CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8335|Reply: 72

[Tempatan] Agen Insurans Guna IC Pelanggan Mohon i-Sinar, Siap Berani Letak Nombor Akaun Se

  [Copy link]
Post time 8-3-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 9-3-2021 12:00 AM

Seorang wanita kongsi pengalaman anak yang ditipu oleh ejen insuran yang berjaya memohon I-Sinar atas namanya sendiri. Kisah bermula apabila anaknya sengaja mahu membuat permohonan I-Sinar namun tidak sangka apabila namanya sudah didaftarkan tanpa pengetahuannya. Lebih licik apabila ejen insuran ini juga berani meletakkan nombor akaun bank miliknya sendiri untuk transaksi.

Ada permohanan pengeluaran dari KWSP

Kalau korang pernah apply insuran dan korang tak pernah atau tak ada nak apply KWSP baik berhati-hati. Sila semak akaun I-Sinar masing-masing ye sebab ada orang yang ada salinan IC kau bila-bila masa boleh apply. Cerita dia macam ini, anak sulung aku ini baru bekerja setahun lebih dan duit akaun 1 tak adalah banyak mana pun, so memang tiada keperluan nak keluarkan KWSP dia.

Bila kawan-kawan ramai buat pengeluaran, dia saja cuba-cuba masuk page I-Sinar nak periksa jumpa yang ada, lepastu disinilah bermula..Dia cuba masuk no IC dia untuk permohonan tapi tak boleh sebab tertulis dia pernah apply. Jadi petang itu telefon KWSP memang sah ada orang apply guna no IC anak aku tapi daftar anak no lain iaitu xxxx atas nama xxx siap dengan no akaun Maybank dia.

Menurut wanita ini, selepas diperiksa didapati pemohonan untuk akaun I-Sinar tersebut adalah ejen insuran anaknya. Bertambah pelik bagaimana pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan telah meluluskan meluluskan permohonan tersebut walaupun anaknya tidak pernah membuat sebarang pengeluaran atau permohonan sebelum ini.

Duit sudah ditolak

Pihak KWSP mencadangkan agar anaknya membatalkan permohonan tersebut. Malah akaun permohonan tersebut bukan didaftarkan atas nombor akaun milik anaknya tetapi nombor akaun ejen insuran yang licik itu.

Aku yakin KWSP tak adalah bodoh nak luluskan permohonan tu sebab sah-sah la nama dan akaun nombor tak sama langsung. Yelah prosuder KWSP kan ketat kalau kau silap tarik skala amount pon dah tak boleh tukar, menangis bucu katil la apatah lagi akaun bank tak sama langsung.

Selepas 5 hari pembatalan, anaknya sekali lagi memeriksa dan didapati duit tersebut sudah ditolak. KWSP sudah meluluskan permohonan I-Sinar ke akaun ejen insuran tersebut sebanyak RM2,500 walaupun akaun langsung tak sama. Lebih terkilan apabila keesokan harinya ejen insuran tersebut membuat permohanan baru memandangkan masih ada baki duit di dalam KWSP anaknya.

Hari ni pepagi lg anak aku dah gi balai buat report dan pergi ke KWSP untuk semakan dan serah report polis. Pegawai cakap kemungkinan besar duit dah tolak tapi blom di kredit ke akaun malaun tersebut sebab bukan nombor akaun anak aku.

So kena tggu 2-3 hari nak tengok samada duit tersebut dikredit balik ke akaun 1 anak aku ataupn memang lepas kredit ke akaun malaun tu.Doa-doa kan anak aku yek huhuu. Letih jugak la nak gi report polis, kejar gi KWSP and buat pembatalan kad bank..call sana sini macam nak gila, harap harap anak aku masih bersinar hendaknya.

Sumber : Cik Rose

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 11:47 PM | Show all posts
Mcm mana la KWSP blh luluskan utk bankin kat org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mampos agen insurans tu digilis lori 8 tayar.
Sesuka mak dia je keluar kan KWSP org.
Tapi ini jugak membuktikan KWSP taklah se-strict mana pun Acah je lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:51 PM | Show all posts
Kwsp pun kena cek betul2 ni...takut ada yg silap memana
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:55 PM | Show all posts
macam mana boleh lepas ye?
iols pun taktau sistem kwsp tu macam mana...
heran jugak sebab sistem2 lain pun kena nama ic sama dengan nama bank baru boleh bawak keluar duit
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:05 AM | Show all posts
apa2 transaksi KWSP
akaun bank utk transfer duit tu
utk pertama kali
memang kena gi kaunter
so next pengeluaran tak perlu
isunya mcm mana masa gi kaunter boleh lepas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang la dah lulus, tapi duit tu masih float lagi. Kalau bank dapati nama tak sama, duit tu akan tolak masuk kwsp balik la
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tidak baik menganiaya orang, buruk padahnya nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 8-3-2021 11:47 PM
Mcm mana la KWSP blh luluskan utk bankin kat org lain....

Tu la pasal..sbb lhdn penah tak lepas terus msk akaun aku..dia bg check...sbb percanggahan no ic lama baru jek...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelek nie.. Macam mana kwsp blh lulus msuk duit guna akaun org lain..?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 01:22 AM | Show all posts
honeybee1802 replied at 9-3-2021 12:22 AM
Tu la pasal..sbb lhdn penah tak lepas terus msk akaun aku..dia bg check...sbb percanggahan no ic l ...

Tu la....hrp2 x berjaya credit ke akaun si polan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 01:36 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 01:41 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 01:44 AM | Show all posts
name and shame ejen insurans lahanat tu...

di media sosial pun makin ramai ejen insurans lahanat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mampos la kwsp kene menjawab pasni
dah la baru dpt ceo baru
harap ceo baru ni buang je semua HODs bodoh ni sume.menyusahkan ahli je
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 9-3-2021 12:05 AM
apa2 transaksi KWSP
akaun bank utk transfer duit tu
utk pertama kali

I 1st time tfer, tak penah gi bank u.
Isinar aritu lg simple gila.
I saje2 je try cek n apply.
Tgk2 approved.
Senang melampau thp tadika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Agen ins tu pon, lapa sgt duit org kenapa?
Semoga kena terminate id ins agen
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bpn laki aku utk golongan M40 masa awal2 covid dulu pon pernah orang lain guna ic laki aku tapi akaun bank pencuri tu.  Kantoi. Pahtu laki aku pergi viral kat group tempat dia baru ada org pm. Cakap tersalah. Tipu sgt. Alasan lain sbb exbini yg dapat duit bpn tu.. Masa blom cerai isi sama2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts

tetiba sakit hati baca. wlpn xde kaitan ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya. Kwsp tak cek betul2 ke?
Kalau takat isi IC tapi semua main lulus tahap tadika ni merbahaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.481316 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list