CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3607|Reply: 30

[Tempatan] Duit i-Sinar masuk hari ni dlm akaun bagi yg dah mohon

  [Copy link]
Post time 2-3-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Bayaran i-Sinar dibuat mulai hari ini
    myMetrobisnes
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Pemohonan kemudahan i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikemukakan sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai hari ini susulan pemansuhan kriterianya bulan lalu.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, ia membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.

"KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya," katanya.

Menurutnya, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 mereka, dan ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Dana persaraan itu turut memaklumkan bermula 8 Mac 2021 ahli juga diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

"Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya.

KWSP menjelaskan, bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.

Bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 namun jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah RM60,000.

Pembayaran juga akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 - 8922 4848 untuk mendapatkan makluma lanjut.

Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 - 8922 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 2:31 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 02:57 PM | Show all posts
suara rakyat suara keramat
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:03 PM | Show all posts
ok,da lulus..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Da dapat pun minggu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cek dlm app masih dlm proses..sedih
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:15 PM | Show all posts
piahsemah replied at 2-3-2021 03:13 PM
Cek dlm app masih dlm proses..sedih

Jika disuruh semak pada 8 March 2021, adik haruslah mengikuti arahan yang telah ditetapkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2021 04:17 PM | Show all posts
I applied 11 Feb, 16 Feb tu dah dapat. Napa y'all dapat lambat ek? Maybe cos I applied for 5k je kot tu sebab dapat cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 04:26 PM | Show all posts
saya terhidu kencing lagi...kenapa tak lulus lulus permohonan aku???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 04:27 PM | Show all posts
memang sah kepala butuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 04:52 PM | Show all posts
skrg nih kwsp pun dah mcm bank..

pukul 3 dah pintu tutup...kwsp ada buat transaksi duit cash ke?? bukan semua transaksi guna online je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:01 PM | Show all posts
suruh apply kategori 2 da buat. payslip pengurangan gaji pun da bg.... bukak permohonan kategori 2 teros apply... upload docs bg cantik clear .. dan punyer la tahap keyakinan tinggi tok dapat...sbb mmg ader pengurangan gaji selama berbulan2.... bulan 4 2020 separuh gaji je dapat..


tapi smpai skg masih dalam proses...

pelik betol
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 2-3-2021 03:11 PM
Da dapat pun minggu lepas

Ni kategori berapa? Iols baru nak mohon bagi kategori 1.
Gigih nunggu dividen dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak layak pun sebenarnya.. Mula2 apply kategori 1 tapi tak lulus.. Then i apply kategori 2 sebab bole dapat 1k..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:30 PM | Show all posts
ok dah lulus kategori 2...tungu duit masuk bank je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
wajaman replied at 2-3-2021 03:03 PM
ok,da lulus..

Bila masuk duitnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:16 PM | Show all posts
Makin sesak ler kedai emas shoping mall
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 06:21 PM | Show all posts
stok2 yg apply k2 neh kebanyakan mmg akaun 1 melebihi rm100k..
max pengeluaran pun rm60k..
kalo ada rm500k pun, dpat keluarkan rm60k pun da ok..
hiksss..
dua minggu lagi comfirm blh rentas negeri, blh bjalan2 laa sebelum puasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 2-3-2021 03:15 PM
Jika disuruh semak pada 8 March 2021, adik haruslah mengikuti arahan yang telah ditetapkan :loveli ...

Katanya soh semak lps 21 hari bkerja..ni dah lebih
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg iols paham dr news... permohonan kwsp kategori 2 yg dibuat seblm 25hb adalah diluluskan dn pembayaran dibuat secara berperingkat...

esok la call kwsp...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:12 PM | Show all posts
makin busy la harini dengan order...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075241 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list