CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3878|Reply: 31

[Dunia] Dua pulau bersebelahan, cuma terpisah 5 km, tetapi berlainan waktu hampir 20 jam

[Copy link]
Post time 2-3-2021 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Dua pulau bersebelahan tetapi berlainan waktu hampir 20 jam

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... aktu-hampir-20-jam/

Oleh KOSMO!
2 Mac 2021, 9:45 am


Dua pulau ini berbeza waktu hampir 20 jam walaupun terpisah pada jarak hanya 5 kilometer . – Getty Images

JUNEAU, Alaska – Dua pulau di Lautan Pasifik memiliki perbezaan waktu sangat ketara selama 21 jam walaupun terpisah cuma 5 kilometer.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna TikTok yang berkata, jurang waktu itu kerana Pulau Diomede Besar dan Diomede Kecil berada di Garisan Tarikh Antarabangsa.

Menurut akhbar Daily Star kelmarin, garisan khayalan antara dua pulau itu bermula di Kutub Utara hingga Kutub Selatan dan digunakan untuk menandakan waktu di seluruh dunia.

Putaran masa di Pulau Diomede Besar dianggarkan 20 jam atau hampir sehari lebih awal berbanding Pulau Diomede Kecil.

Kepulauan itu terletak di Selat Bering di antara Alaska dan Siberia dengan pulau lebih besar berada milik Rusia dan pulau kecil termasuk dalam sempadan Amerika Syarikat (AS).

“Ada beberapa tempat aneh di dunia. Ini Kepulauan Diomede dan ia terletak betul-betul di atas Garisan Tarikh Antarabangsa.

“Kedua-dua pulau mempunyai perbezaan waktu 20 jam walaupun jarak antara satu sama lain hanya 5 kilometer,” demikian penerangan video TikTok.

Pulau itu dinamakan sempena mubaligh Yunani, Saint Diomedes.

Pelayar Rusia, Vitus Bering menemui kepulauan itu pada 16 Ogos 1728, tarikh Gereja Ortodoks Rusia meraikan hari Saint Diomedes.

Pulau Diomede Besar tidak berpenghuni, manakala Diomede Kecil mempunyai populasi sekitar 110 orang. – Agensi

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 11:50 AM | Show all posts
so kalau puasa, boleh la sahur dekat pulau sebelah, berbuka di pulau lg sebelah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:11 PM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:19 PM | Show all posts
Orix replied at 2-3-2021 11:50 AM
so kalau puasa, boleh la sahur dekat pulau sebelah, berbuka di pulau lg sebelah...

fikiran tahap KBAT betul chuols
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-3-2021 11:50 AM
so kalau puasa, boleh la sahur dekat pulau sebelah, berbuka di pulau lg sebelah...

Aku tengok pulau tuu mcm ikan tenggiri tgh goreng koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 12:24 PM | Show all posts
Orix replied at 2-3-2021 11:50 AM
so kalau puasa, boleh la sahur dekat pulau sebelah, berbuka di pulau lg sebelah...

Beza waktu sahur dan berbuka antara kedua2 pulau ni hanya satu minit walaupun pada hari yang berbeza dan mempunyai perbezaan 21 jam secara artificial. Ini bermakna, jam 6.00 pagi hari Isnin di Pulau Diomede Besar (Russia) secara rasminya ialah jam 9.00 pagi hari Ahad di Pulau Diomede Kecil (US).

Contohnya, pada hari ini, waktu matahari terbit di Pulau Diomede Besar ialah 6.26 pagi dan waktu matahari terbenam ialah 4.32 petang manakala di Pulau Diomede Kecil, waktu matahari terbit ialah 9.25 pagi dan waktu matahari terbenam ialah 7.31 malam. Di sini kita dapat lihat bahawa waktu artificial (berbeza 21 jam) yang diberi kepada kedua2 pulau ini sudah tentu tak mengubah waktu sebenar matahari terbit dan terbenam. Oleh itu, waktu sahur dan berbuka yang ditentukan oleh matahari terbit dan terbenam cuma berbeza seminit saja. Cumanya, saya tak pasti adakah bulan Ramadhan dan Syawal berbeza sehari di kedua2 pulau atau macamana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting fact
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:16 PM | Show all posts
Buritan replied at 2-3-2021 12:23 PM
Aku tengok pulau tuu mcm ikan tenggiri tgh goreng koh koh

hahaha...lapar betul ni..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 2-3-2021 01:16 PM
hahaha...lapar betul ni..

Dah laa lama tak mrlantak tenggiri nii.. kek mall ikan semua lembek.. aku selalu pi beli tepi laut koh koh koh.. pi banting.. la ni tak leh jenjln
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:25 PM | Show all posts
Buritan replied at 2-3-2021 12:23 PM
Aku tengok pulau tuu mcm ikan tenggiri tgh goreng koh koh

Sy nmpk mcm daging wagyu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 2-3-2021 01:25 PM
Sy nmpk mcm daging wagyu..

Hang nak tau pasal daging wagyu ni.. kali pertama kita org dpt rasa kat   maha 2 ke 3 tahun sudah.. punyalaa sodap.. pas tu esok nya pi lagii.. kali ni ade satu gerai dia kaata daging wagyu.. laki aku pun belilaaaa.. koh koh koh skit punya liat dan kerasss.. aku punyalaa gelakk koh koh ayah kena tipu..koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
China yang sebesar alam tu pun cuma ada satu time zone semua ikut Beijing.

Apa perasaan negara yg bersempadan sebelah barat tu ko rase dik?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..good info
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 2-3-2021 12:24 PM
Beza waktu sahur dan berbuka antara kedua2 pulau ni hanya satu minit walaupun pada hari yang berbe ...

Gegeh la ko explen panjang2.

Bukit Kayu Hitam dengan Danok tu beza sejam tapi tetap berbuka serentak. Who cares what the clock says.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-3-2021 11:50 AM
so kalau puasa, boleh la sahur dekat pulau sebelah, berbuka di pulau lg sebelah...

Kalau ko betul2 nak untung ko sahur kat KL buka kat KK. Memang really ko save sejam.

Lepas isyak balik semula ke KL. Ulang hari2 sampai raya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:33 PM | Show all posts
inhabitable island kot ni.. mcm gersang je.. mcm tandus je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 02:55 PM | Show all posts
Orix replied at 2-3-2021 11:50 AM
so kalau puasa, boleh la sahur dekat pulau sebelah, berbuka di pulau lg sebelah...

teringat my friend dia belajar kat Canada...bila nak bayar balik puasa dia tunggu yg time berbuaka singkat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:24 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-3-2021 02:21 PM
Gegeh la ko explen panjang2.

Bukit Kayu Hitam dengan Danok tu beza sejam tapi tetap berbuka ser ...

Haha. Begitu la konsepnya. Thanks.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kiamat besok..bleh lompat pi pulau sebelah.pintu taubat kt situ masih terbuka kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 2-3-2021 12:19 PM
fikiran tahap KBAT betul chuols

Nak ngelat je dia tu......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.520048 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list