CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11563|Reply: 157

[Politik] PRU15: Umno lebih berkenan dengan PH berbanding PN

  [Copy link]
Post time 8-3-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PRU15: Umno lebih berkenan dengan PH berbanding PN
https://malaysiadateline.com/kerjasama-umno-lebih-berkenan-dengan-ph-berbanding-pn/
Oleh NASUHA RAHMANMarch 8, 2021 11:39 am1



Bekas Speaker DUN Kelantan Wan Rahim Wan Abdullah tidak menolak sejarah PRU14 akan berulang jika sekiranya berlaku pertanding tiga penjuru iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 nanti.

Menurut beliau, pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) sekaligus kemenangan PH pada PRU14 lalu sudah pasti akan berulang.

Namun melihat situasi politik selepas setahun Langkah Sheraton, katanya adalah lebih baik PH bekerjasama dengan Umno untuk lawan PN secara terus.


“Kalau 3 penjuru macam tu, sejarah PRU14 akan berulang dan memberi kelebihan kepada PH.

“Tapi rasanya lebih sesuai untuk PH bekerjasama dengan Umno untuk lawan PNstraight fights,” katanya kepada Malaysia Dateline.

PRU15 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bahkan perkara ini turut ditegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Ketika ditanya sama ada Umno sanggup atau tidak bekerjasama dengan PH, beliau berkata Umno nampaknya lebih berkenan kepada PH berbanding PN.

Katanya, suasana politik negara ketika ini sudah berubah paksi kesan pengkhianatan Muhyiddin Yaasin dan Azmin Ali.

“Yang penting, mandat rakyat perlu dikembalikan untuk meneruskan agenda reform dan menambahbaik institusi negara,” kata beliau.

Sebelum ini, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sedia untuk mempertimbangkan kerjasama politik dengan mana-mana parti termasuk Umno selepas pilihan raya umum nanti dengan syarat rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan bersetuju dengannya.

Bahkan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata, tidak mustahil Umno bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’ politiknya, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ataupun AMANAH.

Menurut Najib, parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu, sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan, namun ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sendiri ckp PH punya kelebihan kalau 3 penjuru, kenapa UMNO rasa PH perlu kan UMNO pulak? Ape2jela
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 02:05 PM | Show all posts
bergantung kepada keputusan Bahagian2 dlm UMNO sama ada kekal bersendirian atau berkenan yg mana.Tolak PN pun keputusan majority Bahagian2 UMNO.



Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 02:06 PM | Show all posts
Bungkus ikat tepi la umno klu gabung dgn ph...babaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
heloklanbolehla umno n PH pack baju siap2 mengalami kekalahan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu menolak mana2 parti yg
bersekongkol dgn komineh Dapigs..

Hidop ! Hidop ! UmnoPas.

Pru15 nanti Bersatu akan datang sujud dgn UmnoPas. Jangan risau..

Say No to Dapigs.. Jinx.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kita tak terdesak pun untuk bergabong dgn mana2 parti lebih2 lagi parti yg penoh korup kerana ikut prinsip , kita tidak akan mempertahankan pemimpin yg terbabit salah laku . Sekadar bercerita dikedai kopi , boleh . Tapi untuk menjadi satu kenyataan ..  sori . Kami belom terdesak lagi .
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Samada umno akan ditelan bersatu ..  itu bukan masalah kami . Kita tidak perlu terikut2 kerana ia hanyalah percaturan atok fosil .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid asal2 pun mmg dr kem Anwar
Mcm tu je lah politik Malaya
Asal selamat tengkuk msg2
Bukan pasal maslahat rakyat pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 8-3-2021 03:40 PM

Aduhai lah UMNO oiiii
PRU14 dah bungkus ikat tepi lepas ni PRU15 nak Bungkus Ikat Mati ke
Kepercayaan rakyat dah mula beransur di berikan sekarang ni so janganlah buat hal plak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 03:34 PM | Show all posts
jika umno buang Najib  dan 6 others masa PRU14 sudah tentu BN menang
kini umno kena buang TOP 10 jika nak manang BN PRU15
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 03:55 PM | Show all posts
apa komen cybermacai melayu dap

nk up nuar meliwat pulak ke

prffffffffffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 04:26 PM | Show all posts
harap umno sedar dari mimpi dominan mereka.  bersekutulah dalam PN.  UMNO PAS BERSATU. akan mewujudkan gabungan pentadbiran yang baik utk agama bangsa dan negara ini.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:21 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 8-3-2021 04:26 PM
harap umno sedar dari mimpi dominan mereka.  bersekutulah dalam PN.  UMNO PAS BERSATU. akan mewujudk ...

mmg umno tu dominan pun

pas bersatu jngn nk berlagak mcm abang besar

ko sebagai penyokong pas ko ingt bersatu nk bg muka kt pas ke?

korang akar2 umbi pas kena cakna politik

cuba umno buat benda yg sama kat pas kutip2 parti pan ni

agak2 takde ke org pas sakit hati?

tapi walaubagaimana pun

aku masih tertanya mainan politik pas sedang main ni

tak tau umno ke bersatu kena game
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:23 PM | Show all posts
rashiman replied at 8-3-2021 02:05 PM
bergantung kepada keputusan Bahagian2 dlm UMNO sama ada kekal bersendirian atau berkenan yg mana.Tol ...

kalau sebelum ni pas boleh bergerak sndiri

takkan umno ngn saki baki bn ni tak leh gerak sendiri man

susah sngt

yg lawan dap ph ni pun balik2 umno

tkkn la mat semburit and the geng bagi peluang pas ni jd kerajaan tk nampak lg sapa betul2 ikhlas berjuang agenda melayu dan Islam
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:24 PM | Show all posts
Redskin replied at 8-3-2021 02:27 PM
Orang Melayu menolak mana2 parti yg
bersekongkol dgn komineh Dapigs..

akar umno konfem tak lyn calon bersatu pru 15 ni

tak letak calon pas

umno undi bebas

mmg kena ajau la parti bersemburit ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 05:25 PM | Show all posts
dess402 replied at 8-3-2021 02:43 PM
Rasanya kita tak terdesak pun untuk bergabong dgn mana2 parti lebih2 lagi parti yg penoh korup keran ...

ko yg tk tdesak

DSAI ko tedesak

pffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 8-3-2021 04:26 PM
harap umno sedar dari mimpi dominan mereka.  bersekutulah dalam PN.  UMNO PAS BERSATU. akan mewujudk ...

Dah setahun gabungan 3 parti ni jadi kjaan..Malaysia makin baik ke?mcm makin melingkup jerr..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 8-3-2021 08:56 PM

hwhehe. ..  ingatkan samdol2 ni dah paham bila disebut kita sanggup bekerjasama dengan Umno , bukanlah bermakna kita terimanya secara semborono . Dah tentu secara berprinsip ,   kita akan pastikan tiap pemimpin yg terheret dalam salah laku , menyalah guna amanah yg diberi ini tetap perlu dihukum . Ini memang janji kita . Jadi to make it ckear , apa yg dimaksudkan adalah kita sanggop bekerjasama ,bermakna ianya akan dipastikan dalam satu wadah yg bersih . Kita sanggop bersekutu dengan sesiapa saja selagi tidak menyalahi mana2 peraturan . Semoga dengan penjelasan ini , rakyat tidak terus dikelirukan lagi dengan tanggapan yg salah .

Sekian ..  terima kaseh .
Wsslam .


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.079677 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list