CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 878|Reply: 0

[Tempatan] Santuari Rafflesia musnah, kata kumpulan alam sekitar

  [Copy link]
Post time 8-3-2021 02:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-3-2021 10:32 AM

Santuari Rafflesia musnah, kata kumpulan alam sekitarFMT Reporters -

March 7, 2021 7:21 PM



Rafflesia adalah bunga yang terancam dan hanya boleh didapati di empat negeri di Semenanjung Malaysia.



PETALING JAYA: Aktivis alam sekitar menggesa siasatan dilakukan berikutan insiden kemusnahan di santuari perlindungan Rafflesia di Tasik Kenyir, Terengganu.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berkata, kemusnahan itu mula dikesan pada 3 Mac lalu dan mengunjungi lokasi tersebut secepat mungkin setelah perjalanan rentas daerah dibenarkan dua hari kemudian.

“Kemusnahan yang kami saksikan tidak dapat dipulihkan,” katanya. “Apa yang tinggal hanyalah tanda tumbuhan yang patah, membuktikan wujudnya bunga Pakma atau Rafflesia cantleyi yang jarang ditemui di kawasan hutan ini.”

Disenaraikan sebagai tumbuhan yang rentan, Rafflesia hanya terdapat di lima negara di Asia Tenggara dan terletak di empat negeri di Semenanjung Malaysia.

“Menyaksikan sendiri tumbuhan luar biasa ini mekar adalah peluang sekali seumur hidup.
“Tunasnya saja mengambil masa satu tahun untuk tumbuh sepenuhnya, setelah itu bunga gergasi tersebut akan mekar untuk beberapa hari saja.”

Tambahnya, lokasi itu telah dikendalikan dengan baik sebelum ini dan banyak kajian telah dilakukan di sana. Malah, pelajar dan pelancong turut menyukai lokasi tersebut.

Walaupun tiada tanda-tanda yang menunjukkan siapa yang bertanggungjawab, MNS Terengganu mengesyaki ia berpunca daripada kerja-kerja pembaikan kecil jambatan berukuran 5 meter berhampiran dengan lokasi tersebut.

Kawasan tanah yang musnah berhampiran Tasik Kenyir di Terengganu.
“Tidak masuk akal,” kata MNS Terengganu. “Sebahagian kecil saja jalan yang perlu diperbaiki, sudah tentu tidak membabitkan pembersihan kawasan hutan tropika yang mudah terjejas itu.”

Aktivis yang sering bekerjasama dengan institusi penyelidikan dan pelbagai agensi kerajaan itu berkata, penyelidikan yang menyeluruh dan telus perlu dilakukan agar sejarah tidak berulang.

“Keadilan perlu ditegakkan, bukan saja untuk kawasan hutan yang musnah tetapi juga reputasi negeri selain kehidupan mereka yang terjejas akibat kemusnahan ini.”

Mereka turut mendesak pihak berwajib untuk menyiasat dengan teliti bahagian hutan di sepanjang jalan Sungai Buweh yang menghala ke santuari terbabit dan Bukit Lawit dalam siasatan mereka.

“Khazanah alam semula jadi seperti itu perlu dilindungi untuk rakyat Terengganu serta generasi akan datang. MNS Terengganu menggesa semua pihak yang berkaitan untuk berusaha mencari jalan melindungi hutan ini dan memanfaatkannya.
“Kita semua perlu bekerjasama untuk menjaga keaslian Tasik Kenyir sebagai syurga tropika.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.269547 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list