CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1652|Reply: 7

[Tempatan] Target ada 500 malim gunung setahun. Setakat ni ada 3,000 permohonan

[Copy link]
Post time 27-2-2021 04:26 PM | Show all posts |Read mode
JPSM mahu lahirkan 500 malim gunung setahun
Diterbitkan 27 Feb 2021, 4:11 pm

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memperkenalkan kepakaran Malim Gunung Perhutanan (MGP) sebagai satu profesion, selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 500 malim gunung setahun.

Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri JPSM Mohd Yussainy Md Yusof berkata JPSM akan memberikan latihan dan kursus kepada mereka yang berkelayakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memastikan kerjaya itu mempunyai nilai tersendiri.

“Kita mahu memperkenalkan malim gunung ini sebagai profesion yang betul dan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 500 malim gunung setahun melibatkan belia dan Orang Asli seperti dalam pengumuman Bajet 2021.

“Sehingga kini, JPSM menerima kira-kira 3,000 permohonan bagi penyertaan kursus itu dan permintaan ini melebihi sasaran,” katanya pada sesi bual bicara yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, semalam.

Beliau berkata semua permohonan baru bagi latihan itu boleh dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Perhutanan negeri mengikut kawasan yang dipilih.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti rekreasi di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Mohd Yussainy berkata JPSM sentiasa memastikan SOP yang dikeluarkan bersesuaian dengan permintaan penggemar aktiviti di kawasan itu.

“Pihak kami sentiasa bekerjasama erat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan nasihat dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti yang dibenarkan tidak menjejaskan usaha kerajaan memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Antara inisiatif lain JPSM ialah Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jan lepas dengan menanam pokok pertama sebagai simbolik bermulanya kempen itu.

Jenis pokok yang akan ditanam dalam kempen itu ialah merbau, meranti tembaga, merawan siput jantan serta spesies pokok nadir.

Peruntukan kempen sebanyak RM20 juta itu akan digunakan untuk penyediaan anak pokok, kerja penanaman, rawatan dan penyelenggaraan, menaik taraf tapak semaian serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku minat gak profession ni. Mcm mn nak apply?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey la boleh guide siapa yang nak hiking.

Terutama group2 family dan mereka dari overseas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 27-2-2021 08:33 PM
Aku minat gak profession ni. Mcm mn nak apply?

Otai_g, nak tanya sikit soalan bendul. Malim gunung ni apa? Mcm ranger hutan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 28-2-2021 05:53 AM
Otai_g, nak tanya sikit soalan bendul. Malim gunung ni apa? Mcm ranger hutan ke?

Juru pandu hutan lah.
Tp malim gunung ni bkn semua hutan dia blh msk. Tertakluk area yg dia pgg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:30 AM | Show all posts
Bagus juga jadi tak ada kes pandai2 masuk hutan tampa guide akhirnya sesat satu hal abam bomba nak kena cari pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2021 10:44 AM | Show all posts
MAKLUMAN KURSUS MALIM GUNUNG PERHUTANAN

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) memperkenalkan Kursus Malim Gunung Perhutanan di Negeri-negeri Semenanjung bagi membangunkan Model Pengurusan Kawasan Pendakian di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Ini berikutan terdapat berlakunya insiden kemalangan yang dilaporkan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri seperti kecederaan semasa menjalankan aktiviti pendakian dan laporan orang hilang, sesat atau tersasar daripada laluan denai pendakian. Maka, modul kursus ini sangat sesuai dibangunkan bagi menangani kes-kes tersebut yang akan bermula pada tahun 2021.

Selain itu, ia juga merupakan usaha JPSM untuk mendaftar setiap Malim Gunung yang terdiri daripada penduduk tempatan secara sah mengikut landasan undang-undang dan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi melaksanakan aktiviti pendakian gunung dalam HSK di bawah JPSM.

Bagi yang berminat dan mempunyai keinginan untuk menjadi salah seorang Malim Gunung Perhutanan yang bertauliah, perkara seperti berikut perlu dipenuhi:

1. Permohonan untuk menjadi Malim Gunung Perhutanan perlu melalui permohonan surat rasmi berserta profail diri dan pengalaman kepada Pengarah Perhutanan Negeri: https://www.forestry.gov.my/my/o ... n-perhutanan-negeri di Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) berkaitan;
2. Setiap permohonan Malim Gunung Perhutanan dibenarkan untuk memilih berdaftar di sebuah Negeri sahaja;
3. Permohonan yang telah di senarai pendek oleh JPN serta memenuhi kriteria berdasarkan keperluan di setiap Negeri; dan
4. Menghadiri latihan dan kursus yang akan dilaksanakan di Negeri-negeri berkaitan.

Maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Forest Eco-Park & Hutan Taman Negeri di talian 03-26164488.

Kriteria asas Malim Gunung Perhutanan (MGP)

1. Berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun. Jika lebih 60 tahun perlu perakuan kesihatan.

2. Keutamaan anak negeri atau bermastautin di negeri tidak kurang 5 tahun.

3. Pemohon hanya layak memohon dan beroperasi di satu negeri sahaja.

4. Berkemahiran membaca dan menulis.

5. Mempunyai pengalaman sebagai Malim atau Guide

6. Agensi pelancongan jika memohon dicadangkan hanya layak hantar satu penyertaan sahaja

7 Keriteria tambahan ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN).

8. Keputusan memilih dan menyenarai pendek merupakan hak mutlak Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) berdasarkan kriteria yang Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) tetapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 28-2-2021 10:22 AM
Juru pandu hutan lah.
Tp malim gunung ni bkn semua hutan dia blh msk. Tertakluk area yg dia pgg.

Ok. terima kasih otai_g atas pencerahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.561507 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list