CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1223|Reply: 3

[Dunia] Kerja cuci pinggan tapi simpan duit berkarung-karung. Perlu 16 orang mengira

[Copy link]
Post time 26-2-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Simpan duit berkarung
    myMetroutama
Agensi



Jakarta: Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.

Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang, berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.

Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.

Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.

Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.

Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.

"Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.

"Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam," kata Musleniyetti.

Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu.

Menurutnya, mereka mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua wang berkenaan sebelum dikira.

"Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 6:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 09:53 AM | Show all posts
harap-harap yang tukang kira tak amik kesempatan..
pastu dah war-war kan tu, harap nenek tu tak kena rompak la..
dah la umur 81 tahun..
mana la kudrat nak melawan kalau kena rompak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul..macam arwah nyang aku simpan duit merata kat rumah. Malam lepas dia meninggal kami kemas rumah, banyak jumpa cash selit2 kat pintu, dalam lipatan kain, dalam tong beras, periuk belanga. Bila kira semua dekat 20k. Agaknya duit anak cucu bagi dia tak guna, selit2 sampai dia pun lupa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:29 AM | Show all posts
semoga ada org tolong simpan kan elok2 kat bank ke whatever. tapi acik ni umur dah 81 dah pun. duit bersepah dia tak heran. mungkin hidup pun tak demand, hidup sederhana.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056126 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list