalam pada itu, peguam Janna dalam proses memfailkan tuntutan mahkamah di bawah Akta Fitnah 1957 terhadap media sosial yang dikenalpasti kerana mendatangkan fitnah sekali gus memberi impak pada reputasi serta perniagaan Janna.

Berkenaan kontroversi membabitkan penghinaan terhadap Lisa Blackpink pula, peguam menjelaskan bahawa kapsyen ‘Lisa Blackpig’ diberi untuk membezakan tahap pencapaian watak Lisa dalam telefilem ‘Delen’ tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink. Ia sama sekali tidak memburukkan nama Lisa Blackpink, tapi sebagai satu penghargaan.

Bukan itu sahaja, dalam telefilem ‘Delen’ itu turut menghargai kumpulan Blackpink dan budaya K-pop dimana wujudnya watak ‘Jennie’ yang sangat meminati K-Pop.

“Kita telah pun ambil tindakan yang serius dan masih dalam siasatan. Saya memang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memulakan provokasi dan fitnah terhadap saya.

“Isu Lisa Blackpig pula, saya sebagai pengarah dan penerbit filem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati, terguris hati akan kapsyen tersebut,” jelas Janna.

Tambah peguam itu lagi, Janna telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada pihak polis dan status terkini kes masih dalam siasatan dan mereka akan mengambil tindakan tuntutan pampasan kepada individu yang memulakan provokasi berkenaan.



Terdahulu, Janna menyahaktifkan akaun Instagram peribadinya gara-gara diserang oleh peminat K-pop berikutan kontroversi dimana dia didakwa menghina salah seorang anggota kumpulan Korea, Lisa ‘Blackpink’ dengan nama ‘Lisa Blackpig’.

Lantaran itu, pelakon itu memberitahu bahawa dia bertindak membuat laporan polis SKMM terhadap individu yang memfitnah dirinya.



Sumber: YouTube Janna Nick

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2021 07:54 PM | Show all posts
padan muka keyboard warrior membawa padah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 07:55 PM | Show all posts
Sampai Diugut Bunuh, Janna Nick Jawab Segala Dakwaan Dan Dedah Siasatan Polis Sedang Dijalankan



Selepas beberapa hari menjadi bualan ramai, akhirnya Janna Nick menyapa semua dengan sebuah sidang media rasmi untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran ramai.

Menerusi peguamnya, Janna menjelaskan mengenai insiden sebenar disebalik rakaman video yang mencetus kontroversi itu. Katanya, dia tidak menyangka bahawa jenaka yang ditertawakannya pada ketika itu membawa maksud kepada mendiang Jonghyun (SHINee).


Ketika sedang mewarnakan rambut di salon tersebut, Janna tidak mendengar dengan jelas dek suasana yang hingar-bingar pada ketika itu oleh kerana bunyi perkakas elektronik. Tidak berniat mempersendakan kematian sesiapa, Janna Nick telah membuat permohonan maaf pada 6 Januari 2018.

Pun begitu, video tersebut yang kembali tular baru-baru ini mula menjadi bualan ramai sehingga pelakon itu dibanjiri dengan pelbagai komen provokatif. Sekali lagi memohon maaf, namun kebanyakan komen mengatakan bahawa ianya nampak seperti tidak ikhlas.

Ekoran itu, Janna terpaksa menghadapi pelbagai impak negatif seperti ugutan bunuh, ugutan jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Lantas laporan polis sudah dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di mana jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda atau pun dipenjara selama 7 tahun.

Jelas Janna,

“Saya terpaksa mengambil serius isu ini sebab perkara ini ditularkan semula selepas tiga tahun. Ia melibatkan isu kematian dan di mana saya tidak akan mempermainkan isu kematian sama sekali. Tidak mungkin datang daripada mulut saya sendiri. Dari itu, saya dituduh tidak menghormati kematian orang bukan beragama Islam, tidak sensitif atas kematian sesiapa pun. Yang mana saya rasa, itu bukanlah saya.”

Untuk isu kedua, di mana Janna dikatakan telah memberikan gelaran tidak sensitif kepada Lisa BLACKPINK iaitu Lisa ‘BLACKPIG’. Kapsyen berkenaan merujuk kepada watak antagonis Lisa yang menjengkelkan dan rasa dirinya disukai ramai.

Dengan gelaran Lisa ‘BLACKPIG’, ia sebenarnya menggambarkan seseorang yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa BLACKPINK yang jauh lebih tinggi pencapaiannya. Malahan telefilem itu turut menghargai BLACKPINK dan juga budaya K-Pop dengan adanya watak Kak Jennie yang merupakan peminat fanatik kumpulan idola popular itu.

“Isu Lisa Blackpig pula, saya sebagai pengarah dan penerbit filem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati, terguris hati akan kapsyen tersebut.”


Bukan itu sahaja, Janna turut menjawab persoalan berkenaan dakwaan yang mengatakan dia ada membalas kenyataan ustaz mengenai ‘taksub K-Pop’ di laman media sosial.

