CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3104|Reply: 1

Kombinasi eksklusif hitam, coklat

[Copy link]
Post time 8-3-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 8-3-2021 08:35 PM




PADA mulanya, ramai beranggapan pemilihan warna hitam tidak sesuai untuk kediaman kerana dikatakan menyebabkan ruang kelihatan sempit.

Bagaimanapun, sebaik tetamu melangkah masuk ke dalam kondominium seluas 1,100 kaki persegi di Pauh Jaya, Pulau Pinang ini persepsi terhadap warna gelap itu terus berubah.

Warna hitam yang dipadankan dengan warna coklat membuatkan tetamu dan ahli keluarga seolah-olah berada di ruang eksklusif bersesuaian dengan konsep industri.

Peniaga kedai makan, Dhia Uddin Mohamad Saad, 32, mahu menjadikan rumahnya seperti hotel supaya dapat merehatkan diri dan sentiasa berasa selesa serta tenang selepas seharian penat bekerja.


Jadi tidak hairanlah, dia sanggup memperuntukkan RM30,000 untuk menghias kediamannya selama dua bulan selepas memperoleh kunci rumah pada Oktober tahun lalu.

Dhia Uddin berkata, pemilihan warna itu dibuat kerana mahu menampilkan kelainan yang jarang digunakan di negara ini.



Katanya, dia tertarik dengan penggunaan warna hitam yang banyak digunakan di negara Eropah.

"Di negara ini ramai yang sukakan warna hitam namun tidak berani menggunakannya kerana bimbang nampak gelap dan ruang sempit.

"Malah, ibu bapa saya juga, pada mulanya tidak berapa setuju dengan pilihan warna ini.

"Biarpun begitu, saya tekad untuk terus menggunakan warna hitam untuk kediaman ini dan alhamdulillah sehingga kini ramai yang memberi maklum balas positif," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Melihat gambar yang dikongsikan, hampir semua ruang di dalam rumah termasuk ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama menggunakan warna hitam.

Lebih menarik, dia bijak menggunakan kombinasi warna hitam di dinding dan panel dinding dengan coklat yang digunakan pada langsir serta perabot.

Menurutnya, untuk mengelak ruang di dalam rumah nampak sempit, dia meminimumkan penggunaan perabot.

"Saya hanya menggunakan perabot yang bersesuaian seperti sofa, meja makan dan kabinet televisyen. Susun atur perabot juga dibuat mengikut kesesuaian ruang.

"Selain itu, saya turut menggunakan cermin yang ditempah khas supaya ruang nampak lebih luas," katanya.



Tambahnya, untuk menyerlah konsep industri yang diminati, dia menggunakan banyak lampu siling besi.

"Sebagai contoh di ruang tamu, saya gunakan lampu yang direka dengan menggunakan rim basikal," katanya.

Jelasnya, mengikut perancangan awal, rumah itu dibeli untuk disewakan kerana sudah memiliki kediaman lain.

"Bagaimanapun selepas proses dekorasi siap terasa sayang pula untuk disewakan kepada orang lain.

"Tunggulah dalam dua tiga tahun lagi, mungkin saya akan sewakan dan buat sementara ini saya mahu terus tinggal di sini, " katanya.

Ditanya mengenai keperluan sebagai seorang bujang menghias rumah, dia memiliki pandangan berbeza mengenai perkara itu.

"Pada saya, sekiranya mempunyai bajet mencukupi lebih baik menghias rumah ketika masih bujang.

"Perlu diingat, selepas berkahwin, komitmen terhadap keluarga semakin meningkat, jadi bajet untuk dekorasi rumah akan terganggu," katanya.

Sumber : www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Simple dan menawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061473 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list