View: 2533|Reply: 9
|
Hebat, BTS Cipta Sejarah Lagi
[Copy link]
|
|
Seoul: Kumpulan BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama Asia memenangi anugerah Artis Rakaman Terbaik anjuran Persekutuan Antarabangsa Industri Fonografi (IFPI) untuk tahun 2020.
Kumpulan itu menduduki tangga pertama menewaskan Taylor Swift, Drake, The Weeknd, Billie Eilish, Eminem, Post Malone, Ariana Grande, Juice Wrld dan Justin Bieber untuk edisi kali ini.
BTS juga menjadi artis pertama yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama memenangi anugerah terbabit.
Foto: Harian Metro
Pada edisi sebelumnya, ia cuma dimenangi artis Barat antaranya Taylor Swift, Drake, One Direction, Adele dan Ed Sheeran.
Tahun lalu, BTS cuma berjaya menduduki tangga ketujuh, manakala pada 2019 kumpulan itu nyaris menang apabila berjaya berada di kedudukan nombor dua.
Kemenangan itu tidak lain disebabkan kejayaan luar biasa dicipta BTS sepanjang tahun lalu.
Album Map of the Soul: 7 disahkan IFPI sebagai album paling banyak menerima pra-tempahan sepanjang zaman.
Kumpulan itu turut melakar sejarah apabila lagu Dynamite menjadi lagu Korea Selatan pertama mencapai kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Hot 100. Ia turut dicalonkan di Grammy Awards dalam kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik.
IFPI adalah organisasi bukan keuntungan yang mewakili industri muzik rakaman di seluruh dunia. Anugerah Artis Rakaman Terbaik anjurannya mengiktiraf artis daripada segi populariti muzik digital dan album fizikal, serta keseluruhan pencapaian kerjaya mereka. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
So sape yg plg digilai dlm bts ni..sorry la..iols xminat kpop..knal blackpink ja |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 5-3-2021 06:55 PM
So sape yg plg digilai dlm bts ni..sorry la..iols xminat kpop..knal blackpink ja
Rasanya setiap member BTS ni ramai peminat. Jungkook, jimin , V paling ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Persaingan dah makin kurang dah makin sikit kumpulan atau artis yang benar2 menonjol sekarang ni. Mereka bertuah sebab tengah diatas sebelum sibuk pasal covid19. Kegiatan artis pun banyak perlahan semasa tu berbanding mereka yang tengah trending pakej dengan ada bakat dan rupa. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya... tahun lepas dorang kat tempat ketujuh... dorang naik secara perlahan and they deserve this |
|
|
|
|
|
|
|
lgu diorg best.. i bukan army pon ble lyn. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss replied at 6-3-2021 04:49 PM
lgu diorg best.. i bukan army pon ble lyn.
Sama la hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak kenal depa ni.. muka sumer lebih kurang sama..
Tak leh ckp mcm ni depan anak buah.. kang kena kecam. |
|
|
|
|
|
|
|
billiejean replied at 19-3-2021 02:25 PM
Jin bias ku...walaupun army mommy.....
Jin tu sopan je. Sama macam jimin.
Tp perasan muka dia dalam mv berubah2.
Dalam mv boys with luv lain..black swan lain..
Fire lain . Hihi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|