CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 15

[Tempatan] Guru gigih tunggang kapcai mengajar di pendalaman

[Copy link]
Post time 3-3-2021 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Guru gigih tunggang kapcai mengajar di pendalaman

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... gajar-di-pendalaman

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 9:45 PM

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


Mohd Halim tempuh perjalanan 80km untuk ke sekolah dua kali seminggu.

Kuala Lumpur: Demi anak bangsa, guru bahasa Melayu, Mohd Halim Mohamad Zaid menyahut cabaran berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan selepas 14 tahun mengajar di ibu kota.

Meskipun masih baru di situ, Mohd Halim, 42, tidak kekok menyesuaikan dirinya malah seronok ditugaskan mengajar di sekolah kawasan pedalaman.

Mohd Halim berkongsi pengalamannya itu menerusi satu hantaran di Facebook (FB) Arena Motor dengan menceritakan rutin perjalanannya ke sekolah menunggang motosikal Honda EX5.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memuji kesungguhannya sebagai pendidik.

Bercerita lanjut, Mohd Halim berkata, dia tidak sangka perkongsian bertajuk 'Kisah Cikgu & EX5 Kambing Di Sekolah Pedalaman Untuk Anak Bangsa' itu menjadi tular kerana niatnya sekadar berkongsi ketahanan motosikalnya melalui laluan balak dan berbukit untuk sampai ke sekolah.

Katanya, hantaran dimuat naik itu bukan keluhan, sebaliknya sekadar perkongsian pengalamannya sebagai guru yang baru bertugas di kawasan pedalaman

"Sudah berbelas tahun saya mengajar di Klang, Selangor dan sepanjang tempoh itu, saya tidak merasai pengalaman menunggang motosikal kerana memandu kereta ke tempat kerja.



"Selepas ditukarkan mengajar di sini (SK Balar), barulah saya merasai pengalaman menunggang motosikal kapcai ke sekolah.

"Ia pengalaman baru yang menyeronokkan, namun bukan setiap hari saya menempuhinya, sebaliknya hanya dua kali saja dalam seminggu.

"Ini kerana saya disediakan kuarters bersebelahan sekolah, jadi hanya akan menunggang motosikal ketika mahu pulang ke rumah transit guru di Kuala Betis, Gua Musang selepas waktu mengajar pada Khamis dan kembali semula ke Pos Balar (kuarters) pada Sabtu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Guru kepada murid Tahun Tiga dan Enam itu berkata, jarak antara rumah transit ke sekolah sejauh 80 Kilometer (km) dan mengambil masa selama empat hingga lima jam untuk sampai ke destinasi ketika cuaca biasa.

Namun, katanya, tempoh masa lebih lama iaitu tujuh hingga sembilan jam akan diambil untuk sampai destinasi ketika musim hujan.

"Mulanya memang risau jika motosikal saya mengalami masalah ketika berada di tengah jalan, namun setakat ini, semuanya dalam keadaan baik.

"Cuma, saya perlu bergerak lebih awal supaya tiba pada waktunya iaitu sebelum hari gelap.

"Saya bersyukur ditempatkan mengajar di sini dan positif untuk melalui hari mendatang kerana sudah menjadi tugas saya untuk mendidik tidak kira di sekolah mana sekalipun.

"Lagipun, saya dikira masih baru dalam menempuhi pengalaman ini dan tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan guru yang lebih lama berkhidmat daripada saya," katanya yang juga melakukan pekerjaan sambilan sebagai jurugambar.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 11:16 PM | Show all posts
da dapat keje

keje la sungguh2

itu pun nak viral
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ebit bg 4wd dan rumah sebijik ya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
".... saya disediakan kuarters bersebelahan sekolah..."

Oh. Sendiri yg gatal biji. Tu lah iols dok fikir dekat2 sekolah xde rumah ke nk sewa? Rupanya siap dibagi rumah free.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:04 AM | Show all posts
jgnla kutuk dia. budak2 habes sekolah tau balik rumah. dia pergi rumah sebelah pagar sekolah. mesti sunyi giler internet sah2 la hazab giler apatah lagi awek cun penaik semangat mmg takdela.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ni kira antara cikgu yg nak bertukar ke negeri sendiri ker ni...mujurlah heols pandai..pilih tempat yg ulu..senang.nak approve
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau baca artikel dia kongsi kisah dalam FB Arena Motor, nak cerita pasal motor EX5 nya. 80 km 2 kali seminggu, guna laluan pendalaman dan laluan balak.
EX5 memang tough, sebab tu menjadi pilihan utama mat rempit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tiap2 tahun kena viral kesah cikgu pegi sekolah kt pedalaman naik moto, naik perahu etc ke..nk menuju ke hujung tahun pulak viral cikgu meraung tak dapat tukar sekolah seperti yg dipinta
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 3-3-2021 11:40 PM
Nanti ebit bg 4wd dan rumah sebijik ya

nanti org thu brp ribu elaun pedalaman cikgu tu dpt pula
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:00 AM | Show all posts
Elok juga hntar cikgu2 pi mengajar kt pendalaman.. bg rasa ada pengalaman mengajar murid2 yg berlainan background..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:21 AM | Show all posts
teringat arwah bapak aku dulu mengajar

hari2 berulang bt pahat - felda kahang naik motor rg sport

setakat tayar bocor tepi jln tu biasa kata nya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan balak gini memang kapcai aja boleh masuk selain four wheel.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 4-3-2021 12:24 AM
Hensem


Cikgu2 jejanz umo 40 ke atas penampilan terjaga gini biasanya ramai awek @ kaki sekendel merata.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:01 PM | Show all posts
rajamoney replied at 3-3-2021 11:16 PM
da dapat keje

keje la sungguh2

ok la tu..kerja kerajaan lagi mamat ni..x kisah kat mana pun kan... yg ngkau ni rajamoney..ada kerja ke? ke kerja x terjamin...dok habiskan duit mak pak jadi keyboard warrior....masa depan? haram...bluweekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:13 PM | Show all posts
ONEK replied at 4-3-2021 11:01 PM
ok la tu..kerja kerajaan lagi mamat ni..x kisah kat mana pun kan... yg ngkau ni rajamoney..ada ker ...

nape ko marah aku?
apa salah aku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075565 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list