CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1882|Reply: 0

Honda Civic Type-R di Perancis ini ditahan kerana guna livery polis Jepun!

[Copy link]
Post time 8-3-2021 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Honda Civic Type-R di Perancis ini ditahan kerana guna livery polis Jepun!

Pihak polis Jepun diketahui mempunyai kereta-kereta sports dalam inventori mereka seperti Nissan GT-R dan Honda NS-X.

Belum diketahui sama ada polis itu ada menggunakan Honda Civic Type-R terbaharu sebagai kereta peronda.

Walaubagaimanapun, beberapa hari lepas kelihatan sebuah Civic FK8R ini dengan livery polis Jepun, tetapi ia bukan di negara itu! Sebaliknya, ia di Perancis.



Pemandunya dipintas dan ditahan oleh polis Perancis di lebuhraya Monchy-le-Preux D939. Kereta itu dilihat lengkap dengan lampu beacon.

Pemandu Honda Civic Type-R ini sebenarnya seorang pengumpul kereta. Dia mengaku menyukai rupa livery polis Jepun, sebab itu membuatnya pada Civic miliknya. Kami rasa dia pun tidak begitu menyesal bila ditahan.



Menurut Artikel 433-15 dalam undang-undang jenayah Perancis, jelas mengatakan “adalah dilarang untuk suka-suka menggunakan sebarang tanda polis atau tentera untuk mengelirukan orang awam.”

Menurut sumber berita ini juga, lelaki itu akan dipenjara selama enam bulan dan dikenakan denda 7,500 Euro (RM36,709.72). Boleh tahan berat juga hukuman dia ya.

Setakat ini, belum ada banyak pasukan polis di dunia ini yang menggunakan Honda Civic Type-R sebagai kereta mereka.

Pada 2019, jabatan polis New South Wales, Australia mendapat tajaan kereta itu, tetapi ia tidak akan digunakan untuk tujuan mengejar penjenayah. Ia lebih kepada kenderaan untuk hubungan dengan masyarakat.

Pada tahun yang sama, Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah juga menerima Civic Type-R FK8 sebagai hadiah Hari Keputeraan daripada Honda Malaysia.

Ia digunakan sebagai kenderaan pengiring Istana Negara.

SUMBER : 6park.news

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048235 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list