CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1605|Reply: 12

[Dunia] Botol berisi udara segar dijual RM425

[Copy link]
Post time 5-3-2021 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Botol berisi udara segar dijual RM425

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... segar-dijual-rm425/

Oleh KOSMO!
5 Mac 2021, 10:00 am


Botol ini dilaporkan mengandungi udara segar dari kawasan pantai di Cornwall, England. – ODDITYCENTRAL.COM

LONDON – Sebuah syarikat di Britain mengundang kontroversi apabila menjual botol kaca yang didakwa berisi ‘udara pesisir pa-ling segar’ pada harga mencecah £75 (RM425), lapor laman berita odditycentral.com.

Syarikat Coast Capture Air pada mulanya menjual udara dalam botol sebagai cenderahati dengan matlamat mendidik masyarakat tentang kepentingan udara segar di zaman moden yang penuh dengan pencemaran.

Bagaimanapun, penduduk dari kawasan tercemar di seluruh dunia mula membelinya untuk tujuan menghirup udara bersih setiap hati.

Mereka memberitahu syarikat tersebut bahawa udara dalam botolnya dapat membantu melawan kesan buruk udara tercemar. Justeru, Coast Capture Air meneruskan penjualan botol ‘tanpa isi’ itu dan meletakkan harga tinggi iaitu RM425 sebotol.

Menurut Coast Capture Air, pekerja-pekerjanya berusaha keras memastikan udara yang disimpan di dalam botol itu adalah paling segar di Cornwall, England.

“Setiap botol kaca Coast Capture Air diisi udara segar dari kawasan pesisir semula jadi di Britain,” demikian menurut pe-nerangan di laman webnya.

Laman web itu turut memberitahu pengguna berhubung cara terbaik menghirup udara segar tersebut, iaitu dengan menikmatinya di lokasi yang senyap dan tenang.

Sebelum menghirupnya, pengguna perlu menghembus hidung mereka, menarik nafas menggunakan diafragma dan memastikan menutup semula botol selepas selesai menggunakannya. – Agensi

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni penunggang apa pulak? Penunggang alam sekitar?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2021 08:15 PM
Ni penunggang apa pulak? Penunggang alam sekitar?

Penunggang duit.semua benda nak dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:23 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2021 08:15 PM
Ni penunggang apa pulak? Penunggang alam sekitar?

penunggang ajaran sesat sains aurora itu graviti cipanzi itu bercakap shalene
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah scammer mula bertapak di bumi eropah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade ke yg beli?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2021 09:00 PM | Show all posts
actually syarikat2 yang keluarkan produk macamni saja2 test market je ala2 parodi gittewww...

sebab dah takde idea deorang cuba la keluarkan benda2 tak masuk akal... seperti kentut dalam botol.... see tengok ramai berkata2 pasal produk deorang jual? hebat tak marketing...

koman2 pun ada beberapa orang nak cuba beli koh koh koh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Youtuber maybe beli untuk content
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la botol biasa2 je, buat la design bottle tu unik sikit. But still, aku xkan beli la. Apoo
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut tak lama lagi kat msia ada pulak kapitalis timbang kilo jual udara segar dari janda baik
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:03 AM | Show all posts
Bukan yang pertama banyak kali dah ada je jenis macam ni hairan ada jugak yang sanggup beli
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi bisnes ...

Akak pula ada jual udara perkampungan bunian... siapa nk beli..RM666

...

Nk menipu semua x agak2

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Pahang dia guna Air Bauksit sebagai pewarna pakaian ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.133525 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list