Game ini pernah gemparkan gamers Malaysia pada tahun 2008
Sekiranya anda seorang gamers dan lahir pada tahun 1990, anda mesti pernah dengar tentang Fung Wan Online yang sering menjadi bualan para remaja di cyber cafe. Game ini terinspirasi melalui sebuah komik/manhua popular Pedang Setiawan.
Kenapa game ini berbaloi untuk dimain?
FWO adalah sebuah game yang unik dan berbeza dengan game-game MMORPG yang ada diluar sana. Anda tidak akan jumpa mekanisme perperangan di antara CLAN/PUAK yang lebih realistik, komuniti yang lebih matang (kebanyakkan pemain FWO berumur 25 tahun keatas).
Di bawah saya senaraikan sedikit pengenalan dan sistem di dalam game ini.
1. Character build (Watak yang pelbagai)
Seseorang pemain boleh mengawal watak dalam game ini dengan jurus, elemen, jantina, clan yang berbeza.
- Saber
- Sword
- Staf
- Bow
- Unarmed
2. Jurus unik boleh digabungkan (chain)
Setiap game/permainan yang berkonsepkan MMORPG atau role playing mempunyai sistem kuasa yang tersendiri. Tetapi anda tidak akan jumpa konsep "Chain" yang mengabungkan kesemua kuasa anda dalam satu rantaian. Chain menjadikan powers atau kuasa sesuatu watak kelihatan lebih hebat dan cantik. Jadi anda tidak perlu lagi click banyak kali.
3. Item yang pelbagai
Item di dalam game juga sangat menyeronokkan untuk watak anda, item boleh dikategori kepada 4 bahagian
- Normal, dijual oleh NPC, item yang sangat basic
- Rare, anda boleh dapat pada monster yang anda bunuh
- Hero, Bercahaya Jingga apabila memakainya dan hanya boleh didapatkan dengan mengumpul Hero Points ketika perperangan puak
- Legendary, Bercahaya apabila anda memakainya dan hanya dikeluarkan oleh GM(Game Master) ketika event Legendary Item (Sangat berkuasa)
4. Clan wars / Perperangan Puak
Di dalam game ini dibahagikan kepada 5 Clan/Puak
- Sword Worship Clan (SWC)
- Matchless Clan (MXC)
- Swift Meaning Clan (SMC)
- King of Heroes Clan (KOH)
- Supreme Sword Clan (SSC)
Setiap pemain boleh memilih untuk menyertai satu Puak/Clan yang anda sukai. Setiap hujung minggu akan berlaku perperangan di antara clan yang di persetujui oleh clan leaders/ketua puak.
Di dalam sesebuah puak/clan ada ranking tersendiri, pangkat seseorang player itu diberi oleh Leaders berdasarkan jasa dan sumbangan anda kepada clan. Konsepnya sama seperti dalam kabinet kerajaan Malaysia, ada Perdana Menteri(Leaders), Menteri(Minister) dan YB(Master/Senior).
- Leaders, akan mengawal keseluruhan urusan clan, perperangan dan menjaga relic clan
- Minister, akan membantu leaders dalam urusan perperangan dan menjaga kebajikan ahli
- Master, akan membantu Minister dan memantau salah laku Senior/Member
- Senior, akan memantau Member yang melalukan kesalahan dan membantu dalam perperangan
- Member, umpama askar kecil dalam perperangan yang akan bertarung.
5. Leveling (Naik level) Auto Leveling
Level tertinggi dalam game ini adalah LV200. Untuk naikkan level anda tidak sukar, anda hanya perlu mengetuk batu tanpa melakukan apa2. Cara ini amatlah sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja. Anda hanya perlu on komputer dan biarkan sahaja watak anda di dalam game.
Sekiranya anda berminat untuk bermain permainan ini jumpa saya di Fung Wan Resurgence atau boleh hubungi saya di:
- Facebook: ZevFei
Oh...this game.Dulu saya pernah main.Tak henti-henti lagi beli barang-barang dalam "kedai".Tapi developer tak habiskan update-update yang sepatutnya pada game ini.After that,saya jumpa game wuxia yang lagi best bernama Age of Wushu tapi permainan ini pun dah nak pupus sekarang.