|
[Tempatan]
Penerima hati pertama negara, Mohd. Afiq Iqmal, meninggal dunia. #21, Arwah Moh
[Copy link]
|
|
Afiq tempah cenderahati untuk doktor, jururawat
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-doktor-jururawat
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 11:50 AM
[img]Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my[/img]
MOHD AFIQ
Kuala Lumpur: Penderma hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal, 23, yang meninggal dunia hari ini, sempat membuat 35 tempahan khas cenderahati sebagai menghargai pengorbanan jururawat dan doktor Hospital Selayang yang merawatnya di wad selama ini.
Menurut penderma hatinya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, Mohd Afiq Ikmal membuat tempahan khas berkenaan menerus khidmat perancang kejutan dalam talian, pada Disember lalu.
"Saya dihubungi seorang individu menerusi mesej peribadi (DM) Instagram ketika berkongsi keadaan Afiq yang masih tidak sedarkan diri sebelum ini.
"Individu itu mendedahkan bersama bukti perbualan mesej dan resit pembayaran dibuat Afiq yang membuat tempahan khas 35 cenderahati untuk petugas yang menjaganya di wad selama dia menerima rawatan di hospital.
"Apa yang membuat saya tersentuh hati, Afiq seolah-olah tahu dia akan pergi apabila membuat permintaan supaya bungkusan cenderahati itu diserahkan kepada jururawat dan doktor pada bulan ini," katanya kepada Harian Metro.
Katanya, dia berkesempatan menziarahi jenazah Mohd Afiq Ikmal, di Hospital Selayang selepas khabar duka itu disampaikan bapa pemuda itu, Muhamad Zaini Rahim,50, subuh tadi.
"Saya tergamam dan tidak keruan selepas mendapat panggilan daripada bapanya selepas solat Subuh tadi, sebelum bergegas ke hospital.
"Tidak seperti kebiasaannya ketika menguruskan jenazah lain, apabila melihat Afiq, kaki saya jadi lemah dan tidak kuat menghadapi situasi itu seolah-olah saya yang sedang kaku dimandikan.
"Namun, hati saya sejuk apabila tengok wajah dan kulit Afiq berseri-seri dan suci bersih," katanya.
Katanya, sebagai penghormatan terakhir dia turut mengiringi jenazah Mohd Afiq Ikmal yang bakal dikebumikan di kampung halaman bapanya, di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, selepas Asar petang ini.
"Walaupun tiada pertalian darah dengannya saya turut merasai kesedihan yang dialami keluarganya sampaikan mengalir air mata kerana saya sedar sebahagian hati saya dibawa pergi bersamanya.
"Namun, saya reda malah bersyukur Allah memberi peluang meminjamkan hati saya selama 22 tahun kepada Afiq," katanya.
Sebelum ini, Mohd Afiq Ikmal dilaporkan kritikal akibat mengalami komplikasi hati selepas tidak sedarkan diri, 13 Februari lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tenang ko di sana dek. Still igt kisah liver transplant ni. Banyaknya pahala abang tu, derma hati seikhlas2 nya. Sebak plak. Dahla awareness pasal organ donor kt Malaysia ni sgt rendah walau agama tidak menghalang. Yang sihat tubuh badan, silalah daftar sebagai penderma organ, dan pesan siap2 kat family tu, jangan nak selfish sgt. Ada kes si mati dah jadi organs donor, family plak halang lpas mati. |
|
|
|
|
|
|
|
tu yg aku geleng kepala, tgk drama melayu, kisah curi organ budak, dia masuk dlm bekas tupperware,
igt organ manusia ni sparepart kereta ke apa? leh main buka psg oleh mat pit.. |
|
|
|
|
|
|
|
inna lillahi wainna ilaihi rojiun...sedihnyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi berita ni. Wkt hafizam tu derma hati dia umur 23 thn. Kebetulan ajal adik afiq ni sampai wkt umur dia 23 thn. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi Wa'Inna ilaihi Rojiun.Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang BERIMAN dan beramal SOLEH. Aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mennggal ya.. innalilkah.. ingat lg berita adik afiq ni viral satu negara masa tu tahun 2001...dia baby kg. masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah
Sejak dapat hati tu pun byk kali jg arwah keluar masuk spital |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranye lepas buat liver transplant ni.. bukanlah bebas dari penyakit tu eh? Dengarnya kena makan ubat sepanjang hayat utk elak tubuh tolak organ baru tu. Ku google2.. chances lepas liver transplant boleh survive up to 30 years. Kira arwah ni lama jugakla dia survive.. Maybe klau tak buat transplant.. lagi teruk keadaan dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 2-3-2021 01:31 PM
Kiranye lepas buat liver transplant ni.. bukanlah bebas dari penyakit tu eh? Dengarnya kena makan ...
Haah, aritu ada baca masa arwah mula masuk spital yg last ni
Ada tulis sampai 1 masa body akan tolak organ yg didermakan
Kira yg sblm2 ni keluar masuk spital pun sekejap2 tp ni yg paling serius, body reject terus |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah, moga diberi kekuatan buat mereka, syukur merasa juga ibu bapa dia tgk anak membesar
baca ni teringat cerita adik beradik kembar bercantum dulu, apa khabar dorang ye? dulu2 selalu juga cerita dorang keluar majalah |
|
|
|
|
|
|
|
Penderma hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal, 23 wartawan, sila betulkan!
|
|
|
|
|
|
|
|
hotmak replied at 2-3-2021 02:29 PM
salam takziah, moga diberi kekuatan buat mereka, syukur merasa juga ibu bapa dia tgk anak membesar
...
Muhammad dgn Ahmad tu ke? Dah besar rasanya. Last aku baca dah 17 tahun. Salah sorang parents dah meninggal.. lupa emak ke bapak. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
ashcroft86 replied at 2-3-2021 12:07 PM
Semoga tenang ko di sana dek. Still igt kisah liver transplant ni. Banyaknya pahala abang tu, derma ...
dah sign consent paper kan, fmly takleh halang dah utk simati. ke boleh? husband i baru je reg 2thn lepas. i ingt nak reg jugak lepas slowdown sket covid ni. takut nak p spital skrg.
semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
sama hayat dengan usia hati.. 22/23 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|