Kecenderungan stesen televisyen (TV) dan penerbit memilih pelakon jelita dan tampan untuk menerajui produk mereka wajar dihentikan, kata pengarah drama kontroversi, Isma Yusoof.
Isma berkata, sikap stesen TV dan penerbit yang terlalu taasub memilih pelakon berkulit putih dan berhidung mancung sebagai hero dan heroin dengan bakat lakonan buruk atau 'ke laut', hanya menyusahkan syarikat produksi.
Kredit foto: IG Isma
"Ini masalah penerbit di Malaysia yang suka ambil pelakon hanya sebab cantik dan baru menang pertandingan pencarian remaja.
"Stesen TV juga 'sama naik' apabila memetik nama entah siapa-siapa yang tidak tahu berlakon kerana mengharapkan rupa.
"Tolonglah jangan cadangkan kepada kami calon-calon yang baru memenangi pertandingan pencarian bakat," katanya kepada BH Online.
Katanya, pengarah berdepan kesukaran mengajar pelakon baharu mendalami watak di lokasi penggambaran.
"Saya terpaksa meminta bantuan beberapa rakan turun ke set semata-mata untuk mengajar.
"Memang kami boleh pejam mata dengan lakonan kayu mereka. Tetapi, kami pula nanti dipersalahkan atas mutu lakonan bakat baharu," katanya yang turut meluahkan rasa tidak puas hati mengenai isu itu di Instagram (IG).
Tambahnya, pelakon baharu silap apabila menganggap set penggambaran sebagai medan menimba ilmu lakonan kerana baginya, lokasi penggambaran adalah tempat mereka berkerja dan 'berperang'. Mempelajari ilmu lakonan dan mencari pengalaman adalah dua perkara berbeza.
"Bayangkan, bagaimana jika jurukamera tidak tahu mengendalikan kamera? Jurusolek pula tidak tahu menata rias pelakon ketika di lokasi? Bukankah perkara itu akan menyusahkan produksi?
"Untuk pelakon baru, sebelum bersetuju menerima watak besar, tolonglah sertai kelas lakonan yang dianjurkan Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar.
"Bayaran yang diterima bakat baharu lebih tinggi berbanding kru produksi, takkan mereka tidak mampu membayar kos untuk kelas lakonan?" katanya.
Kredit foto: IG Isma
Isma yang baru selesai menyiapkan penggambaran drama Shah Alam 40K mengaku tidak boleh bekerja dengan sikap pelakon yang suka mengambil mudah.
Tambahnya, mungkin disebabkan artis baharu hidup di zaman media sosial seperti IG dan TikTok, mereka mudah hilang fokus.
"Apabila stesen TV dan penerbit hanya mementingkan paras rupa, timbul rasa simpati kepada graduan bidang lakonan dari institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
"Mereka berhabis duit untuk membayar kos pengajian dan cukup mencintai seni lakonan serta berbakat, tetapi tidak diberikan peluang disebabkan tiada rupa," katanya.
dah memang penonton kalau takde hero hensem deorang takmau la tengok drama cinta cintun tu... geli dikkk...
pelakon2 tak hensem sesuai untuk drama2 realiti tanpa cinta cintun atau telemovie... macam michael ang punya cerita haritu best oiiii....
kalau bab cinta cintun pegang sana sini sweet2 harus la muka kena herlok kalau letak shuk dan cek non mesti lah semua pakat2 katup TV...
cuba buat drama selain drama cinta cintun? mungkin pasal kehidupan susah ke... buat la varieties sikit... ni ujung2 ko duk kondem penerbit ko pun buat drama cinta cintun jugak... cuba buat sutun 10 ke ok la jugak tapi versi islamik sikit...
Post time 8-3-2021 10:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
pendapat iols, kat malaysia ni x susah pun sebenarnya nak cari pelakon yg ada rupa + berbakat..masalah sebenarnya industri drama/filem kat malaysia ni, penulis skrip..skrip2 drama n filem malaysia ni mcm makanan yg kurang asam garam..ni i bukan nak bandingkan drama2 kawen paksa, ala2 megah holdings je..citer2 serius pun x berapa kick..drama@movie indon,hindustan@tamil pun lagi senang nak cari yg sedap2 jalan ceritanya..baru ni i tgk citer epik telegu Bahubali kat netflix..ingatkan hype je citer tu...rupanya mmg best..mmg jauhhhhh bertiang lagi sedap dari citer Puteri Gunung Ledang yg malaysia dok banggakan tu..
Post time 8-3-2021 01:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Betul apa dia cakap. Muka lawo jadi hero/heroin tapi second lead lagi pandai berlakon. Ni pun membakor juga jiwa yang menengok.
Semalam tgk ali setan. Nostalgic betul cerita tu. tak tau nak kata mcm mana. Dari cerita ke pelakon ke music. Mcm cerita opah. Cerita la ni, agak2 akan datang akan wujud ke nostalgic feeling tu.