CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2643|Reply: 0

Kucing Terbuang Teman 'Jaga' Tandas

  [Copy link]
Post time 5-3-2021 10:01 AM | Show all posts |Read mode

Baharudin Ahmad memberi makan kucing terbiar tempat dia bekerja menjaga tandas di Alai. FOTO NAZRI ABU BAKAR


Harian Metro

Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my

Melaka: " Setiap kali saya sampai semua kucing terbiar itu sudah menunggu seperti anak kecil menanti kepulangan ayah," katanya Baharudin Ahmad,70, penjaga tandas awam di kawasan Ikan Bakar Alai di sini.

Menurutnya, selain membersihkan kemudahan berkenaan, aktiviti memberi makan kucing terbiar itu sudah menjadi rutin hariannya sejak empat tahun lalu.

Katanya, sebelum keluar bertugas dia akan memastikan membawa nasi digaul ikan atau daging rebus untuk sembilan ekor kucing jalanan di situ.

Katanya, kebiasaan dia bertugas sekitar jam 5 petang dan hanya pulang kira kira 1 pagi mengikut situasi untuk menambah pendapatan harian.

"Namun apa yang penting saya dapat berbakti kepada kucing terbiar itu yang setia menanti kehadiran saya.

"Terdapat kira-kira sembilan ekor kucing dan ada ketikanya jumlah lebih banyak," katanya yang tinggal di Kampung Kandang di sini.

Bagaimanapun, dia sentiasa menjaga kebersihan tandas dan memastikan kucing itu tidak mengotori kawasan serta mengganggu orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, ketika ini banyak kawasan kedai di situ ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap petang akan menghantar makanan bagi memastikan haiwan itu tidak kelaparan.

Katanya, dia ikhlas memberi makanan haiwan itu kerana menganggap ia juga seperti manusia yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan makanan untuk hidup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063251 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list