CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 3

Kenapa yahudi namakan rokok ini Peter Stuyvesant pembenci yahudi?

[Copy link]
Post time 8-3-2021 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa yahudi namakan rokok  ini Peter Stuyvesant pembenci yahudi?


Kalau korang dalam golongan perokok atau ada member-member yang merokok, mesti korang tahu brand rokok Peter Stuyvesant, kan? Ni ha bungkusannya.



Amaran: Bukan iklan rokok mahupun tembakau. Imej dari cigarettecollector.net

Bagi korang yang tak merokok pulak, jangan pergi cari rokok pulak sebab kitorang nak bagitau awal-awal yang ni bukan iklan rokok. Kali ni, kitorang nak cerita sikit pasal rokok Peter Stuyvesant ni dan macam mana ia boleh wujud sehingga ke hari ini.

Sebelum tu, kitorang nak dedahkan sikitlah yang nama rokok ni sebenarnya merupakan sindiran terhadap seorang lelaki yang bernama Peter Stuyvesant sendiri. Jadi, siapa Peter Stuyvesant ni?


Jenama rokok yang diambil dari nama Gabenor Koloni Belanda. Imej dari WSJ

Perang Granada, yang membawa kepada pengusiran Yahudi dari Sepanyol
Sebelum tu, kita kena merentas masa ke tahun 1492, di mana semuanya bermula, iaitu semasa Perang Granada. Perang ini merupakan perang di mana tentera Sepanyol berjaya mengalahkan tentera Islam di Granada, sekaligus menamatkan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia.


Perang Granada, sejarah kejatuhan Islam di tanah Andalus di bawah pemerintahan kerajaan Islam Nasrid di Sepanyol. Imej dari kisahmuslim.com

Perang tersebut juga menyebabkan Sepanyol kemudiannya jatuh di tangan Ferdinand II Of Aragon dan Isabella of Castille. Ini kerana mereka nak buat pembaharuan di mana Sepanyol akan diperintah pemerintahan Kristian secara total. Dan di sinilah umat Islam dipaksa sama ada untuk memeluk agama Kristian, atau diusir dan tanah serta harta mereka dirampas. Mereka yang enggan pula akan dibunuh oleh kerajaan Kristian Sepanyol.

Bagi 200,000 orang Yahudi pula, mereka terus diusir keluar dari Sepanyol. Ini merupakan rancangan Pastor Tomas de Torquemada yang percaya bahawa selama orang Yahudi tinggal di Sepanyol, mereka akan mempengaruhi puluhan ribu orang Yahudi yang baru masuk agama Kristian untuk terus mempraktikkan agama Yahudi. Jadi pada tanggapannya, lebih baik kaum Yahudi ni dihalau saja. Ini merupakan antara sejarah kaum Yahudi diusir dari negara mereka dilahirkan.


Pengusiran kaum Yahudi Sepanyol. Kalau ikutkan, Yahudi Sephardi yang ada sekarang ni adalah cucu cicit dari Sepanyol ni. Imej dari epicworldhistory

Dan disebabkan itu juga, kaum Yahudi ni kemudiannya berhijrah ke Amerika Selatan, terutamanya di Brazil.

Penghijrahan kali kedua kaum Yahudi yang bertapak kuat di Amerika Syarikat

Kemudian pada tahun 1654 iaitu abad ke-17, kaum Yahudi ni terpaksa berpindah lagi disebabkan pertelingkahan yang berlaku antara Brazil dan Belanda sehingga melibatkan campur tangan pihak tentera. Jadi dari Sepanyol ke Brazil, kaum Yahudi ni kemudiannya berpindah ke koloni Belanda yang terletak di Amerika.

Dan kat sinilah seorang gabenor Belanda yang berkuasa pada masa tu, Peter Stuyvesent ni cukup tak suka dengan kaum Yahudi yang berada dalam koloni Belanda di Amerika ni.


Macam tak happy je? Imej dari historycentral.com

Bukan setakat tak suka, tapi juga anti semitik, iaitu kuat berprasangka terhadap kaum Yahudi. Jadi, dia pun bercadang untuk menghalau kaum ni dari koloni tersebut dengan mengarahkan kesemua kaum ni keluar dari kawasannya.

Bagaimanapun, arahan tersebut akhirnya terpaksa ditarik balik. Ini kerana dalam diam, mereka mempunyai ‘suara’ dan ‘kuasa’. Mereka menulis surat kepada pihak tertinggi,  sehinggakan Stuyvesant diberi surat oleh orang atasannya. Macam mana ia boleh terjadi?

Yahudi yang memonopoli perniagaan sehingga berjaya mengawal industri
Bermula kecil-kecilan, kaum Yahudi ni menjalankan pelbagai perniagaan dari barangan terpakai, ke perniagaan yang lebih besar seperti perdagangan asing, dan kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan antarabangsa dengan menggunakan hubungan Eropah mereka, sehingga mereka akhirnya berjaya mengawal industri. Mereka kemudiannya menggunakan harta mereka dengan melaburkan modal yang besar dalam pelbagai saham syarikat di sekitar kawasan tersebut.

Jadinya kalau mereka dihalau keluar, mereka ada hak untuk bawa bersama pelaburan mereka dan ini bakal menyebabkan kewangan kawasan tersebut jatuh menjunam! Jadi nak tak nak, Peter Stuyvesant tak berjaya menghalau kaum Yahudi ni keluar dari koloni Belanda di Amerika.