“Saya kena jujur, saya rasa perkara ini terlalu memfitnah saya. Saya dianiaya kerana ayat ini langsung tidak pernah dikeluarkan daripada saya, atau dinyatakan dalam akaun media sosial saya tetapi saya menerima banyak kecaman atas ayat ini.”

Ditanya mengenai statusnya sebagai pengacara rancangan ‘Melodi’, Janna menjawab bahawa pihak produksi dan TV3 faham mengenai situasi yang berlaku selepas dia memberikan penjelasan yang sebenar.

Apa pun, siasatan akan terus dijalankan untuk mengenalpasti beberapa individu yang melemparkan fitnah di media sosial sebelum ini selain berharap agar perkara ini akan reda sehingga setakat ini sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
x dek nama lain ke nak pig pig kan....pakai je bahasa melayu...nak pusing bodek
lisa black pink tu superb compare to the character bimbo dlm delen tu...lepas tu add lagi salah satu character tu gila k pop sherry al ahad.....pirah
kan dh misunderstanding internationally....

anyho nak ugut bunuh tu memang patut dpt pengadilan lah.....

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:05 PM | Show all posts
Ai ada click drama Delen. Tgk part awal ja. Dlm drama ni ada watak Lisa ,  tiktok femes ( self-proclaimed kowt ) . Sheols gedik n kononnya hi class , tak kwn dgn org biasa. Opposite dari karektor Lisa Blackpink yg diketahui ramai. Like ko BlackPiggy  , jgn perasan blackpink. IMO , bukan percubaan menghina Lisa BP pun. Sefaham ai gitu. Tp pemilihan word pig tu agak biadap la.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok pengajaran gak utk diri dia sendiri, sblm nak cakap atau tulis apa2 kena pikir dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2021 08:19 PM | Show all posts
Plan untuk publisiti darama makan diri sendiri.
Cenggini la
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo nurul jannah muner namanya...
So panggil jannah munet je lah... nick celah mana....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 25-2-2021 08:05 PM
Ai ada click drama Delen. Tgk part awal ja. Dlm drama ni ada watak Lisa ,  tiktok femes ( self-procl ...

Kan???patut boh la nama lain sikit blackPING ke..klu nk sound sama pun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pada akhirnya.....sebegini pulak apa yg berlaku kat artis2 tanah air....zaman 'unlimited data' ni........sementara artis negara lain giat mengembangkan karier mereka samada di dlam negara atau ke luar negara...artis tanah air...pula..asyik/sibuk jer 'berperang'  dgn ore awam@netizen....kemudian....apa???????......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:50 PM | Show all posts
eh, mmg bukan sheols yg tulis, tp tu under production dia jgk,
mau x mau, itu sheols punya responsibility as a leader
xkan ada kontroversi, terus nak lepas tangan
btw sheols ni kurang sensitiviti ka apa? start dr kes mendiang jong hyun dulu tu xserik2 lg?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 25-2-2021 08:30 PM
Oooo nurul jannah muner namanya...
So panggil jannah munet je lah... nick celah mana....

Nick tu nama panggilan ayah dia,org2 kg panggil ayah dia nick
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cahayahati replied at 25-2-2021 08:55 PM
Nick tu nama panggilan ayah dia,org2 kg panggil ayah dia nick

Muner... jadinya munettt... dipendek kan netttt...
Panggilan ayah dia "net" kot.. bukan "nik"...
Dia comercialkan jadilah NICK
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:34 PM | Show all posts
jannah ni saman sebab apa..
dia sendiri kata isu blackpig tu dia salah,
isu jonghyun tu dia silap dengar (tapi kemain gelak...)
jadi celah mananya fitnah/berita palsu kalau dua2 tu memang betul jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bila iols baca reply sheols kat komen DD pasal isu ni, iols hanya mampu ehemmm kan je. Dari situ dah boleh nmpk perangai sebenar JN. Sesuai la dgn personaliti bingit & mgeletis sheols tu. Moga mampu bertahan dlm industry deknon. Sendiri cari pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 25-2-2021 09:34 PM
jannah ni saman sebab apa..
dia sendiri kata isu blackpig tu dia salah,
isu jonghyun tu dia silap  ...

Dia saman bdk yg up balik video lama.  Pastu ada yg ugut bunuh kan.  Melampau bdk2 kpopers tu.  Tak pepasal je.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada otak pasti tahu fikir sebelum buat
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu blackpig tu mmg dia salah dan selayaknye dia kena hencap.

Tapi isu jonghyun kpop tu tak patut la ada balik. Benda dh lepas kot 2018..dia pn dh minta maaf tahun yg sama. Dh kenapa nak up balik yg tu? Over naww dak2 kpop ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali letak lisa ping pong. Bagi iols, lisa blackpig tu walaupun referring kepada watak dalam tu masih tak manis sebab macam normarlisasikan 'pig' tu. Untuk tv kot, takkanlah sesuka hati panggil orang lain pig. Apa2 pun, iols tak tengok pun cerita ni. So whatever......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:57 PM | Show all posts
Part yg sampai ugut bunuh tu mmg keterlaluan
Tapi lain kali letak lah lisa blackpurple ke apa kalau betol2 nak parodi
Pig tu sah2 benda sensitif
Parkinson pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.199793 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list