CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2148|Reply: 12

[Tempatan] Report kat Khairy terus jika ada langkau giliran vaksin

[Copy link]
Post time 28-2-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu mereka yang mempunyai maklumat tentang individu melangkau giliran bagi menerima vaksin itu agar melaporkannya terus kepada beliau.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau telah memaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang pentingnya memastikan tidak berlaku ‘potong barisan’.

Saya pandang sangat serius isu queue jumper ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham (Dr Noor Hisham) agar tiada pemotongan queue. Whistleblower (pemberi maklumat) boleh hantar e-mel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat,” katanya dalam hantaran Twitter pada Ahad.

Menurut Khairy Jamaluddin, pihaknya memantau komen-komen pengadu dalam media sosial berhubung mereka yang melangkau giliran.

“Saya segera kongsikan maklumat itu dengan Datuk Dr Chong DDG@KKMPutrajaya yang duduk bersama saya dalam pasukan petugas, untuk disiasat. Kami ambil serius setiap pendedahan yang dibuat. Vaksin itu merupakan ekuiti penting,” katanya.

Khairy Jamaluddin merujuk satu hantaran pengguna Twitter Dr Rafidah Abdullah@rafidah72 yang mendakwa beliau menerima maklumat mengenai langkau giliran mendapatkan vaksin dan mencadangkan Khairy Jamaluddin menubuhkan saluran bebas untuk rakyat membuat aduan dan memastikan tindakan diambil terhadap mereka yang memotong barisan. – Bernama

Terima kasih @rafidah72. Saya pandang sangat serius isu queue jumper ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham agar tiada pemotongan queue. Whistleblower boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat. https://t.co/HChBkQ8owK

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 28, 2021

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/02/28/khairy-ministry-monitoring-allegations-of-covid-19-vaccine-queue-jumping

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 09:00 PM | Show all posts
bila lah abah nak shave..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada live kat FB KJ sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:26 PM | Show all posts
Katanya skang baru stage kajian klinikal. Aku nak volunteer tiba2 dah cukup orang sebelom tarikh open
Ke doktor aku tak bagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 28-2-2021 09:26 PM
Katanya skang baru stage kajian klinikal. Aku nak volunteer tiba2 dah cukup orang sebelom tarikh ope ...

Yg dlm klinikal tu yg lain..yg baksin dr china yg belum ada nama lg...dia nak baper ribu org..ada cucuk vaksin..ada placebo....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:14 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 28-2-2021 10:09 PM
Yg dlm klinikal tu yg lain..yg baksin dr china yg belum ada nama lg...dia nak baper ribu org..ada  ...

Oo dia nak 3000 org je seluruh negara
katanya bukan bagi vaksin lagi..baru kajian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ikutkan sgt dgn rafidah mulut busuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
PA dia yg cek emel, kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai Keri..  Ko nak mintak minah yang ngorat ko kat Twitter dulu tu kontek balik ke?  "Dalam hati kita berdua.."
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkau giliran sebab dia takut kena cucuk.l vaksin China komdian hari. Salah kau lah Kairy keemax beli vaksin timbang kati yg.tak tentu ujung pangkal
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas KJ!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la KJ.. Kes Menteri langgar SOP pon sampai skrg nfa..

Ni suh lapor

Lepas lapor apa jadi? Cover up lagi ka..

Hmm.. Dabel standard patut xkn tiris klu ko pny sistem PICK teratur and telus.. Ni semua pon caca merba..

Kaka ok ja SUK potong queue.. Patut tangkap gambar masa dorg cucuk tu.. Then baru lapor

Lepas tu kita tgk apa KJ nk bt.. Takat ckp suh lapor.. Then NFA.. Buang karan ja laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 10:18 AM | Show all posts
tak sabar nak tengok list penerima vaksin yg uncensored ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052719 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list