CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1234|Reply: 0

Bagaimana Usahawan Mendapat Idea Business?

[Copy link]
Post time 5-3-2021 10:29 PM | Show all posts |Read mode

Usahawan perlukan idea bisnes untuk dijana dan direalisasikan sebagai suatu usaha dan strategi. Segalanya bermula dari idea bisnes. Banyak faktor mengapa idea bisnes penting kepada usahawan. Antaranya ialah:

  • Membantu memacu tindakan bukan angan angan yang tidak terlaksana.
  • Ia suatu bentuk kreativiti yang menghasilkan keunikan bisnes yang akan dijalankan.
  • Membantu usahawan untuk fokus terhadap bisnes mereka.
  • Menetapkan kriteria perancangan dan strategi bisnes.

Ramai orang yang mahu menceburi dunia bisnes atau usahawan mahupun mereka yang sudah bergelar usahawan tercari-cari idea bisnes. Ada pelbagai cara anda boleh mendapatkan idea bisnes iaitu:

1. Bekerja

Bidang pekerjaan yang diceburi sekarang ini boleh menjadi satu idea bisnes. Ia satu idea yang bagus jika diri sendiri mempunyai kemahiran. Seorang guru yang bekerja makan gaji umpamanya, boleh membuka bisnes tusyen atau tutor persendirian. Seorang mekanik boleh membuka kedai membaiki kereta.

2. Bersembang

Sembang kosong bersama rakan tidak akan memberi manfaat. Namun jika perbualan terarah kepada menjana idea bisnes maka pasti akan wujud idea-idea bisnes baru yang boleh dilaksanakan. Ketika berbincang dengan usahawan yang berjaya, pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.

3. Ketika memandu

Berfikir ketika memandu kenderaan adalah keadaan yang paling baik juga untuk idea bisnes hadir. Kaedah pemerhatian sewaktu memandu amat sesuai digunakan. Senario yang berlaku sewaktu pemanduan banyak mendatangkan idea bisnes. Contohnya melihat paparan iklan ‘billboard’ di jalan raya, boleh memberi idea untuk ditiruvasi.

4. Mimpi

Mimpi adalah satu perkara yang abstrak. Namun bukan sesuatu yang pelik bila seseorang mendapat idea bisnes dalam mimpi. Seorang usahawan berjaya pernah berkongsi beliau mendapat ilham membuka butik melalui mimpi. Mimpi yang direalisasikan bakal menjadi satu realiti.

5. Bersenam

Bersenam merehatkan minda dan fizikal. Contoh di awal pagi, dalam keadaan dan suasana yang segar, idea boleh datang dengan mudah. Apabila minda tidak tertekan, banyak perkara boleh difikirkan secara tidak langsung.

6. Bersendirian

Termenung di bilik air ada ketikanya menjadi tabiat. Ada yang menggunakan masa untuk mandi sambal berfikir tentang sesuatu perkara. Idea terhasil kerana minda berada dalam keadaan paling tenang. Justeru, latih minda untuk bertenang, cari suasana tenang untuk berfikir.

7. Bercuti

Ramai yang memilih untuk pergi bercuti bagi merehatkan minda. Percutian memberikan kerehatan pada minda yang penat bekerja. Idea bisnes lebih mudah hadir, sebab itu banyak syarikat menganjurkan ‘retreat’ di tempat percutian, ia bagi membolehkan pekerja mereka mendapat idea baru dan keselesaan untuk berfikir disamping menjadi platform melegakan ketegangan.

8. Ketika Makan

Ketika sedang menikmati makanan, banyak ketikanya fikiran menerawang. Otak saat sangat aktif berfikir. Badan ibarat kereta yang diisikan petrol. Idea idea baru boleh dijana ketika ini. Namun jangan silap faham, ia bukan bermaksud seseorang perlu makan untuk menjana idea bisnes yang baru.

9. Ketika membaca buku

Banyak membaca menambah ilmu. Membaca memberikan lebih kefahaman. Ia membantu minda membuat analisa dan lebih memahami sesuatu perkara yang mahu dilakukan.

10. Menonton filem boleh menjana idea baru

Contohnya ialah rancangan dokumentari yang bersifat memberi dan menambah maklumat.

11. Mendengar ceramah oleh usahawan boleh memberikan idea secara tidak langsung

Melibatkan dalam sesi perkongsian maklumat oleh usahawan atau platform tertentu juga penting. Ada input-input penting yang dikongsi oleh penyampai yang boleh diserap dan dijana lalu menghasilkan idea bisnes yang baru.

12. Ketika mendengar masalah

Ketika mendengar masalah orang lain kita dapat selesaikan masalah sendiri. Ketika bermasalah juga idea lebih cepat datang.

Kesimpulannya, idea bisnes dijana dalam pelbagai bentuk dan keadaan tanpa mengira masa dan tempat. Seseorang hanya perlu berfikir bersungguh-sungguh untuk menjana idea melalui pengalaman atau pengamatan yang dibuatnya terhadap persekitaran semasa. Usahawan juga perlu sentiasa peka terhadap persekitaran dan cepat melihat peluang bagi menjadikan ia sebagai proses penjanaan idea bisnes. Idea bisnes selagi tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan maka ia hanya kekal sebagai idea. Oleh itu ia perlu divalidasi terlebih dahulu bagi memastikan idea tersebut memberikan keberhasilan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.231411 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list