View: 1347|Reply: 10
|
[Tempatan]
Sanitasi bangunan bazir wang dan masa
[Copy link]
|
|
Sanitasi bangunan langkah sia-sia, kata pensyarah UM
FMT Reporters
56 mins ago
PETALING JAYA: Seorang pakar kesihatan awam, yang memetik kajian terbaru tentang bagaimana Covid-19 merebak, membidas langkah penutupan bangunan dan pejabat untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi.
Profesor perubatan Universiti Malaya Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, kerja-kerja sanitasi yang dijalankan dianggap “membuang masa dan wang”.
Merujuk kepada penutupan balai polis Ampang Jaya selepas 11 anggotanya dilaporkan positif Covid-19 baru-baru ini, beliau berkata, polis perlu memastikan mereka yang berada di balai itu, sama ada pegawai atau tahanan, menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka sepanjang masa serta mengambil langkah untuk menambah baik sistem pengudaraan.
Anggota polis tersebut dipercayai dijangkiti Covid-19 daripada beberapa orang suspek. Balai itu ditutup selama sehari untuk kerja sanitasi.
Adeeba berkata bukti terbaru menunjukkan risiko virus itu menular melalui permukaan adalah jauh lebih rendah daripada jangkaan sebelum ini.
“Bukti terkini menunjukkan virus lebih banyak tersebar melalui udara. Langkah pembersihan dan penutupan tempat di mana kes dikesan bukan sahaja memerlukan banyak wang, tetapi mengganggu operasi sesebuah premis, ”katanya.
“Lebih penting, ia sebenarnya menghalang orang ramai daripada melihat langkah yang jauh lebih berkesan dan lebih mudah dilakukan seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mewujudkan sistem pengudaraan yang betul,” katanya kepada FMT.
Ketua badan pemikir Pusat Galen, Azrul Khalib, berkata, kajian menunjukkan “Covid-19 jarang tersebar melalui permukaan” dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mengubah nasihatnya pada Mei lepas untuk menggambarkan hal ini.
Beliau menambah, kerja-kerja pembersihan dibuat dengan cara yang sama seperti semburan kabus nyamuk.
“Ia nampak mengagumkan dan dilihat sebagai respons terhadap kebimbangan orang, tetapi ia kurang berkesan, malah memberikan rasa selamat yang tidak tepat,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setuju
Apa kes sembur2 macam sembur nyamuk ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat dah malas ambil tahu penyebaran Covid macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je baca kat whatsapp tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila masuk ofis ada ke orang pakai mask sepanjang masa? Ramai orang pecat aje sebab 'lemas'. Lagi satu bila dalam ofis beraircond, udara tu beredar dalam tu aje. Kau duduk jarak 1 meter pun tak guna jugak sebab udara bergerak jauh daripada itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu x sanitize, ada plak pakar yg berbunyi tak sanitize tingkatkn kebolehjangkitan.
Xkn pernah dpt puaskn hati semua pihak.
Whatever lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi pasaraya kt tempat i ni, dulu rajin la tutup nk sanitize bila ada org positif masuk tmpt dia.
Masa kes mencanak naik kat sini, dia xkuasa dah nk sanitize.. Lantak je.. Haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
At least buat sesuatu..daripada tak sanitize..mengharapkan semua org ikut SOP.tahu aje la orang mesia ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 28-2-2021 10:05 AM
Bila masuk ofis ada ke orang pakai mask sepanjang masa? Ramai orang pecat aje sebab 'lemas'. Lagi sa ...
jenis ak mmg ak pki mask sepanjang masa, masa nk minum or mkn je ak bukak mask. tp officemate ak x kira la laki ke pmpuan mmg jenis mls nk pki mask dlm ofis, sbb meja kn konon2 dh psg plastik. tp rengsa gak la, ada officemate jenis sng dpt selsema / resdung , bila bersin masa x pki mask pulak tu. so bg ak, klu hari tu kena resdung ke ape ke, try pki mask. mmg la penyakit tu klu jaga sop cmne pun, klu ditakdirkan dpt, dpt jgk. ak perhatikan je. nnti klu ak takut sgt, ak pulak yg dpt 'tulah'. |
|
|
|
|
|
|
|
hypermarket tempat kaka kaki kencing hand sanitizer guna air jampi agaknya langsung tak rasa beranging ( alcohol) , sanitizer tu pun jgn lah percaya sangat hanya drama je sbb semua bisnes mmg terkesan jadi buat syarat je
|
|
|
|
|
|
|
|
yes betul.. depa tau nak berbunyi je..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|