Azrul ketika memuatnaik wajah anaknya di laman TikTok Isnin lalu.
PETALING JAYA -Niat seorang bapa menunjukkan kecomelan bayinya di laman sosial mengundang padah apabila dia sekeluarga difitnah oleh netizen yang kononnya bayi itu adalah hasil hubungan ‘haram’ isterinya dengan lelaki lain.
Menerusi perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Azrul di laman Tiktok, sebelum ini dia telah memuat naik satu video yang memaparkan raut wajah bayinya yang menyerupai orang Korea.
Difahamkan, sewaktu isterinya sedang hamil dia kerap menonton rancangan realiti terkenal Running Man sebelum tidur dan susulan daripada itu, anaknya yang dilahirkan ‘terkenan’ dengan wajah orang Korea.
Walau bagaimanapun, video yang dikongsi itu mengundang pelbagai komen negatif netizen terhadap dia dan keluarganya termasuk ada yang mendakwa anak yang dilahirkan oleh isterinya merupakan hasil hubungan dengan lelaki lain.
Namun, dakwaan netizen itu disangkal sekerasnya Azrul selepas memuat naik satu video pada Isnin lalu.
Ekoran kejadian itu, dia sekeluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah itu.
Pada masa yang sama, Azrul turut menggesa kepada mana-mana individu yang telah memberikan komen secara negatif untuk memadamnya dalam masa yang terdekat.
“Komen seperti orang yang tak ada otak dan tak ada agama. Apa yang diorang cuba nak sampaikan kat sini sepertinya isteri saya berzina dengan orang lain.
“Perkara sebegini sangat melukakan hati saya sebab itu darah daging saya. Zuriat saya, anak saya dikeluarkan kenyataan tak masuk akal begini,”ujarnya.-K! ONLINE
Post time 3-3-2021 06:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 3-3-2021 05:58 PM
apa rupa bini dia?
Mcm ada chinese look ckt...xnmpk sgt muka bini dia ni..kt tiktok jenuh scroll sampai bwh,sipi2 je tunjuk muka bini..video tiktok penuh muka anak2 ngn jantan ni je...gigih betul nk bertik tok kan..kan da mendapat...
Kalau tak nak orang ramai komen apa2 jangan letak apa2 dalam social media. Kalau dah diletak pasti ada je komen yang tak sedap didengar bukan yang baik2 je.