CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2873|Reply: 3

Lima Termasuk Dua Kanak-Kanak Sesat Ditemui Selamat - AKT

[Copy link]
Post time 26-2-2021 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 26-2-2021 09:42 AM


Anggota bomba ketika melakukan pencarian lima individu tersesat termasuk dua kanak-kanak lelaki yang mendaki bukit Kampung Tandop - Foto NSTP/Ihsan JBPM


Berita Harian

Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bh.com.my

BALING: Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemui lima individu termasuk dua kanak-kanak yang dipercayai tersesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 7.49 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai Pegawai Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud tiba di lokasi jam 8.22 malam.

"Mangsa yang sesat terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan 11 tahun, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan dua lelaki dewasa berusia 36 dan 49 tahun.

"Operasi turut disertai lapan anggota termasuk penyelia dan sebuah jentera serta dua kenderaan milik JBPM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, di dapati lima mangsa terbabit dipercayai tersesat dan salah seorang seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki di atas kawasan bukit, lingkungan jarak 400 meter dari kawasan air terjun.

"Berdasarkan maklumat, kesemua terbabit dipercayai melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kampung Tandop.

"Kesemua mangsa berjaya diturunkan oleh pasukan penyelamat dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Baling dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans KKM," katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.30 malam tadi.

Beliau berkata, hanya kanak-kanak berusia 11 tahun itu mengalami kecederaan pada kaki kanan manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2021 09:41 AM | Show all posts
Kesian kanak2 tu. Mesti mereka penat & lapar
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
pernh mengalami pengalaman yg sama....tidur je..dlm hutan tu....sok pg baru gerak...cari jln pulang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:52 AM | Show all posts
Syukran selamat, lepas ni boleh berhati-hati jika hendak melaksanakan aktiviti pendakian  ataupun yang seumpamanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.275639 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list