CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10637|Reply: 108

[Tempatan] Penerima hati pertama negara, Mohd. Afiq Iqmal, meninggal dunia. #21, Arwah Moh

  [Copy link]
Post time 2-3-2021 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 2-3-2021 04:03 AM

Penerima hati pertama negara meninggal dunia

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... ra-meninggal-dunia/

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
2 Mac 2021, 8:50 am


Mohd. Afiq meninggal dunia selepas 18 hari bertarung nyawa di Hospital Selayang di sini hari ini.

PETALING JAYA – Mohd. Afiq Iqmal, 23, yang juga penerima hati pertama negara meninggal dunia selepas 18 hari bertarung nyawa di Hospital Selayang di sini hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail kepada Kosmo! sebentar tadi.

Wan Mohd. Hafizam yang juga penderma hati pertama negara berkata, dia mengetahui mengenai pemergian arwah selepas dihubungi oleh ahli keluarga Afiq.

“Saya menerima panggilan dari ahli keluarga Afiq kira-kira pukul 5 pagi. Saya amat sedih dengan berita ini dan hanya doa yang mampu saya berikan.

“Jenazah arwah kini berada di unit forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Wan Mohd. Hafizam, jenazah dijadualkan di bawa ke Tikam Batu, Kedah hari ini untuk urusan pengebumian.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, Afiq Iqmal berada dalam keadaan kritikal selepas tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati pada 13 Februari lalu.

Kisah dua individu itu pernah menggemparkan seluruh tanah air pada 23 tahun lalu selepas Wan Mohd. Hafizam mendermakan sebahagian hatinya kepada Afiq Iqmal yang berusia 14 bulan ketika itu walaupun tiada pertalian darah antara mereka. -K! ONLINE.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga kau aman&tenang d Sana dek
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
al fatihah utk arwah adik afiq ingt btl kisah diorg brdua ini dulu,moga fmly arwah tabah dlm menempuhi saat2 ini
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu jarang kecacatan pelik2 so penyakit jantung berlubang, masalah hati macam ni cepat dapat liputan..

Zaman sekarang macam2 penyakit pelik...Makin canggih Makin pelik penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
23 tahun je hati tu bertahan
Tak boleh ke tukar baru ye? Maknanya bila tubuh dah menolak takleh buat apa2 dah ye

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih ingat lagi berita ni, terkenalkan mohd afiq sampai banyak baby lelaki kat kampung iols dinamakan mohd afiq.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2021 10:04 AM | Show all posts
Ya Allah.. sedihnya
Innalillahiwainnailahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 10:05 AM | Show all posts
organ transplant ni bukan mudah...and very few doctors in the world are expert in this field...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:07 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiuun akhirnya kau pergi jua kerana penyakit itu. Semoga kau tenang di sana dik. Lama juga bertahan transplant tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:56 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎,

semoga arwah tenang disana
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 11:03 AM | Show all posts
alfatihah..damailah di sana dek..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 11:06 AM | Show all posts
Suchi replied at 2-3-2021 09:40 AM
23 tahun je hati tu bertahan
Tak boleh ke tukar baru ye? Maknanya bila tubuh dah menolak takleh  ...

itu da dikira lama la tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuning mata dia kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 11:54 AM | Show all posts
moga ditempatkan bersama kekasih2 Allah yg lain.
salam takziah buat family Afiq dan jugak Hafizam ..
lama jugak bertahan ..
antara news yg mendapat liputan besar dulu ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 11:58 AM | Show all posts
Takziah buat keluarga beliau
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 11:58 AM | Show all posts
takziah.wan mohammad hafizam tu dah leftenan skrg rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 11:58 AM | Show all posts
innalillahi...

kenapa aku tak tau dia ni padahal aku dah lama juga hidup...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075393 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list