Dan kalau korang nak tahu, koloni Belanda ni la yang kita kenali sebagai New York, yang juga merupakan pusat komuniti kaum Yahudi terbesar di dunia sampai sekarang. Malah tanpa kaum Yahudi yang berpindah ke koloni tersebut satu masa dulu, New York mungkin bukanlah bandar besar seperti yang kita kenali sekarang.


Komuniti Yahudi Ortodoks yang makin besar dan tinggal di New York, dan hanya tinggal dalam kalangan komuniti mereka sendiri – terutamanya Williamsburg. Imej dari securitytoday.com

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, macam mana nama Peter Stuyvesant dijadikan jenama pada sebuah rokok popular yang masih wujud sampai ke hari ini? Sedangkan, Stuyvesant adalah pembenci orang Yahudi, dan seorang anti-semitik?

Gabenor Belanda yang sebenarnya… dimomokkan Yahudi
(RALAT: Hal ini diterangkan dalam buku Henry Ford, pemilik Ford Motor Company melalui penulisannya dalam The International Jew yang ditulis sekitar 1920-an menceritakan kembali kisah Yahudi yang bertapak di Amerika. Salah satu ulasan buku ni menceritakan yang nama ini digunakan oleh Yahudi di Amerika, ia sebenarnya merupakan ulasan penulis buku).

Sebenarnya semasa pertama kali kaum Yahudi dihalau dari Sepanyol, pada minggu yang sama juga, Christopher Colombus – pelayar dari Itali belayar bersama sekumpulan Yahudi dari negara tersebut.


Christopher Columbus ada kaitan dengan segalanya? Imej dari onthisday.com

Dan salah seorang daripadanya Luis de Torres yang merupakan jurubahasa Columbus, dan  dikatakan orang pertama yang menemui tembakau dan menjadi pengasas kepada perniagaan tembakau yang wujud sampai ke hari ini. Torres juga dikenali sebagai ‘Bapa Tembakau Yahudi’.

Selain tu, disebabkan mereka merupakan imigran pada masa tu dan pandangan buruk terhadap imigran dari mana pun, masih menebal dalam kalangan orang tempatan, peniaga-peniaga kaum Yahudi ni banyak menggunakan nama samaran, yang lebih kebaratan (atau Amerika). Dan salah satunya adalah jenama rokok ni sendiri yang dinamakan atas Peter Stuyvesant, walaupun takde bukti yang menunjukkan Gabenor Stuyvesant mempunyai mana-mana saham dalam perniagaan ini.

Jadi menurut Henry Ford, rokok berjenama Peter Stuyvesant ni sebenarnya merupakan satu sindiran, dan bertujuan untuk memperkotak-katikkan Gabenor Koloni Belanda tersebut. Malah, nama tersebut sebenarnya ‘lebih berjaya’ untuk dijual kerana nama tersebut tak mempunyai unsur-unsur nama Yahudi – terutamanya untuk dijual kepada orang luar yang anti-semitik.


Henry Ford, yang merupakan pengasas kereta berjenama Ford, Imej dari thehenryford.org

Jadi sama ada Henry Ford merupakan seorang anti-semitik atau tak, ada beberapa perkara yang boleh diambil dari penulisan tersebut.

Yahudi menguasai perniagaan di seluruh dunia sejak dahulu lagi
Walaupun sentiasa hidup sebagai pelarian dan menubuhkan negara haram, kita tak boleh nafikan yang kaum Yahudi kebanyakannya berjaya dan ada di mana-mana sahaja di dunia malah sehingga berjaya membuka negara haram -Israel.

Kalau korang tak tahu,  mereka satu masa dulu pernah mendiami Malaysia, dan salah satunya adalah daripada keturunan Yahudi Sephardi yang kita sebut tadi. Mereka tinggal di beberapa negeri seperti di Negeri Sembilan, Melaka, dan terutama sekali di Pulau Pinang sekitar abad ke-9, antaranya disebabkan perdagangan. Bagaimanapun, kewujudan mereka hanyalah sehingga tahun 1970-an sebelum mereka berpindah keluar dari Malaysia.

Walaupun Malaysia takde hubungan diplomatik dengan Israel sejak penubuhan negara ni, diam-diam, Malaysia sendiri ada menjalankan hubungan ekonomi dengan Israel. Beberapa laporan daripada media Israel juga menunjukkan yang kita ada hubungan perdagangan dengan Israel sehingga mencecah berbillion ringgit. Dalam bajet negara kita pula, perdagangan tersebut hanya ditunjukkan sebagai ‘other countries’ atau ‘negara-negara lain’.

Yahudi dan perniagaan sememangnya tak boleh dipisahkan – malah, mungkin ada asasnya juga kenapa bila orang jual harga barang mahal dipanggil ‘harga Yahudi’, sebab Yahudi mempunyai kuasa dalam industri untuk meletakkan harga, dan sebagai pengguna. Apa pula kekuatan kita sebagai bangsa Melayu?



Sementara itu di Israel…

SUMBER:soscili.my



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekeke..lawak y pic tu..knp dorg pindah keluar drpd malaysia ek?ada possibility tak bangunan tinggal freemansory tu tmpt dorg dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:54 AM | Show all posts
nampak kan yahudi ni tak diterima dek mana2 negara sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo cam tuu ke...ingat malaysia bebas dr product yahudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040109 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list